Friday, November 19, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN 2010



Taiping, Jumaat 19 November 2010.
Jamuan Akhir Tahun 2010 Kelab Guru dan Kakitangan telah diadakan mulai jam 9.30 malam. Jamuan akhir tahun yang kebiasaannya diadakan hanya di sekolah tetapi pada tahun ini diadakan di Bukit Jana Golf Club. Jamuan tersebut juga bersempena persaraan Hjh.Che Onah Saad PK1 dan pertukaran Tn.Hj.Khairudin Nawawi ke daerah Kinta. Semoga majlis seumpama ini akan mengeratkan lagi silaturrahim di antara warga SKTM...gambar2.

Thursday, November 18, 2010

MAJLIS PERSARAAN PN.HJH.CHE ONAH SAAD



SKTM Jumaat 19.11.201.
Majlis Persaraan Pn.Hjh. Che Onah bt Saad, PK1 SK Teluk Medan telah berlangsung seperti dirancangkan. Beliau tiba pada jam 8.30 pagi dengan ditemani oleh suaminya Tn.Hj.Puad dengan sebuah kereta Proton Persona yang dipandu oleh salah seorang warga SKTM. Beliau kemudiannya menuju ke dewan SKTM sambil diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Hanif. Sebelum Pn.Hjh Che Onah menyampaikan ucapannya, para hadirin dipertontonkan dengan persembahan multimedia yang menyingkap sejarah hidup beliau sebagai seorang pendidik. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tn.Hj.Saidin b. Hj.Mohd Noor, Penyelia Kokurikulum Daerah Kerian yang mewakili Tuan PPD Kerian. Beliau mengucapkan terima kasih bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia atas sumbangan dan khidmat bakti Pn.Hjh. Che Onah dalam bidang pendidikan dan seterusnya menyampaikan watikah persaraan. Seluruh warga SKTM mengucapkan selamat bersara kepada Pn.Hj.Che Onah bt. Saad.

Tuesday, November 16, 2010

KORBAN AQIQAH 2010



SKTM : Rabu 17.11.2010
Majlis korban aqiqah berlangsung seperti yang dirancang. Hasil kerjasama penduduk tempatan, kedua-dua ekor lembu tersebut telah disembelih dan dilapah mulai jam 3.00 petang. Semoga korban dan aqiqah tersebut diterima oleh Allah. Seluruh warga SKTM mengucapkan terima kasih kepada warga Teluk Medan yang sama-sama menjayakan majlis korban dan aqiqah 2010.

Thursday, November 11, 2010

KEPUTUSAN UPSR 2010

Berikut adalah analisa UPSR 2010 SKTM :

Lulus ABC - 74 orang - 63.79 %
5A - 9 orang - 7.76 %
4A 1B - 11 orang - 18.97 %
4A 1C - 4 orang - 3.45 %

CALON 5A UPSR 2010 :
1. Abd.Rahman b. Khairul Anuar.
2. Aimi Afiqah bt Mohd Azhar
3. Amir Abid Firdaus b Mohd Roslee
4. Amila bt Mohd Daud
5. Fatin Zafirah Hanis bt Zainol Abidin
6. Mohamad Asraf b Fakhrul Anuar
7. Norhidayah bt Mazlan
8. Nur Amirah bt Abd Aziz
9. Nur Syafiq Hariz bin Khairunzian.

Tahniah kepada semua murid-murid dan guru-guru tahun 6/2010 serta seluruh warga SKTM.

ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010



SKTM:Khamis 11 November 2010.
Majlis Anugerah Kecemerlangan SKTM 2010 berlangsung seperti yang dirancangkan. Majlis yang bermula jam 3.00 petang itu disempurnakan oleh Tn.Hj.Darham b Bakri, YDP PIBG SK Teluk Medan. Hujan yang lebat turun mulai jam 2.00 petang tidak menghalang kehadiran ramai ibu-bapa ke majlis tersebut bagi memberikan sokongan moral terhadap pihak sekolah dan motivasi kepada anak-anak mereka yang mendapat kejayaan cemerlang sepanjang tahun 2010. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Yusof Shouib dan diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Encik Shoyef b Tukiman, Guru Besar SKTM. Antara anugerah yang diberi pada majlis tersebut adalah kedudukan dalam kelas, hadiah mata pelajaran terbaik, anugerah NILAM, anugerah JQAF dan beberapa anugerah khas. Pada majlis tersebut juga PIBG menyampaikan hadiah khas berupa wang tunai RM100 kepada 9 orang murid tahun 6 yang mendapat keputusan 5A yang diumumkan pada sebelah pagi. Nur Syafiq Hariz b Khairunzian telah dicanang sebagai Tokoh Murid SKTM 2010. Majlis Anugerah Kecemerlangan SKTM 2010 turut diserikan oleh persembahan mantap dikir barat daripada kumpulan murid-murid tahun 5 dan koir murid-murid tahun 6. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKTM dan ibu-bapa yang hadir...gambar-gambar.

Tuesday, November 9, 2010

Anugerah Guru Cemerlang Daerah Kerian 2010

SKTM Selasa 8 November 2010.
Dua warga pendidik dari SKTM telah menerima Anugerah Guru Cemerlang Daerah Kerian 2010 yang berlangsung di dewan SMA Abu Bakar Al-baqir. Mereka ialah Tn.Hj.Ishak b. Napiah dan Encik Roslee b. Musa. Tn.Hj.Ishak ialah jurulatih MTQ bagi daerah Kerian dan negeri Perak. Manakala Encik Roslee Musa terlibat dalam pesta PSKPP yang diadakan baru-baru ini. Seluruh warga SKTM mengucapkan tahniah kepada kedua-dua guru tersebut.

Monday, November 8, 2010

MENJELANG HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010

MENJELANG HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010

SKTM Selasa 9 November 2010.
Persiapan Hari Anugerah 2010 giat dijalankan. Hari Anugerah Kecemerlangan yang merupakan acara kemuncak setiap tahun akan diadakan pada hari Khamis 11 November mulai jam 2.00 petang. Keputusan UPSR 2010 yang ditunggu-tunggu juga dijangka akan diumumkan pada hari yang sama. Calon UPSR yang mendapat keputusan 5A seperti biasa akan menerima hadiah RM100 dari PIBG SKTM. Semoga majlis nanti berjalan seperti yang dirancang.

KEM MEMBACA 1MALAYSIA : Malaysia Book Record.

SKTM Isnin 8 November 2010.
SK Teluk Medan antara sekolah di seluruh negara yang dipilih untuk menyertai Kem Membaca 1Malaysia bagi mencatat rekod dalam Malaysia Book Record. Dalam program tersebut, murid-murid SKTM membaca sebarang bahan bacaan ilmiah selama 2010 saat bersama murid-murid dari sekolah-sekolah di seluruh negara serentak bermula jam 9.00 pagi. Program Membca 1Malaysia itu disempunakan oleh Encik Shoyef bin Tukiman, Guru Besar SKTM. Beliau menyampaikan ucapan dan seterusnya menandatangani plak Kem Membaca 1Malaysia sebagai catatan sejarah julung kalinya SKTM menyertai Malaysia Book Record. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKTM.