Friday, December 30, 2011

Majlis Penghargaan Murid Cemerlang UPSR 2011 Parlimen Bagan Serai

SMK ABU BAKAR AL-BAQIR 30 Disember 2011.
10 orang murid cemerlang UPSR 2011 SK Teluk Medan antara 139 murid yang diraikan dalam Majlis Penghargaan Murid Cemerlang UPSR 2011 Parlimen Bagan Serai. Majlis disempurnakan oleh Ybhg. Dato' Zaili b. Cha, Pegawai Khas Kepada YAB Menteri Besar Perak Kawasan Parlimen Bagan Serai. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan syabas kepada murid-murid yang telah mencapai kejayaan yang cemerlang dalam UPSR lalu. Beliau turut merakamkan tahniah dan terima kasih kepada guru-guru dan ibu-bapa yang bertungkus-lumus demi kelangsungan kegemilangan anak-anak dalam pelajaran. Sebagai menghargai kegemilangan tersebut, Parlimen Bagan Serai dengan kerjasama PPD Kerian telah menyampaikan sijil penghargaan dan wang saguhati kepada murid-murid cemerlang UPSR 2011. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah YB Dato' Sham b. Mat Sahat ( ADUN Alor Pongsu ), Pn.Hjh Ommi Kalsom bt. Mohamad ( PPD Kerian ), Pegawai-pegawai dari PPD Kerian, guru-guru besar SR dalam Parlimen Bagan Serai dan ibu-bapa murid yang menerima anugerah pada hari ini. Majlis yang sama telah berlangsung semalam bagi Parlimen Parit Buntar.

PENDAFTARAN PRASEKOLAH DAN TAHUN 1/2012



SKTM 30 Disember 2011.
Majlis Pendaftaran Prasekolah dan tahun 1 sesi 2012 bermula mulai jam 8.30 pagi. Dalam majlis tersebut, ibu-bapa murid ditaklimatkan beberapa perkara berkaitan bidang kurikulum, hal ehwal murid, kokurikulum, pengurusan sekolah dan program kecemerlangan akademik sesi 2012. Taklimat disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM dan En.Yusof Jamaluddin, PK Hal Ehwal Murid. Pada sesi hari ini juga, murid-murid tahun 1 diberikan ujian pradiagnostik bagi mengenalpasti kemahiran 2M yang telah dan belum dikuasai oleh murid. Keputusan daripada ujian tersebut dapat membantu guru untuk memilih kaedah, strategi, pendekatan dan teknik yang sesuai dalam pengajaran dan pembelajaran nanti. Sebelum bersurai, guru-guru dijemput menghadiri majlis kesyukuran keluarga Aisyah Adila dan Nur Afifah Aziz, murid tahun enam 2011. Terima kasih daun keladi. Semoga berkat berpanjangan.
(lihat foto)

Tuesday, December 27, 2011

MESYUARAT GURU KALI PERTAMA 2012

SKTM Selasa 27 Disember 2012.
Mesyuarat Guru Kali Pertama 2012 berlangsung seperti dirancangan mulai jam 8.30 pagi. Ucapan guru besar SKTM, Ustaz Mohamad Shah Ramli membuka tirai mesyuarat. Dalam ucapan sulungnya, beliau menjelaskan beberapa isu berkaitan SBPA dan perancangan sekolah bagi tahun 2012 di samping mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang telah dicapai pada tahun 2011. Antara lain yang dibentangkan ialah senarai nama dan peranan jawatankuasa tertentu bagi tahun 2012. Beliau turut mengalu-alukan kehadiran dua warga SKTM yang baharu iaitu En.Shahrilzal b. Jani (BI) dan Pn.Syarifah Norhayati bt. Syed Abidin. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.30 tengahari.

Sunday, December 25, 2011

Thursday, December 22, 2011

TIPS AMALAN TERBAIK GURU

OPSYEN SBPA


SKTM Khamis 22.12.2011
Setelah lebih sebulan tidak bersua muka, hari ini warga SKTM bertemu kembali dalam majlis menandatangani opsyen SBPA mulai jam 8.00 pagi. Sebelumnya, Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM menyampaikan taklimat ringkas berkaitan skim SBPA bagi mengelakkan kekeliruan berkaitan skim berkaitan yang akan berkuatkuasa Januari 2011.

Monday, December 19, 2011

SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM

SEMUA KAKITANGAN SK TELUK MEDAN DIMINTA HADIR UNTUK MENANDATANGANI OPSYEN SISTEM SARAAN BARU PERKHIDMATAN AWAM
Tarikh : 22.12.2011
Hari : Khamis
Masa : 8.00 pagi
( lihat perkeliling )

PENGEDARAN BUKU TULIS 2012


SKTM Isnin 19 Disember 2011.
Bagi melincinkan perjalanan pengajaran dan pembelajaran hari pertama persekolahan pada 4 Januari 2012 nanti, buku-buku tulis mula diedarkan kepada ibu-bapa murid SKTM mulai hari dan akan berlangsung selama 3 hari. Proses pengedaran buku tulis 2012 dikendalikan oleh Pn.Minah Ismail dan Pn.Aminah Ahmad Tasir.

Monday, December 5, 2011

STANDARD GURU MALAYSIA




10 MUHARAM

10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilan dan kebenaran.

Pada 10 Muharam juga telah berlaku:
  1. Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
  2. Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
  3. Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
  4. Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
  5. Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
  6. Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
  7. Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
  8. Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
  9. Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
  10. Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
  11. Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
  12. Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
  13. Hari pertama Allah menciptakan alam.
  14. Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
  15. Hari pertama Allah menurunkan hujan.
  16. Allah menjadikan 'Arasy.
  17. Allah menjadikan Luh Mahfuz.
  18. Allah menjadikan alam.
  19. Allah menjadikan Malaikat Jibril.
  20. Nabi Isa diangkat ke langit.
Terdapat banyak amalan sunat dan kelebihannya yang diperihalkan oleh ulamak berkaitan hari Asyura. Namun kesimpulannya semua amalan tersebut perlu dilakukan secara istiqamah bukanlah semata-mata pada hari Asyura sahaja demi menuntut keredaan-Nya.

Friday, November 25, 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433


Penghayatan Hijrah

Kesimpulan daripada khutbah Jumaat yang bertajuk Penghayatan Hijrah

Hijrah terbahagi kepada 5 kategori

1. Hijrah Iman
Kita perlu mempertingkatan iman menerusi amal ibadah dan marilah kita membersihkan sifat-sifat keji (mazmumah) seperti riya', takbur, sombong, irihati, dendam dan sebagainya.

2. Hijrah Ilmu.
Ilmu itu adalah cahaya dan jahil itu berbahaya. Dengan ilmu, Rasulullah saw mampu mengatur strategi hijrahdan berjaya membangunkan Kota Madinah. Firman Allah dalam surah Al-Zumar ayat 9 yang bermaksud : Katakanlah lagi (kepadanya), "Adakah sama orang yang mengetahui dengan orang yang tidak mengetahui ? Sesungguhnya orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna."

3. Hijrah Amal.
Kita hendaklah sentiasa meningkatkan amal soleh sebagai bekalan untuk hari Akhirat. Tanpa amal soleh bagaimana kita ingin selamat daripada azab kubur dan api neraka?Saidina Ali r.a pernah berkata yang bermaksud " beramallah untuk kehidupan duniamu seolah-olah kamu hidup selama-lamanya dan beramallah untuk kehidupan akhiratmu seolah-olah kamu akan mati keesokan harinya."

4. Hijrah Minda
Hijrah minda tidak sukar dilakukan kerana ia hanya perlu kepada mengubah cara berfikir daripada yang negatif kepada yang positif. Contohnya, kita biasa mendengar orang yang malas berusaha berkata, "rezeki secupak takkan menjadi segantang", atau orang yang suka menangguhkan kerja selalu berkata, " esokkan boleh buat" atau pekerja yang malas akan berkata, "kerja kuat pun gaji tak naik.."

5. Hijrah Akhlak atau tingkah laku.
Rasulullah saw berjaya mengubah perangai buruk Kabilah Aus dan Khazraj yang suka bergaduh dan bermusuhan kepada masyarakat yang saling berkasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain.
Keruntuhan akhlak antara punca umat Islam menjadi lemah. Pengaruh hidup masyarakat Barat yang terlalu bebas menjadi ikutan segelintir umat Islam seperti suka minum arak, berzina, berjudi, berpakaian seksi dan sebagainya Sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari yang bermasud : "Sesungguhnya aku dibangkitkan untuk menyempurnakan akhlak (budi pekerti) yang mulia..

TAKWIM PEPERIKSAAN DALAMAN MALAYSIA 2012

Thursday, November 24, 2011

BANTUAN KHAS TAHUN 6

SKTM Jumaat 25.11.2011
Rata-rata ibu-bapa murid tahun 6/2011 meluahkan rasa syukur dan gembira apabila pihak kerajaan bersetuju memberi Wang Bantuan Khas Persekolahan 2012 sebelum menjelang persekolahan Januari nanti. Sebelumnya, kerajaan memutuskan agar Wang Bantuan Khas Persekolahan 2012 bagi murid tahun 6/2011 diberikan ketika murid berkenaan mula menjejakkan kaki di sekolah menengah. Wang Bantuan Khas Persekolahan 2012 tersebut mula diserahkan kepada ibu-bapa murid tahun 6/2011 mulai pagi ini oleh kakitangan sokongan di pejabat sekolah. Apapun diharapkan agar Wang Bantuan Khas Persekolahan 2012 tersebut digunakan sebaik mungkin bagi persediaan persekolahan 2012.

Tuesday, November 22, 2011

BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012

Ibu-bapa / penjaga murid Tahun 6 / 2011 diminta hadir ke sekolah pada hari Jumaat ini 25.11.2011 untuk mengambil Wang Bantuan Khas Persekolahan 2012 pada waktu pejabat.

Friday, November 18, 2011

MAJLIS AKHIR TAHUN STAF SKTM



SKTM Jumaat 18.11.2011
Jamuan akhir tahun staf SK Teluk Medan berlangsung penuh ukhuwah serta kemesraan. Berbeza daripada tahun-tahun lalu, majlis tahun ini diadakan di sekolah bertujuan untuk merapatkan lagi ukhuwah dalam kalangan staf SK Teluk Medan. Bermula jam 3.00 petang, warga staf SKTM mula menyediakan juadah untuk majlis tersebut. Majlis tersebut turut meraikan hari lahir beberapa warga pendidik SKTM. Pada majlis tersebut juga, Pn.Rashidah Sahidan turut menyampaikan ucapan akhirnya di hadapan rakan-rakan staf SKTM. Pada tahun 2012, SKTM akan kehilangan 2 pendidik yang berdedikasi iaitu Pn.Rashidah dan Pn.Sabra Syatila kerana bertukar mengikut suami. Majlis tamat pada jam 5.30 petang. Tahniah kepada seluruh staf SKTM yang menjayakan jamuan akhir tahun 2011 dan selamat bertukar diucapkan kepada Pn.Rashidah Sahidan juga Pn.Sabra Syatila. ( lihat foto-foto )

MAJLIS PENYERAHAN BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012



SKTM Jumaat 18.11.2011
Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan 2012 menjadi agenda utama hari terakhir sesi persekolahan 2011. Majlis Penyerahan Bantuan Khas Persekolahan 2012 disempurnakan oleh Ybhg.Dato' Zaili b. Cha, Pegawai Khas Menteri Besar Perak yang mewakili kerajaan Malaysia. Dalam ucapannya, beliau berharap agar wang bantuan tersebut digunakan sebaik mungkin oleh ibu-bapa murid sebagai persediaan persekolahan anak-anak pada tahun 2012. Beliau juga berharap agar Wang Bantuan Khas Persekolahan 2012 yang diberikan oleh pihak kerajaan bagi meringankan tanggungan ibu-bapa tersebut tidak dipolitikkan. Menurutnya lagi, sudah menjadi tanggung jawab kerajaan yang diberi kepercayaan oleh rakyat untuk membantu setiap lapisan rakyat terutamanya dalam soal pendidikan yang bakal melahirkan modal insan untuk negara. Pada majlis tersebut juga, beliau turut menyampaikan Hadiah Insentif Gemilang UPSR PIBG SKTM kepada 10 calon UPSR 2011 yang mendapat pangkat 5A dalam peperiksaan UPSR lalu. Calon UPSR yang mendapat 5A juga turut menerima hadiah peribadi daripada Ybhg. Dato' Zaili sendiri dan beberapa individu lain. Di bawah program bantuan khas tersebut, SK Teluk Medan menerima RM50,700 dan mula diagihkan kepada murid-murid tahun 1 hingga 5 selepas sesi taklimat diberikan. (foto-foto)

Thursday, November 17, 2011

BANTUAN KHAS PERSEKOLAHAN 2012

SEMUA IBU-BAPA / PENJAGA MURID TAHUN 1 HINGGA 5 DIJEMPUT HADIR
JUMAAT : 18.11.2011 : 9.00 PAGI : DEWAN SKTM

KEPUTUSAN UPSR 2011




SKTM Khamis 17 November 2011.
Alhamdulillah pencapaian UPSR bagi tahun 2011 meningkat lagi dari segi kuantiti dan kualiti. Seramai 10 orang daripada 86 calon UPSR mendapat pangkat 5A, 8 orang 4A1B, seorang 4A1C dan 5 orang 3A2B menjadikan jumlah peratus menguasai ABC sebanyak 68.6 peratus. Keputusan peperiksaan UPSR 2011 disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM kepada calon UPSR 2011 dalam Jamuan Perpisahan Tahun 6. Guru-guru, staf sokong dan ibu-bapa murid dijemput sama menghadiri jamuan tersebut. Turut sama hadir meraikan kejayaan UPSR 2011 ialah Pn.Hjh.Che Onah bt. Saad, mantan PK Pentadbiran SKTM. Berikut adalah senarai nama murid yang mendapat pangkat 5A dan 4A1B dalam peperiksaan UPSR 2011 :
1. Anis Mardhiyyah bt. Abdul Rahim (5A)
2. Nor Azmalinda bt. Ajaman (5A)
3. Nur Afifah bt. Aziz (5A)
4. Nur Aina Syafiqah bt. Mohd Soufi (5A)
5. Nur Aisyah Nabilah bt Saidi (5A)
6. Nur Syamimi Nurulaqilah bt Ishak (5A)
7. Sharifah Athirah bt Sayed Alwi (5A)
8. Siti Naziah bt Abd Rahman (5A)
9. Muhammad Hafizd b. Zainol Abidin (5A)
10. Muhammad Taufiq b. Aris (5A)
11. Auni Batrisya bt. Mohd Rosli (4A1B)
12. Ahmed Shallahudden . M.Sabri (4A1B)
13. Mohamad Zul Idham b. Kamaruddin (4A1B)
14. Nor Suhana bt Jamaludin (4A1B)
15. Nur Arina bt. Azman (4A1B)
16. Nur Faridahtul Hidayah bt Raziz (4A1B)
17. Nur Syafiqah bt Yusmahaidi (4A1B)
18. Nurul Adila bt Md Amin (4A1B)
( lihat foto )

Wednesday, November 16, 2011

SEMAK UPSR 2011 ONLINE

Semak Secara Online Atau SMS Keputusan UPSR 2011:Keputusan UPSR @ Ujian Pencapaian Sekolah Rendah bagi tahun 2011 akan diumumkan pada hari Khamis 17 November 2011 (esok). Pelajar yang telah menduduki UPSR 2011 boleh membuat semakan keputusan daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10:00 pagi. Korang juga boleh membuat semakan keputusan UPSR scara online melalui laman web SAPS atau melalui SMS.

Cara membuat semakan keputusan UPSR secara online melaui SAPS:

1) Pergi ke laman web SAPS,saps.moe.gov.my
2) Klik butang Semakan Ibu Bapa yang bewarna merah.
3) Masukkan Nombor Kad Pengenalan atau Sijil Surat Beranak dan pilih sama ada Sekolah Rendah atau Sekolah Menengah dan seterusnya klik butang semak laporan.

Cara membuat semakan keputusan UPSR secara SMS :

1) Taip UPSR [angka Giliran] cth:-UPSR BC001A040
2) Hantar ke 15888 (Semakan keputusan boleh dibuat bermula jam 10 pg 17 November 2011 Hingga 12 mlm 23 November 2011)

semakan upsr sms

Sementara itu Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari yang sama iaitu 17 November 2011 jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.


ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN GRADUASI PRASEKOLAH 2011



SKTM Rabu 16 November 2011.
Alhamdulillah, Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Prasekolah 2011 berlangsung seperti yang dirancang. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Prasekolah dilaksanakan sebagai mengiktiraf kecemerlangan yang dicapai murid-murid SKTM bagi tahun 2011. Antaranya ialah kedudukan dalam kelas, mata pelajaran terbaik, Tunas Harapan, LINUS, j-Qaf, pengawas sekolah dan pengawas PSS. Tn.Hj.Darham b. Bakri, YDP PIBG membuka tirai ucapan pada majlis tersebut diikuti oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan. Dalam ucapannya, Ustaz Mohamad Shah membentangkan analisis pencapaian murid SKTM dalam Peperiksaan Akhir Tahun baru-baru ini. Beliau turut menyatakan beberapa kejayaan sekolah bagi sesi persekolahan 2011 dan perancangan sekolah bagi tahun 2012 demi kelangsungan kecemerlangan SK Teluk Medan. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Prasekolah SK Teluk Medan disempurnakan perasmiannya oleh Tn.Hj. Abdul Samad b. Shari, KPP Sektor Pendidikan Islam JPN Perak. Beliau berharap agar ibu-bapa murid akan sentiasa memberi kerjasama kepada pihak sekolah dalam semua urusan berkaitan pendidikan anak-anak. Beliau turut memberikan motivasi kepada ibu-bapa dan murid yang hadir pada majlis tersebut. Pada majlis tersebut, Muhammad Hafizd b. Zainol Abidin telah dinobatkan sebagai Tokoh Murid SKTM 2011 manakala Annis Mardhiyyah bt.Abdul Rahim diberikan Anugerah Kokurikulum dan Nor Azmalinda Ajaman diberikan Anugerah Kecemerlangan Akademik. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Prasekolah 2011 turut diserikan dengan persembahan kumpulan nyanyian murid dan guru SK Teluk Medan. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKTM. ( lihat foto )

Tuesday, November 15, 2011

PERSIAPAN AKHIR HARI ANUGERAH 2011


SKTM Selasa 15.11.2011
Persiapan untuk Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Prasekolah 2011 diteruskan. Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi Prasekolah 2011 SK Teluk Medan yang bakal dilangsungkan esok akan disempurnakan perasmiannya oleh Tn.Hj.Abdul Samad b. Shari, KPP Sektor Pendidikan Islam Jabatan Pelajaran Perak. Majlis akan bermula jam 9.00 pagi InsyaAllah. Semoga perjalanan majlis akan berjalan lancar dalam peliharaan Allah.

Monday, November 14, 2011

PERHIMPUNAN AKHIR 2011


SKTM 14 November 2011.
Perhimpunan mingguan terakhir bagi sesi persekolahan 2011 terpaksa ditamatkan lebih awal kerana hujan turun pada pertengahan waktu perhimpunan. Namun begitu, beberapa guru termasuk guru besar sempat menyampaikan amanat akhir berupa pengisian semasa cuti persekolahan lebih sebulan. Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM turut berpesan kepada murid-murid tahun 6 yang bakal ke tingkatan 1 tahun hadapan agar menjaga maruah diri dan nama baik SK Teluk Medan ketika berada di sekolah menengah malahan di mana sahaja berada. Raptai awal Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Graduasi 2011 turut dijalankan hari ini sebagai persediaan majlis tersebut yang akan berlangsung pada hari Rabu nanti.

Friday, November 11, 2011

KEPUTUSAN UPSR 2011

TARIKH KERAMAT


SKTM Jumaat 11.11.11
Ramai yang tertarik dengan angka 11.11.11 sehingga ada yang menamakan hari ini sebagai 'Tarikh Keramat'. Sebuah keluarga berhampiran tempat tinggal penulis mengadakan walimatul urus hari ini 11.11.11 dan jamuannya bermula jam 11.11 pagi. Namun bagi warga SKTM, aktiviti yang direncana berjalan seperti yang dirancang. Guru-guru mula mengeksplorasi perisian pembelajaran MBMMBI yang dipasang semalam oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia di Pusat Akses Sekolah. Setiap perisian tersebut mengandungi 50 modul yang boleh diakses sendiri oleh murid bagi memantapkan penggunaan Bahasa Melayu dan memperkukuhkan Bahasa Inggeris. SK Teluk Medan dipilih sebagai sebuah sekolah rintis bagi program Makmal Bahasa MBMMBI yang akan diperluaskan secara berperingkat. Dalam pada itu, Jawatankuasa Pengawas Sekolah SKTM mengadakan jamuan akhir tahun bermula jam 10.40 pagi. Guru-guru SKTM turut dijemput menghadiri jamuan tersebut. Apapun tarikh yang disebut-sebut sebagai tarikh keramat itu akan wujud setiap tahun." Sesungguhnya semulia-mulia manusia di sisi Allah ialah orang yang bertakwa " maksud Al-quran.

Thursday, November 10, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1432H/2011



SKTM Khamis 14 Zulhijjah 1432H.
Lebih 150 orang murid SK Teluk Medan yang telah khatam Al-quran diraikan dalam majlis gilang gemilang iaitu Majlis Khatam Al-quran 1432H. Peserta Majlis Khatam Al-quran 1432H diarak masuk ke dewan SKTM dengan paluan kompang dan bunga manggar. Majlis Khatam Al-quran 1432H disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli,Guru Besar SK Teluk Medan. Dalam ucapannya, beliau berharap agar budaya membaca Al-quran dijadikan sebahagian daripada gaya hidup warga SK Teluk Medan. Malahan menurutnya lagi, isi kandungan Al-quran perlulah dihayati dan diterjemahkan dalam mengharungi kehidupan seharian. Beliau juga berharap agar perserta Majlis Khatam Al-quran 1432H hari ini akan menjadi idola kepada murid-murid lain yang masih belum khatam Al-quran. Perserta Majlis Khatam Al-quran 1432H menerima cenderamata, wang saguhati dan sijil penyertaan daripada pihak sekolah. Majlis Khatam Al-quran dipimpin oleh Tn.Hj.Ishak b. Napiah dan Tn.Hj.Yazid b. Rumbali manakala Ustaz Mohamad Yusoff b. Souib sebagai Pengerusi Pengelola Majlis Khatam Al-quran 1432H. Turut hadir pada Majlis Khatam Al-quran 1432H ialah YDP PIBG, AJK PIBG dan ibu-bapa peserta Majlis Khatam Al-quran. Majlis Khatam Al-quran 1432H diakhiri dengan jamuan makan tengahari pada jam 11.00 pagi. ( lihat foto )

Tuesday, November 8, 2011

KORBAN AKIKAH 2011



SKTM Rabu 13 Zulhijjah 1432.
Majlis Korban dan Akikah 1432 yang dirancang perlaksanaannya pada lewat tengahari terpaksa diawalkan waktu penyembelihannya memandangkan cuaca yang tidak menentu. Bagi warga pendidik dan kakitangan SKTM, Majlis Korban dan Akikah 1432 ini tidak mungkin dilupakan kerana rata-rata daripada mereka mengakui inilah pengalaman pertama mengendali proses penyembelihan korban. Sebahagian daripada daging korban dan akikah tersebut diedarkan kepada murid-murid SKTM manakal sebahagian lagi dimasak untuk jamuan murid. Majlis Korban dan Akikah 1432 dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam SKTM yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan. Sementara itu, persiapan untuk Majlis Khatam Al-quran 1432 yang akan berlangsung esok terus dijalankan. (foto)