Tuesday, May 29, 2012

TUSYEN GEMILANG

SKTM Rabu 30.05.2012
Kelas Tusyen Gemilang UPSR pada minggu pertama cuti pertengahan tahun 2012 masuk hari ke-3. Kelas yang dianjurkan oleh Kelab Guru SKTM bertujuan meningkatkan kefahaman dan pengetahuan murid tahun 6 sebagai menghadapi UPSR pada September ini. Kelas yang bemula hari Isnin lalu akan berakhir lusa Jumaat 1 Jun 2012.

Saturday, May 26, 2012

KEM BAKAT TUNAS MUDA 2012

JPN PERAK Sabtu 26.05.2012
Pelajar Tahun 5B1 Muhammad 'Izzuddin b. Zainol Abidin merupakan salah seorang peserta Kem Bakat Tunas Muda Peringkat Kebangsaan 2012. Muhammad 'Izzuddin bersama 3 lagi peserta telah dipilih mewakili negeri Perak ke kem berkenaan yang bermula hari ini serta tamat pada hari Selasa hadapan. Kem Bakat Tunas Muda Peringkat Kebangsaan 2012 dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka.

Friday, May 25, 2012

CUTI PENGGAL PERTAMA 2012 BERMULA

SKTM Jumaat 25 Mei 2012.
Anak-anak SKTM penuh riang ketika melangkah pulang pada hari akhir persekolahan sesi 1/2012. Mereka mungkin mula membayangkan aktiviti yang akan dilakukan sepanjang cuti 2 minggu atau janji ibu bapa ke destinasi tertentu. Namun bagi murid-murid tahun 6, kelas intensif UPSR akan diadakan setiap hari sepanjang minggu pertama cuti berkenaan. Selamat bercuti. Apapun jangan lupa tanggung jawab terhadap diri, agama, bangsa dan negara.

Thursday, May 24, 2012

MESYUARAT AKHIR SEMESTER 1/2012

SKTM Khamis 24 Mei 2012.
Mesyuarat Akhir Semester 1/2012 menumpukan kepada analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 yang bermula Isnin lalu. Antara sistem yang diberi perhatian ialah Analisis Peperiksaan ABA3014, SAPS dan SAPR16. Pada mesyuarat tersebut juga, Ustaz Omar Sabri turut membentangkan kertas kerja program Ihtifal j-QAF 2012 Zon Bagan Serai. SK Teluk Medan telah dipilih sebagai tuan rumah bagi program berkenaan yang bakal berlangsung pada penghujung bulan Jun 2012. (foto)

Tuesday, May 22, 2012

SIREH PULANG KE GAGANG

Setelah hampir 8 tahun meninggalkan SK Teluk Medan, kini Pn.Siti Zuraidah bt. Zubir kembali berkhidmat di SK Teluk Medan. Pn.Siti Zuraidah pernah berkhidmat selama 12 tahun di SK Teluk Medan sebelum ditukarkan ke SK Sungai Bogak atas kepentingan perkhidmatan. Seluruh warga SKTM mengucapkan ahlan wa sahlan.

Sunday, May 20, 2012

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2012


SKTM Isnin 21 Mei 2012.
Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 bermula hari ini dan akan tamat pada hari Jumaat iaitu hari terakhir persekolahan semester 1 bagi tahun 2012. Bagi memperoleh keberkatan, Guru Besar SKTM Ustaz Mohamad Shah b. Ramli memimpin bacaan doa pada perhimpunan mingguan. Pada majlis perhimpunan mingguan tersebut juga, guru besar yang mewakili Tuan PPD Kerian turut menyampaikan anugerah penghargaan kepada Tn.Hj.Ishak b. Napiah kerana sumbangan kepada MTQ daerah Kerian. Tn.Hj.Ishak b. Napiah merupakan salah seorang daripada jurulatih peserta MTQ daerah Kerian dan negeri Perak. (galeri foto)

Friday, May 18, 2012

ENGLISH WORKSHOP

SKTM Sabtu 19 Mei 2012.
Bengkel Kecemerlangan UPSR dan Rahsia Menjawab Soalan UPSR berlangsung mulai jam 8.00 pagi dan tamat pada jam 5.00 petang. Bengkel selama sehari tersebut disertai oleh murid-murid tahun 6 SKTM yang bakal menduduki UPSR pada penghujung tahun ini. Bengkel atau English Workshop tersebut dikendalikan oleh Sir Ash dengan kerjasama Akademi Rana, sebuah pusat tuisyen yang ternama di Setiawan, Perak. Turut membantu bengkel tersebut ialah 2 orang fasilitator dari pusat tusyen berkenaan. SKTM mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada Sir Ash dan Akademi Rana. (foto)

Thursday, May 17, 2012

UJIAN SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 2/2012

SKTM Jumaat 26 Jamadil Akhir 1433H.
Ujian Saringan Khas LINUS 2012 bermula mulai jam 9.00 pagi. Sasaran Ujian hanyalah kepada murid-murid tahun 2 bagi mengenalpasti tahap pencapaian murid bagi kedua-dua aspek berkenaan iaitu aspek literasi dan numerasi. Manakala instrumen bagi kedua-dua ujian tersebut dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dilaksanakan pada masa yang sama di seluruh negara. Turut hadir untuk memantau perjalanan dan perlaksanaan ujian tersebut ialah Pn.Hjh. Siti Norain bt. Ramli, Pegawai FasiLINUS PPD Kerian

SUKANTARA TAHAP 2

SKTM Khamis 17.05.2012.
Sukantara bagi murid tahap 2 berlangsung hari ini. Antara acara yang berlangsung ialah lari 100m dan lompat jauh. Sementara itu, rumah-rumah sukan yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Olahraga 2012 nanti giat menjalankan latihan disamping memilih peserta yang akan mewakili rumah sukan masing-masing. (galeri foto)

Wednesday, May 16, 2012

HARI GURU 2012


SKTM Rabu 16 Mei 2012.
Hari Guru SK Teluk Medan 2012 disambut penuh meriah. Meskipun hujan turun pada awal pagi namun alhamdulillah program berjalan seperti yang dirancang. Acara dimulakan dengan bacaan doa diikuti oleh ucapan Tn.Hj.Darham b. Bakri, YDP PIBG dan Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Turut diperdengarkan ialah bacaan Perutusan Hari Guru Ketua pengarah Pelajaran Malaysia. Antara acara yang dilangsungkan ialah Ikrar Guru Malaysia, nyanyian lagu Guru Malaysia, pertandingan bola tampar, pertandingan menghias kek, bowling buah kelapa dan persembahan murid iaitu persembahan koir dan action song. Pada majlis sambutan Hari Guru 2012 juga, Tn.Hj.Darham b. Bakri turut menyempurnakan perasmian gelanggang bola tampar SKTM yang baru dibina awal minggu ini. Bola tampar akan menjadi satu lagi permainan alternatif murid SKTM bagi program 1Murid 1Sukan dan bakal menggegarkan arena sukan tersebut apabila mula menyertai pertandingan berkenaan pada MSSPk. Majlis sambutan diakhiri dengan penyampaian hadiah daripada murid kepada guru-guru. Tahniah diucapkan kepada semua warga SKTM yang menjayakan sambutan Hari Guru 2012. Guru Innovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. ( galeri foto )

Monday, May 14, 2012

PERUTUSAN HARI GURU KPPM

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan salam sejahtera.

Tuan-tuan, puan-puan warga pendidik dan murid-murid yang dikasihi sekalian,

1. Semenjak tahun 1972, peranan dan fungsi guru telah diiktiraf begitu signifikan dan diabadikan menerusi ungkapan tema Hari Guru yang diraikan pada 16 Mei setiap tahun. Guru dipandang tinggi sebagai pemangkin pembangunan negara,  pembentuk generasi dan menjadi asas kemajuan pendidikan negara di samping memacu kejayaan rakyat. Guru yang melengkapi diri dengan kualiti dan Standard Guru Malaysia diakui mampu menjamin keberhasilan negara, antaranya guru yang inovatif dan kreatif teras kejayaan wawasan, guru berkesan pendidikan cemerlang, guru berkualiti pemangkin kegemilangan dan guru cemerlang negara
terbilang. ( BACA LAGI )

Sunday, May 13, 2012

PERHIMPUNAN MINGGU 19/2012

SKTM Isnin 14.05.2012.
Perhimpunan Mingguan minggu ke-19 diisi dengan ucapan guru bertugas mingguan En.Shahrilzal Jali dan taklimat Kejohanan Olahraga 2012 oleh Cikgu Che Aris Rajab. Pada perhimpunan tersebut juga, guru besar turut menyampaikan hadiah kepada peserta MTQ Daerah Kerian kategori Tulisan Jawi yang berlangsung Jumaat lalu. Adik Nurul Izzah bt. Mohd Lokman (5B1) telah mendapat tempat kedua pada pertandingan tersebut manakala adik Muhammad 'Izzuddin b. Zainol Abidin hanya mampu mendapat hadiah saguhati. Sementara itu. Muhammad 'Izzuddin juga gagal mempertahankan kejuaraannya bagi acara Pidato Bahasa Arab pada Majlis Ikhtifal Sekolah-sekolah Rendah KAFA Zon Bagan serai yang berlangsung semalam. Muhammad 'Izzuddin merupakan johan bagi kategori berkenaan pada tahun 2011. Manakala seorang lagi murid SKTM iaitu Nurul Elmy Bakar mendapat tempat ke-3 bagi kategori hafazan. Tahniah diucapkan.

Thursday, May 10, 2012

KEM PECUTAN JAWI 2012

SKTM Khamis 10.05.2012
Kem Pecutan Jawi 2012 akan berlangsung selama 2 hari mulai hari ini. Kumpulan sasaran kem tersebut ialh kumpulan murid tahun 6 yang kurang mengusai kemahiran membaca dan menulis jawi. Melalui program tersebut, 3 orang guru j-QAF dari SK Parit Hj.Aman dilantik sebagai fasilitator program di SK Teluk Medan manakala 2 orang guru j-QAF dari SK Teluk Medan menjadi fasilitator di SK Parit Hj.Aman. Pertukaran guru tersebut adalah sebagai perkongsian ilmu dan kaedah pengajaran dalam kalangan guru-guru j-QAF di daerah Kerian.

Tuesday, May 1, 2012

ACTIONS SONG 2012


SK SERI PINANG Sabtu 28.04.2012
Kerian Actions Song Competition 2012 meninggalkan kenangan indah kepada kumpulan Actions Song SKTM. Meskipun gagal mendapat tempat teratas, persembahan menarik pada pertandingan tersebut mampu memukau penonton yang hadir. Samatelah pula, julung-julung kalinya SKTM menyertai pertandingan tersebut semenjak ianya diadakan. Tahniah diucapkan kepada jurulatih dan kumpulan Actions Song SKTM. (galeri foto)

SKTM TERUS MENEMPA NAMA

Muhammad Alif Wafi, murid tahun 6 SKTM akan mewakili negeri Perak ke Kejohanan Catur MSSM peringkat kebangsaan yang akan berlangsung pada bulan Jun nanti. Muhammad Alif Wafi telah mendapat tempat ke-3 pada kejohanan peringkat negeri Perak yang telah berlangsung 2 minggu lalu. Tahniah diucapkan. Seluruh warga SKTM berbangga dengan kejayaan Alif serta mendoakan agar memperoleh kejayaan yang cemerlang di peringkat kebangsaan nanti.