Monday, December 27, 2010

MUAT TURUN LAGU KSSR TAHUN 1

AHLAN WA SAHLAN



SKTM Isnin 27.12.2010
Sesi persekolahan 2011 menampilkan dua wajah baru dalam barisan pendidik SKTM iaitu Ustaz Omar b. Sadri dari SK Covent, Taiping dan Pn.Zaridah bt. Othman dari SK Seri Pinang, Semanggol selain daripada En.Mohd Yusof b Jamaludin sebagai PK HEM. Selamat datang dan selamat bertugas. Semoga penghijrahan lebih bermakna kepada dunia pendidikan.

MESYUARAT KALI PERTAMA 2011

SKTM Isnin 27.12.2010
Mesyuarat Guru dan Kurikulum membuka tirai beberapa siri mesyuarat yang bakal diadakan lagi sebagai persediaan sesi persekolahan 2011. Kesemua warga pendidik hadir pada hari ini termasuk dua orang warga baru iaitu Ustaz Omar b. Sadri dan Pn.Zaridah bt. Othman. Semoga sesi persekolahan 2011 akan berlangsung seperti yang dirancangkan.

Wednesday, December 22, 2010

MISI VISI PILIHAN 2011

PERHATIAN BUAT SELURUH WARGA SK TELUK MEDAN :

Guru-guru, kakitangan, murid-murid dan ibu-bapa dipelawa untuk membuat pilihan antara Misi dan Visi SKTM bagi tahun 2011 seperti yang dicadangkan di atas atau mencadangkan yang lain atau mengubahsuai. Cadangan boleh dilakukan pada ruangan 'comment' di bawah atau pada 'facebook' SK Teluk Medan. Kerjasama semua pihak amat diperlukan dan dihargai demi kegemilangan SKTM.

ORGANISASI 2011


SKTM 22 Disember 2010 - Tahun 2011 menampilkan wajah baru dalam pentadbiran SK Teluk Medan. Pn.Hjh Romlah bt Salleh, PK HEM SKTM telah dilantik mengisi kekosongan jawatan PK Pentadbiran manakala En.Mohd Yusof b. Jamaludin dari SK Tanah Kebun telah dilantik sebagai PK HEM SK Teluk Medan. Tahniah kepada Pn.Hjh Romlah bt Salleh dan selamat datang kepada En.Mohd Yusof b Jamaludin ke SK Teluk Medan

Tuesday, December 21, 2010

HARI TERAKHIR DI SKTM

SKTM 15 Disember 2010.
Detik mengakhiri perkhidmatan sebagai penjawat awam merupakan saat-saat yang ditunggu oleh sebahagian kakitangan awam. Namun tidak kurang kakitangan awam yang terharu untuk meninggalkan dunia pekerjaan. Bagi Hjh.Che Onah bt. Saad, 15 Disember 2010 pasti mencatat sejarah dalam kehidupan beliau. !5 Disember 2010 merupakan hari terakhir Hjh. Che Onah bergelar penjawat awam. Air wajah beliau pada hari terakhir di SKTM sangat ceria namun hati kecil siapa tahu. Meninggalkan dunia pendidikan berbeza dengan karier lain. Rata-rata guru yang telah meninggalkan dunia pendidikan berhasrat ingin kembali mendidik anak bangsa meskipun tanpa imbuhan...itulah hakikat seorang pendidik...Seluruh warga SKTM mengucapkan selamat bersara kepada Hjh. Che Onah bt Saad, PK Pentadbiran SKTM. Semoga dalam peliharaan ALLAH sentiasa...

Sunday, December 5, 2010

AKTIVITI DISEMBER 2010

Berikut adalah aktiviti bulan Disember 2010 :

21-23 Disember 2010.
Perjualan Buku Tulis
Tempat : Kedai PIBG Sekolah.
Perhatian : AJK Kedai Sekolah.
Catatan : Semua ibu-bapa murid boleh mula membeli buku tulis untuk keperluan anak-anak
pada tahun 2011.

27.12.2010 - Isnin.
Mesyuarat Guru Pertama 2011 / Mesyuarat Kurikulum Pertama 2011
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.

28.12.2010 - Selasa.
Mesyuarat HEM Pertama 2011 / Mesyuarat Kokurikulum Pertama 2011
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.

29.12.2010 - Rabu.
Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Pertama 2011.
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.

30.12.2010 - Khamis.
Pendaftaran Tahun 1 2011 / Pendaftaran Prasekolah 2011.
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.

SELAMAT PENGANTIN BARU


Seluruh warga SKTM mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Nur Sabra Syatila bt. Yusuff yang melangsungkan perkahwinannya pada hari ini di Kepala Batas, Kedah. Kami juga mendoakan agar Puan Sabra Syatila kekal bahagia dalam peliharaan Allah bersama suami tercinta sehingga ke akhir hayat...amin.