Monday, March 28, 2011

PONTENG SIFAR


SKTM, 28.03.2010
Kempen ' Ponteng Sifar ' anjuran unit HEM dilancarkan hari ini oleh Pn.Hjh.Romlah bt. Salleh, PK Pentadbiran SKTM. Kempen bertujuan untuk menghapuskan budaya ponteng di kalangan murid-murid SKTM. Pada majlis perlancaran tersebut, murid-murid SKTM melafaz ikrar untuk tidak menjadikan budaya ponteng sebagai budaya hidup. Lafaz ikrar tersebut diketuai oleh Muhammad Hafizd b. Zainol Abidin, ketua murid SKTM 2011. Pada perhimpunan mingguan tersebut juga, murid-murid yang mewakili sekolah dalam pertandingan sepak takraw dan bola jaring menerima cenderamata daripada sekolah. Selain daripada itu, unit HEM turut memberikan hadiah kepada kelas 2B1 dan 6B2 yang dipilih sebagai kelas bersih dan ceria sepanjang bulan Januari hingga mac.

Friday, March 25, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG 2011



SKTM, Jumaat 25.03.2011 - Bertemakan " Muafakat Menjana Kecemerlangan " Mesyuarat Agung PIBG SK Teluk Medan Kali Ke-31 berlangsung seperti yang dirancang. Kehadiran yang melebihi 80% membuktikan komitmen ibu-bapa murid bagi kelangsungan kecemerlangan dan kegemilangan SKTM. Mesyuarat PIBG SKTM dimulakan dengan doa memohon keberkatan majlis yang dipimpin oleh Ustaz Omar Sabri, guru JQAF SKTM. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG Tn.Hj.Darham b. Bakri dan ucapan Guru Besar En.Shoyef b. Tukiman selaku Penasihat PIBG SKTM. Perasmian Mesyuarat PIBG SKTM Kali Ke-31 disempurnakan oleh Encik Zulkarnain b. Hj.Hamid, Pegawai Khas Akademik Prasekolah PPD Kerian. Dalam ucapannya beliau mengharapkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dengan komuniti setempat khususnya ibu-bapa murid bagi mencapai misi dan visi sekolah. Beliau turut memberikan beberapa input berkaitan Bidang Keberhasilan Negara (NKRA), perkembangan teknologi maklumat, kurikulum Pendidikan Seks dan program-program kecemerlangan pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada mesyuarat tersebut, Tn.Hj.Darham b. Bakri dilantik semula untuk menerajui PIBG SK Teluk Medan bagi sesi 2011/2013. Sementara itu, terdapat beberapa rombakan kecil dalam JK PIBG tetapi sebahagian besar daripada JK lama dilantik semula. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31 turut meluluskan beberapa usul berkaitan dana bagi melaksanakan program kecemerlangan murid SKTM khususnya Program Kecemerlangan UPSR. Dalam sesi ucapan penangguhan En.Shoyef b. Tukiman mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kehadiran ibu-bapa yang memberangsangkan ke Mesyuarat Agung PIBG SKTM Kali Ke-31. Mesyuarat Agung PIBG SKTM ditangguhkan pada jam 6.00 petang.
( gambar )

Thursday, March 24, 2011

Menjelang Mesyuarat Agung PIBG 2011


SKTM, 25.03.2011 - Persiapan bagi mengadakan Mesyuarat Agung PIBG 2011 dijalankan kira-kira 5 jam sebelum mesyuarat tersebut dilangsungkan. Mesyuarat PIBG yang bakal diadakan mulai jam 3.00 petang ini akan dirasmikan oleh En.Zulkarnain b. Hj.Hamid, Pegawai Khas Akademik Prasekolah PPD Kerian. Selamat bermesyuarat. " Muafakat Menjana Kecemerlangan ".

Tuesday, March 22, 2011

SEPAK TAKRAW KELOMPOK 2 SR KERIAN

Selepas Kejohanan Olahraga SR Daerah Kerian dua minggu lalu, SM Vokasional Kerian sekali lagi menjadi gelanggang pertarungan sukan dan permainan. Hari ini Selasa 22 Mac 2011, Pertandingan Sepak Takraw SR Kelompok 2 Kerian berlangsung di dewan besar sekolah berkenaan. Pada pertandingan tersebut, 10 regu daripada SR dalam Kelompok 2 Kerian telah beradu tenaga agar terpilih untuk menyertai pertandingan pada peringkat daerah nanti. SKTM turut menghantar 2 regu pada pertandingan tersebut. Meskipun gagal ke peringkat daerah, regu 'A' SKTM masih menunjukkan aksi cemerlang dengan membawa pulang pingat gangsa . Kedua-dua pingat emas dan perak diraih oleh regu daripada SK Parit Hj. Taib yang juga tuan rumah bagi pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan kepada pasukan dan jurulatih sepak takraw SKTM 2011.

Thursday, March 17, 2011

USIA TAK MENGHALANG CITA-CITA

SKTM 12.03.2011
Seramai 5 orang warga pendidik mula menjejak kaki ke menara gading di bawah program PPG Kementerian Pelajaran malaysia. Mereka mula mendaftar diri pada Sabtu 12.03.2011 di pusat pembelajaran masing-masing. Guru yang terlibat ialah Cikgu Shamsul Amin (UPSI), Cikgu Hidayat Azimah, Cikgu Azma Shahira (USM),Cikgu Yusof Jamaluddin (UniTAR) dan Cikgu Yuslinda (OUM). Sementera itu masih ramai warga pendidik SKTM yang akan memulakan sesi pembelajaran pada bulan Jun nanti di IPG yang belum ditetapkan. Seluruh warga SKTM mengucapkan tahniah dan selamat belajar kepada guru-guru SKTM yang melanjutkan pelajaran. Semoga SKTM akan menjana kecemerlangan dan kegemilangan masyarakat Teluk Medan. Bagan Serai.

Tuesday, March 15, 2011

TUISYEN GEMILANG 2011

SKTM Rabu 16.03.2011
Program Tuisyen Gemilang 2011 yang berlangsung setiap hari persekolahan mulai jam 2.00 hingga petang 3.30 petang diteruskan pada cuti pertengahan semester 1 / 2011. Sepanjang cuti persekolahan selama seminggu ini, murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada penghujung tahun ini hadir ke sekolah bagi mengikuti kelas tambahan yang dikendalikan oleh guru-guru secara bergilir-gilir mulai jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari. Rata-rata ibu-bapa murid SKTM melahirkan rasa terharu serta mengucapkan terima kasih atas inisiatif pihak sekolah merancang dan melaksanakan program tersebut. Lebih menarik lagi, seorang murid tahun 6 dari SK Bukit Subang, Selangor turut memohon untuk menghabiskan percutian ' balik kampungnya ' dengan menghadiri kelas Tuisyen Gemilang tersebut. Program Tuisyen Gemilang 2011 dikelolakan oleh Pn.Hjh.Romlah bt. Salleh, Penolong Kanan Pentadbiran SKTM. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada guru-guru yang telah mengorbankan masa cuti demi meneruskan misi kecemerlangan UPSR. " SKTM Penjana Generasi Cemerlang dan Gemilang ".

MTQ Daerah Kerian 1432/2011

SK Dato' Allaudin 5 Mac 2011.
Majlis Tilawah Al-quran Daerah Kerian telah berlangsung di SK Dato' Allaudin. Nur Afifah bt. Aziz dari SKTM yang mewakili SR Kelompok Bagan Serai bagi acara tilawah perempuan telah mendapat tempat ke-2 pada majlis tersebut manakala Anis Mardiyiah bt. Abd.Rahim pula mendapat tempat ke-3 dalam ketegori hafazan perempuan. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta dan jurulatih yang terlibat.

Thursday, March 10, 2011

MAJLIS PENYERAHAN PEJABAT BARU PPD KERIAN

PPD Kerian 10.03.2011.
Majlis Penyerahan Sijil Menduduki Bangunan Baru PPD Kerian berlangsung seperti yang dirancang. Sijil menduduki bangunan tersebut disampaikan kepada Tn.Hj. Mat Lazim b. Idris, Pegawai Pendidikan Daerah Kerian oleh Jurutera JKR Daerah Kerian. Turut sama hadir pada majlis penyerahan tersebut ialah Pengarah Pelajaran Perak Darul Ridzuan, Tuan Mohd Rauhi b. Mohd Isa,PMP,KMN,AMP,PPT. Namun begitu, nama pejabat PPD yang baharu itu tidak dimasyhurkan pada majlis tersebut. Seluruh warga SK Teluk Medan mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPK SR KERIAN 2011

SM Vokasional Kerian.
Kejohanan Olahraga MSSPK SR Daerah Kerian 2011 yang berlangsung selama 3 hari berakhir pada hari ini. Tiga atlit SKTM telah melayakkan diri ke peringkat akhir namun nasib tidak menyebelahi mereka dan tidak mendapat tangga teratas dalam saingan akhir. Tiga atlit tersebut ialah Hanis Izzati (100m P12), Zulkifli (100m L12) dan Faris Fahmi (200m L). Apapun diucapkan tahniah kepada para atlit SKTM yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Tahniah juga kepada jurulatih atlit dan unit kokurikulum SKTM.