Saturday, April 30, 2011

MINGGU BAHASA MELAYU 2011

Program Minggu Bahasa Melayu 2011 SK Teluk Medan berlansung seperti yang dirancang. Antara pengisian Minggu Bahasa Melayu adalah beberapa pertandingan seperti pertandingan bercerita, tulisan cantik, silangkata dan penulisan esei.

Friday, April 29, 2011

PROGRAM ANGKAT 2011

Program Angkat Pemulihan dan LINUS 2011 bertujuan untuk menghapuskan buta 2M di kalangan murid-murid SKTM. Melalui program ini, setiap guru diberikan seorang anak angkat daripada kalangan murid-murid yang kurang mahir membaca khususnya murid tahun 1. Program akan berlangsung sepanjang tahun dan masa yang dikhususkan ialah awal pagi sebelum waktu pembelajaran bermula. Program angkat adalah di bawah kelolaan Pn.Umi Kalsom (Pemulihan) dan Pn.Hjh.Noraini (LINUS).

Thursday, April 28, 2011

KEJOHANAN MEMANAH MSSPK 2011


SK BUKIT MERAH 27.04.2011
Julung kalinya SKTM menyertai Kejohanan Memanah MSSPK. Peserta SKTM Mohd. Nur Andzar b. Mohd Jais beradu kemahiran pada kejohanan tersebut yang berlangsung di SK Bukit Merah selama 3 hari. Nur Andzar mendapat tempat ke 24 daripada 28 peserta bagi acara Jarak 30m. Tahniah diucapkan kepada Mohd Nur Andzar dan jurulatih Ustaz Omar Sabri.
( lihat foto )

Thursday, April 21, 2011

BAHANG MULA TERASA


SKTM Khamis 21.04.2011
Bahang Kejohanan Olahraga SKTM 2011 kembali setelah terhenti selama 2 bulan. Sukantara olahraga 2011 dimulakan pada hari ini bagi menentukan kutipan mata awal rumah-rumah sukan yang akan bertanding pada kejohanan itu nanti.

Sunday, April 17, 2011

Tuai Padi Antara Masak.

SKTM Isnin 18.04.2011.
Meskipun hanya beberapa bulan di SKTM, kehadiran Pn.Zaridah bt Othman amat bermakna bagi warga SKTM. Beliau telah menunjukkan komitmen yang baik bagi kelangsungan kegemilangan SK Teluk Medan. Pn.Zaridah bt. Othman telah ditukarkan ke SK Changkat Lobak bagi menyandang jawatan Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah tersebut. Pada akhir ucapannya beliau mengalunkan serangkap lagu " Tuai padi antara masak.Esok jangan layu-layuan.Intai cikgu anata namapak.Esok jangan rindu-rinduan. Seluruh warga SKTM mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat dan selamat bertukar kepada Pn.Zaridah bt Othman.

Pada perhimpunan mingguan tersebut juga dilancarkan Minggu Bahasa Melayu 2011. Pn.Norizan Dtalmizi selaku guru bertugas mingguan memaklumkan program minggu bahasa yang akan dijalankan sepanjang minggu ini. Bertemakan " Membaca Tunjang Kegemilangan Bahasa ", beliau berharap agar program Minggu Bahasa Melayu akan dapat dihayati oleh seluruh warga SKTM.

Thursday, April 14, 2011

Minggu Ke-14 Sesi 2011


Beberapa program berlansung sepanjang minggu ke-14 sesi persekolahan 2011. Antaranya adalah :
1. Penyampaian hadiah kepada wakil kelompok 2 ke kejohanan sepak takraw daerah Kerian.
2. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna poster kokurikulum.
3. Ujian Selaras 2/2011 daerah Kerian.
4. Pengisian data Ujian Penapisan LINUS 2011.
5. Latihan MTQ daerah Kerian di PKG Teluk Medan.
6. Bengkel UPSR 2011 ( Sains ) disampaikan oleh Pn.Zaridah.
7. Majlis bacaan Yasin UPSR 2011.

Thursday, April 7, 2011

BACAAN YASIN UPSR 2011



SKTM Jumaat 08.04.2011.
Majlis bacaan Yasin khas untuk calon-calon UPSR merupakan aktiviti tahunan SKTM. Semua murid-murid tahun 6 bersama guru-guru tertentu akan mengisi waktu bacaan pagi dengan membaca Yasin mulai jam 7.30 pagi setiap pagi Jumaat. Program tersebut bermula hari ini dan akan diteruskan sehingga tamat sesi persekolahan 2011. Semoga program yang diadakan akan mendekatkan diri dan hati warga SKTM dengan Allah SWT disamping memohon keredhaan-Nya agar dimudahkan menjalani UPSR 2011 serta memperolehi kejayaan yang cemerlang. Amin...