Tuesday, May 24, 2011

MSSM 2011

MSSM 2011 memberi pengalaman baru kepada sebahagian besar peserta rombongan bagi menyaksikan Balapan MSSM 2011 yang berlangsung di Ipoh. Sebahagian besar daripada mereka mengakui bahawa itulah pertama kalinya mereka menjejakkan kaki ke Stadium Indera Mulia, Ipoh. Selain itu, peserta rombongan turut dibawa melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar Ipoh ibu negeri Perak Darul Ridzuan. ( lihat foto )

Thursday, May 19, 2011

Beza Slogan Satu Matlamat




SKTM MINGGU KE-18


SKTM 19.05.2011
Program Rawatan Gigi Sekolah berlangsung sepanjang dua minggu oleh Unit Gigi Sekolah Kementerian Kesihatan. Program yang bertemakan ' Gigi Sihat Senyuman Memikat ' ini merupakan program tahunan kementerian berkenaan bagi memastikan kesihatan gigi murid-murid sekolah dipelihara. Sepanjang rawatan tersebut, pihak berkenaan turut mengadakan mini pameran berkaitan teknik memelihara dan penjagaan gigi yang betul. Hari ini juga satu Kem Teknik Menjawab Kertas Bahasa Inggeris UPSR diadakan. Ceramah teknik menjawab itu disampaikan oleh Encik Abdul Halim guru bahasa Inggeris SK Sungai Bogak, Bagan Serai. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua pihak yang terlibat.

Monday, May 16, 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA



SKTM 16 Mei 2011.
Sambutan Hari Guru 2011 berlangsung seperti yang dirancang. Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Omar b. Sabri. Seperti tahun-tahun yang lalu majlis bacaan Yasin mendahului aturcara majlis sambutan Hari Guru SKTM. Majlis bacaan Yasin dipimpin oleh Tn.Hj.ishak b. Nafiah. Acara diteruskan dengan bacaan teks ucapan YAB Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran. Turut menyampaikan ucapan pada majlis sambutan tersebut ialah Tn.Hj.Darham b. Bakri YDP PIBG, En.Shoyef b.Tukiman Guru Besar SKTM dan Muhammad Hafizd b. Zainol Abidin Ketua Murid SKTM 2011. Pada majlis tersebut juga, guru-guru turut menerima cenderamata daripada Kelab Guru & Kakitangan SKTM dan PIBG SKTM. Majlis sambutan Hari Guru 2011 diakhiri dengan nyanyian lagu ' Guru Malaysia' oleh guru-guru SKTM dan acara memotong kek hari guru. Kek Hari guru disumbang oleh Keluarga Pn.Harina Zaniol (Pengerusi Kelab Guru & Kakitangan SKTM ) dan Bank Rakyat Malaysia Berhad cawangan Bagan Serai. Selamat Hari Guru 2011. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.
lihat gambar...

Sunday, May 8, 2011

LAGU TEMA HARI GURU 2011

GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA


BERSATU KITA MENUJU PARADIGMA YANG BAHARU
SATU TEKAD DAN HARAPAN MENYAHUT CABARAN DUNIA
PENDIDIK BERKUALITI DEMI MENCAPAI VISI
DENGAN AZAM YANG MURNI MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA

PENDIDIK BERINOVASI MENGHASILKAN KREATIVITI
BERSEDIA HADAPI CABARAN
ARUS TANPA SEMPADAN

PENDIDIK YANG BERKUALITI
MEMBENTUK AKHLAK TERPUJI
MENGIMBANGKAN ROHANI
JATI DIRI DAN JASMANI

GURU MENDIDIK INSAN DENGAN SETULUS HATI
MEMBIMBING GENERASI MASA DEPAN
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
MENJAYAKAN HASRAT YANG MURNI SATU MALAYSIA
SATU MALAYSIA… SATU MALAYSIA

LAGU & LIRIK : ROSMAN ADAM

Saturday, May 7, 2011

KAWAD KECEMASAN 1

SKTM Jumaat 06.05.2011
Latihan Kawad Kecemasan kali pertama diadakan mulai jam 9.00 pagi. Latihan tersebut dijalankan sebagai persediaan sekiranya berlaku kebakaran atau perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Melaluinya, murid-murid, guru-guru dan seluruh warga SKTM yang berada di dalam kawasan sekolah didedahkan akan langkah-langkah yang perlu dilakukan sekiranya berlaku kecemasan. Beberapa kelemahan dikenalpasti dan dinyatakan sebagai penambahbaikan untuk masa hadapan.

Wednesday, May 4, 2011

KURSUS PEPIMPINAN 2011

SKTM Rabu 04.05.2011.
Kursus Kepimpinan Murid 2011 telah berlangsung mulai jam 1.30 petang. Kursus kepimpinan anjuran unit HEM dan Kokurikulum itu melibatkan pengawas sekolah, pengawas PSS dan AJK Unit Beruniform dan Persatuan. Antara pengisian program tersebut adalah ceramah motivasi kepimpinan yang disampaikan oleh Tn.Hj.Yazid Rumbali, guru displin SKTM. Beliau menyampaikan beberapa ciri pemimpin dan kepimpinan yang baik lagi berketrampilan disamping melakukan beberapa aktiviti kumpulan. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKTM.

Tuesday, May 3, 2011

APLIKASI ICT DALAM P&P

Perkembangan dalam Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kini dilihat semakin rancak berkembang sejajar dengan perkembangan arus pemodenan dunia tanpa sempadan (globalisasi). Menurut Buyong (2002), cabaran dunia pendidikan dalam meneroka dan mengaplikasikan ICT melalui pendekatan-pendekatan yang berkesan telah membawa para pengajar dan pelajar mengenali dan seterusnya mempraktikkannya mengikut kesesuaian bidang yang diingini. Keberkesanan TMK dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P) dapat dilihat seawal peringkat pra-sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah sehingga ke institusi pendidikan tinggi. Berikut beberapa pautan kajian berkaitan keberkesanan aplikasi ICT dalam pengajaran dan pembelajaran :

Kajian 1

Kajian 2

Kajian 3
Kajian 4

Monday, May 2, 2011

SASTERAWAN NEGARA KE-11

Penyair, Datuk Dr Ahmad Kamal Abdullah yang dikenali dengan nama penanya, Kemala, dinobatkan sebagai penerima Anugerah Sastera Negara Ke-11, yang membawa gelaran Sasterawan Negara.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengumumkannya berkata anugerah itu diberikan kepada tokoh sasterawan yang menulis dalam bahasa Melayu dan memberikan sumbangan cemerlang dalam perkembangan kesusasteraan tanah air melalui ciptaan karya kreatif, pemikiran dan kegiatan sastera bermutu tinggi.

Muhyiddin, yang juga Menteri Pelajaran, berkata Sasterawan Negara itu akan menerima Warkah Penghormatan Negara, wang tunai RM60,000 dan penerbitan 50,000 naskhah atau kos cetakan karya penerima anugerah bernilai maksimum RM500,000 untuk dibeli oleh kerajaan dan disebarkan dengan luas ke sekolah-sekolah, perpustakaan, jabatan dan agensi kerajaan. Kemala telah menghasilkan 11 buah buku kumpulan puisi, 25 buah antologi puisi, 10 buku kajian sastera, empat buku kumpulan cerpen, lapan buah antologi cerpen, empat buah drama, tiga buku cerita kanak-kanak dan lebih 50 esei dan kritikan sastera.

"Karya-karya tokoh ini bermutu tinggi, dalam daya renungnya, tinggi daya cipta dan daya rekanya serta mempunyai nilai estetika yang mengagumkan. "Karya-karyanya terutama puisi bukan sahaja diminati dan menjadi ikutan kepada generasi baru malah diminati sama oleh sarjana dalam dan luar negara," katanya.

Muhyiddin berkata karya-karya Kemala terutama puisi telah diterjemahkan ke dalam banyak bahasa asing seperti bahasa Cina, Urdu, Perancis, Jerman, Belanda, Slovania, Sepanyol dan Serbo-Croatian. Muhyiddin berkata tokoh itu mendapat banyak anugerah dan penghargaan dari dalam dan luar negara antaranya Anugerah S.E.A Write Awards (1986) daripada kerajaan Thailand, Anugerah Pujangga daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (2002) dan Hadiah Sastera Perdana Malaysia. "Tokoh ini telah mengasaskan Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (1993) dan tradisi baca puisi di Malaysia yang dimulakan dengan Pengucapan Puisi Dunia Kuala Lumpur (1986).

"Gaya, sebutan dan rentak suara pembacaannya menjadi ikon dan ikutan generasi muda. Tokoh ini juga aktif membentangkan kertas kerja di dalam dan luar negara," katanya.

Sunday, May 1, 2011

IHTIFAL KAFA 2011 DAERAH KERIAN

KAFA Azharul Jannah 01.05.2011.
Muhammad 'Izzuddin b. Zainol Abidin pelajar tahun 4 KAFA Nur Hidayah Bagan Serai telah menjadi Johan Pidato Bahasa Arab pada Majlis Ihtifal KAFA 2011 Daerah Kerian. Muhammad 'Izzuddin juga merupakan murid tahun 4 SK Teluk Medan. Dengan kemenangan itu, Muhammad 'Izzudin akan mewakili daerah Kerian ke peringkat negeri yang bakal diadakan pada bulan Jun nanti. Tahniah diucapkan kepada Muhammad 'Izzuddin dan ustaz-ustazah KAFA Nur Hidayah Bagan Serai. Seluruh warga SKTM mendoakan agar Muhammad 'Izzuddin akan menempa kejayaan di peringkat yang lebih tinggi.