Friday, January 28, 2011

INTERAKSI IBU-BAPA 2011



SKTM Sabtu 29.01.2011.
Program Interaksi Ibu-bapa Murid Tahun 6 dengan Guru-guru berlangsung seperti yang dirancang. Sambutan yang diberikan sungguh memberangsangkan. Lebih 80% daripada ibu-bapa murid tahun 6 hadir bagi mendengar taklimat program kecemerlangan akademik UPSR bagi tahun 2011 dan ceramah motivasi ibu-bapa cemerlang. Taklimat program kecemerlangan UPSR 2011 disampaikan oleh En.Shoyef b. Tukiman manakala ceramah motivasi ibu-bapa disampaikan oleh Ustaz Izafri b. Ahmad dari SK Bukit Jana, Taiping. Pada majlis tersebut juga dialog antara ibu-bapa murid dengan guru-guru tahun 6 turut diadakan. Pn.Norizan Dalmizi, guru penyelaras tahun 6 telah menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh ibu-bapa murid. Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar kesungguhan untuk belajar oleh murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada penghujung tahun ini. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKTM. SKTM Penjana Pendidikan Generasi Cemerlang dan Gemilang.

Wednesday, January 26, 2011

KOKURIKULUM 2011


SKTM 26.01.2011
Seperti tahun-tahun yang lalu, kegiatan kokurikulum diadakan pada setiap hari Rabu mulai jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Aktiviti kokurikulum hari ini diisi dengan perlantikan ahli jawatan kuasa bagi tahun 2011. Semoga kegiatan kokurikulum yang diadakan akan melahirkan individu yang berpotensi serta berdaya saing melalui semangat waja diri seperti yang termaktub dalam MISI sekolah.

Tuesday, January 25, 2011

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH



KONGSI ILMU
FAIL-FAIL PBS KSSR :
1. Fail Induk
Minit mesyuarat
Organisasi
Perkeliling
Laporan dll...
2. Fail Mata Pelajaran
Rekod Standard Prestasi Murid
Instrumen Ujian-ujian
3. Fail Murid
Biodata murid
Instrumen Ujian-ujian

***minta pandangan rakan-rakan guru.

Wednesday, January 19, 2011

Cuti Thaipusam

SKTM Khamis 20.01.2011
Cuti Thaipusam tidak dipersiakan oleh warga pendidik SKTM. Kerja-kerja memasang kain rentang ( banner ) VISI dan MISI baharu SKTM dijalankan mulai jam 9.00 pagi dan siap pada jam 1.00. Sementara itu pasukan bola jaring sekolah mula menjalani latihan sebagai persiapan pesta permainan yang akan berlangsung tidak lama lagi. Sebahagian daripada guru-guru tahun 1 turut hadir bagi menyiapkan fail-fail Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Tahniah atas komitmen warga pendidik SKTM. Semoga impian menjadikan SKTM Penjana Generasi Cemerlangan dan Gemilang tercapai.

Tuesday, January 11, 2011

MENJELANG KEJOHANAN OLAHRAGA 2011


SKTM Isnin 10.01.2011.
Persiapan menjelang Kejohanan Olahraga 2011 diteruskan. Mulai hari ini, rumah-rumah sukan yang menyertai kejohanan tersebut giat menjalani latihan disamping memilih wakil murid yang akan mewakili rumah sukan masing-masing untuk bertanding pada kejohanan nanti. Sesi latihan dan sukantara akan berlansung setiap hari Isnin hingga Khamis mulai jam 3.30 petang sehingga tiba hari kejohanan. Tahniah diucapkan para seluruh warga SKTM.

Monday, January 10, 2011

PROGRAM TRANSISI TAHUN 1 / 2011

Program Transisi Prasekolah Ke Tahun Satu merupakan satu program yang bertujuan untuk membantu murid menghadapi perubahan daripada pendidikan tidak formal di rumah atau tadika kepada pendidikan lebih formal di Tahun Satu sekolah rendah. Dalam masa yang sama program ini juga dapat memastikan agar semua murid Tahun Satu yang datangnya dari latar belakang, pengalaman dan sosio ekonomi yang berbeza akan dapat memulakan proses pembelajaran di Tahun Satu pada tahap pencapaian yang hampir sama. Program Transisi Tahun 1/2011 SK Teluk Medan masuk minggu ke-dua. Sepanjang program berlangsung, murid-murid tahun 1 diperkenalkan dengan situasi dan budaya sekolah. Murid-murid turut dibawa meninjau persekitaran sekolah dan mengenalpasti kemudahan yang ada seperti pusat sumber, pejabat, surau, makmal komputer, pusat akses dan bilik-bilik khas yang lain. Antara tujuan Program Transisi Tahun 1 yang akan berlangsung selama 2 minggu adalah supaya :

1. Murid-murid dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran guru-guru dan kawan baru dalam masa yang singkat.


2. Guru-guru dapat menyelaraskan keperluan kognitif, emosi, kerohanian dan jasmani murid secara menyeluruh sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal di Tahun 1.


3. Meningkatkan minat dan semangat murid untuk datang ke sekolah tanpa banyak masalah.


Saturday, January 8, 2011

MENJELANG KEJOHANAN OLAHRAGA 2011

SKTM Jumaat 07.01.2011.
Sebagai persiapan awal Kejohanan Olahraga 2011, unit kokurikulum telah membuat pengemaskinian ahli rumah-rumah sukan SKTM. Kesempatan perhimpunan pagi Jumaat turut dimanafaat dengan mengadakan mesyuarat pertama rumah sukan 2011. Semoga kejohanan olahraga 2011 berlangsung seperti yang direncanakan.

Monday, January 3, 2011

SESI PERSEKOLAHAN 2011 BERMULA

SKTM 3 Januari 2011.
Sudah menjadi kebiasaan perhimpunan mingguan pertama sesi persekolahan tahun baharu turut dihadiri oleh ibu-bapa murid terutamanya ibu-bapa murid tahun 1. Kehadiran mereka bukan sahaja untuk menghantar anak-anak mereka pada hari pertama persekolahan malahan ingin mengetahui serba sedikit perkembangan terkini mengenai pengurusan sekolah yang diumumkan semasa majlis perhimpunan mingguan. Perhimpunan mingguan dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan lagu sekolah kemudiannya diikuti dengan bacaan doa dan ikrar Rukun Negara. Guru besar SKTM, En. Shoyef b. Tukiman turut menyampaikan beberapa info terkini kepada ibu-bapa yang hadir dan nasihat sebagai motivasi kepada murid-murid SKTM. Perhimpunan mingguan yang bermula pada jam 7.40 pagi berakhir pada jam 8.10 pagi.

Saturday, January 1, 2011

PENDAFTARAN PRASEKOLAH DAN TAHUN 1 / 2011


SKTM Khamis 30.12.2010
Majlis Perdaftaran Prasekolah dan Tahun 1 / 2011 berlangsung seperti yang dirancangkan. Ibu-bapa hadir bersama anak-anak seawal pagi bagi mendaftar prasekolah dan tahun 1 untuk sesi persekolahan 2011. Majlis dimulakan dengan pendaftar murid dan diikuti taklimat ibu-bapa dan penjaga murid. Pada taklimat tersebut, guru besar SKTM Encik Shoyef b Tukiman memberikan beberapa input terkini berkaitan pendidikan terutamanya berkaitan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR), Program LINUS dan program-program kecemerlangan SKTM 2011. Taklimat diteruskan oleh En. Yusof b. Jamaludin PK HEM yang menerangkan tentang pengurusan murid SKTM. Majlis Pendaftaran Prasekolah dan Tahun 1 berakhir pada jam 11.00 pagi.

SUMBANGANMU DIHARGAI

SKTM Rabu 29.12.2010
Seperti tahun-tahun yang lalu, warga pendidik SKTM menerima Sijil Penghargaan atas sumbangan cemerlang pada tahun 2010. Sijil penghargaan disampaikan kepada semua warga pendidik SKTM oleh En.Shoyef b Tukiman, Guru Besar SKTM. Tahniah diucapkan kepada semua warga pendidik SKTM.