Saturday, February 26, 2011

LADAP 2011


SKTM Sabtu 26.02.2011
LADAP 2011 kali ke-2 berjalan seperti yang dirancang. LADAP 2011 yang berlangsung di PKG Teluk Medan dimulai dengan taklimat dan pengisian data SMPK oleh Encik Shoyef b. Tukiman, guru besar SKTM. Sesi yang ke-2 pula adalah bengkel pembinaan BMM bertajuk " Suntingan Bahan Audio-visual BBM PowerDirector V8 ". Bengkel disampaikan oleh Cikgu Zainol Abidin b. Basri dengan dibantu oleh Encik Mukhriq ( juruteknik ICT PKG ) dan Ustaz Omar b. Hj.Sabri ( JQAF SKTM). Tahniah diucapkan kepada warga pendidik SKTM. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperolehi semasa LADAP 2011 hari ini akan meningkatkan mutu P&P demi merealisasikan misi dan visi sekolah.

Thursday, February 24, 2011

MAULIDUR RASUL 1432


SKTM Jumaat 22 Rabi'ul Awal 1432.
Warga SKTM turut tidak melepaskan peluang untuk menyambut ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Antara objektif sambutan dibuat adalah untuk mengenang kembali perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebar dan menegakkan agama Allah di muka bumi di samping menanam serta meningkatkan kecintaan murid-murid terhadap Allah dan Rasulullah SAW sekaligus meningkatkan penghayatan murid-murid akan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Seperti tahun-tahun yang lalu, majlis sambutan Maulidul Rasul SKTM dimulakan dengan perarakan murid-murid sambil berselawat kepada junjungan besar SAW dan membawa sepanduk maulidul rasul. Antara pengisian Sambutan Maulidul Rasul SAW 1432 ialah ceramah agama, pertandingan melukis poster tahap 2 dan pertandingan mewarna tahap 1. Ceramah Maulidul Rasul 1432 disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Omar b. Sabri, guru JQAF SK Teluk Medan

Sunday, February 20, 2011

SKTM TERUS GEMILANG



SKTM Isnin 21.02.2011
Perhimpunan mingguan diisi dengan penyampaian hadiah dan penghargaan kepada murid-murid yang mendapat kejayaan dalam MTQ Zon Bagan Serai, Boling MSSPK Daerah Kerian dan ahli Puteri Islam yang memperolehi sijil 'Puteri Bongsu'. Tahniah diucapkan.

Semakan Program Pensiswazahan Guru

TAHNIAH PASUKAN MTQ SKTM


SABK AR-RIDHWANIAH Sabtu 19.02.2011.
Pasukan MTQ SK Teluk Medan sekali lagi menempa nama setelah menjadi johan dalam 2 ketegori iaitu Johan Tilawah Al-quran (P) dan Johan Hafazan Al-quran (P). Nur Afifah bt. Aziz telah dicanang sebagai johan tilawah perempuan dan Anis Mardyiah bt. Abd.Rahim pula menjadi johan ketegori hafazan perempuan. Kedua-dua mereka akan mewakili Zon Bagan Serai ke Majlis Tilawah Al-quran Daerah Kerian yang akan diadakan pada minggu hadapan. Manakala Muhammad Syafiq Hakim b. Ibrahim mendapat tempat ketiga ketegori tilawah lelaki. Tahniah diucapkan kepada peserta dan jurulatih MTQ SK Teluk Medan...( gambar akan menyusul )

Thursday, February 17, 2011

BERSANTAI DI MEGA MALL


MEGA MALL Khamis 17.02.2011
Kenangan manis ketika bersantai di Mega Mall Bowling Centre mungkin tidak dapat dilupakan oleh pasukan Bowling SKTM. 2011 merupakan tahun ke dua pasukan Bowling SKTM menyertai Kejohanan Bowling 12 Tahun SR Daerah Kerian. Namun kejayaan yang dicapai amat membanggakan dan akan menjadi pemangkin kepada kejayaan seterusnya. Berikut adalah kejayaan yang dicapai dalam kejohanan yang berlangsung hari ini :

1. Pasukan Terbaik Perempuan Bawah 12 Tahun.
2. Tempat ke-3 Perempuan Bawah 12 Tahun ( Nor Azmalinda Ajaman )
3. Tiga hadiah saguhati.

Tahniah diucapkan kepada Pasukan Bowling Bawah 12 Tahun SKTM 2011.

Wednesday, February 16, 2011

APLIKASI ICT SEMASA KEGIATAN KOKURIKULUM


SKTM Rabu 16.02.2011
Kelab Sepak Takraw SKTM menyahut seruan Pn.Hidayat Azimah bt. Suhaimi, PK Kokurikulum SKTM supaya mengaplikasi ICT dalam aktiviti kokurikulum sekolah. Ahli kelab diberi peluang menyaksikan teknik-teknik dan permainan sepak takraw melalui siaran internet 'YouTube.' Pengaplikasian ICT dalam aktiviti kokurikulum bukan sahaja mendedahkan murid-murid dalam bidang tertentu malahan dapat meningkatkan minat murid dalam bidang kokurikulum yang mereka ceburi. Dalam kenyataanya, Pn.Hidayat Azimah berharap aktiviti ini dapat diikuti oleh kelab-kelab dan unit beruniform yang lain dalam meningkatkan pencapaian kokurikulum sekolah.

Sunday, February 13, 2011

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PUSAT SUMBER SKTM




SKTM 14 Februari 2011.
Majlis perlantikan dan penyampaian watikah pengawas sekolah dan pengawas PSS SK Teluk Medan 2011 berlangsung seperti yang dirancangkan. Penyampaian watikah perlantikan disempurnakan oleh Encik Shoyef b. Tukiman, Guru Besar SKTM.Pada majlis tersebut, seramai 60 orang murid SKTM telah dilantik sebagai pengawas sekolah bagi sesi 2011. Lafaz ikrar pengawas diketuai oleh Muhammad Hafizd b. Zainol Abidin yang telah diumumkan sebagai Ketua Murid bagi sesi 2011. Pada perhimpunan mingguan hari ini juga, guru besar turut menyampaikan hadiah kepada pasukan bola baling lelaki yang telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan bola baling sekolah-sekolah rendah kelompok 2 Kerian. Dalam ucapannya, beliau berharap agar semua pengawas yang telah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah akan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedekasi dan menjadi contoh kepada murid-murid lain. Beliau juga berharap agar semua murid-murid akan sentiasa bekerjasama dengan pengawas sekolah demi mempertingkatkan displin, sahsiah dan kebajikan murid. Tahniah diucapkan kepada pengawas-pengawas sekolah dan PSS.

Wednesday, February 9, 2011

PERPUSTAKAAN BERGERAK


SKTM Khamis 10.02.2010.
Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan diberikan kepada warga SKTM pada setiap hari Khamis. Melaluluinya warga SKTM khususnya murid-murid dapat meminjam pelbagai jenis bahan bacaan selain daripada perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sumber SKTM. Terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan.

Perutusan Tahun Baru Kementerian Pelajaran Malaysia 2011


SKTM 10 Februari 2011.
Pada jam 9.00 pagi seluruh warga SKTM berkumpul di kantin sekolah bagi mendengar dan menyaksikan Perutusan Tahun Baru Kementerian Pelajaran Malaysia 2011 oleh YAB Dato' Haji Muhyiddin b. Hj Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia secara langsung melalui TV1 RTM ( ringkasan perutusan akan menyusul ).

MBMMBI

SKTM Rabu 9 Februari 2011.
Perlaksanaan program Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) mula berjalan seperti yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Hari ini seorang guru dari negara Ireland iaitu Cik Margaret telah hadir ke SK Teluk Medan bagi memberi bimbingan kepada guru-guru bahasa Inggeris di sini. Beliau disambut dengan baik dan bersama-sama Pn Sabra Syatila dan Cik Rosyidah menjalani pengajaran dan pembelajaran di beberapa kelas tahap 1 di SKTM. Beliau turut memberi pandangan tentang teknik-teknik pengajaran bahasa Inggeris yang berkesan. Warga SKTM mengucapkan terima kasih di atas bimbingan yang beliau berikan.

Thursday, February 3, 2011

BERSAMA MENDOAKAN KESELAMATAN NEGARA MESIR

PUTRAJAYA 3 Feb. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta masjid di seluruh negara supaya mengadakan solat hajat pada malam ini dan selepas solat Jumaat esok untuk mendoakan keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia lainnya di Mesir. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, ia juga diharap dapat membantu meredakan konflik yang sedang berlaku di negara itu. Rakyat Mesir kini bangun memberontak supaya Presiden, Hosni Mubarak meletak jawatan. "Kita berharap lebih 11,000 penuntut Malaysia di Mesir selamat serta ketegangan di Mesir akan berakhir dengan aman,” katanya. - Bernama