Saturday, June 30, 2012

MAJLIS IHTIFAL j-QAF ZON BAGAN SERAI 2012


SKTM Sabtu 30 Jun 2012.
Majlis Ihtifal j-QAF SR Zon Bagan Serai berlangsung di SK Teluk Medan mulai jam 8.00 pagi. Empat kategori dipertandingkan iaitu Kalam Jama'e, Hiwar, Kuiz Bahasa Arab serta Wirid dan Doa. Penutupan rasmi Majlis Ihtifal j-QAF SR Zon Bagan Serai disempurnakan oleh Tn.Hj.Mohamad Saufi b. Ismail, Pen.Pengarah Pendidikan Islam Elektif dan KKQ JPN Perak. Dalam ucapannya, beliau berharap agar pendidikan j-QAF dapat dimantapkan lagi selari dengan bidang akademik demi kebahagiaan murid dunia dan akhirat. Pada majlis tersebut SK Bagan Serai telah menjadi johan bagi kategori Kalam Jama'e, SK Teluk Medan bagi Hiwar, SK Parit Hj.Aman bagi Wirid serta Doa dan SK Parit Hj.Taib johan bagi kategori Kuiz Bahasa Arab. Turut hadir pada Majlis Ihtifal j-QAF SR Zon Bagan Serai hari ini ialah Ustaz Abdullah Ahmad (PenPPD j-QAF), Tn.Hj.Abdul Rahman b. Abd.Hamid (Penyelia Kanan P.Islam), Tn.Hj.Shaari b. Bakar (Penyelia P.Islam) dan guru-guru besar dari zon Bagan Serai. Tahniah diucapkan kepada peserta yang berjaya dan semua pihak yang menjayakan program. (galeri foto)

Thursday, June 28, 2012

MAJLIS TANDATANGAN KAD PELAPORAN SESI 1/2012

SKTM Khamis 28 Jun 2012.
Majlis Menandatangani Kad Pelaporan Murid bukan sahaja dapat memberi info kepada ibu-bapa akan perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak malahan ibu-bapa yang hadir juga dapat bersemuka  dengan guru-guru bagi langkah penambahbaikan dalam proses mendidik anak-anak. Majlis tersebut menumpukan kepada analisis pencapaian anak-anak SKTM pada Peperiksaan Pertengahan Tahun 2012 lalu. Hampir 80 peratus daripada ibu-bapa murid tahun 3 hingga 6 hadir mulai jam 11.00 pagi hingga tamat waktu persekolahan. ( lihat foto )

Thursday, June 21, 2012

PASUKAN JEMPUTAN OLAHRAGA


SK DATO' MAS'UD Khamis 21.06.2012
Pasukan Olahraga SKTM terus menjulang nama SK Teluk Medan apabila menjuarai acara pasukan jemputan bagi acara 4X100 pada Temasya Kejohanan Olahraga SK Dato' Mas'ud 2012 yang berlangsung petang semalam. Sebelumnya pada sebelah pagi, Pasukan Olahraga SKTM turut menggondol pingat emas bagi acara yang sama di Temasya Kejohanan Olahraga SMK Abu Bakar Al-baqir. Turut hadir memberi sokongan ialah Ustaz Mohamad Shah Ramli (GB), Pn.Hidayat Azimah (PK Kokurikulum) dan Sir Ash. Tahniah diucapkan kepada Pasukan Olahraga SKTM
( galeri foto Sir Ash )

Sunday, June 17, 2012

MURID CEMERLANG PKSR 1 DIRAI




SKTM Isnin 18.06.2012
10 orang murid cemerlang PKSR 1/2012 diraikan pada majlis perhimpunan mingguan bagi memberi motivasi kepada murid-murid lain. Sebelumnya, Tn.Hj.Ishak Napiah selaku guru bertugas mingguan menyampaikan beberapa nasihat kepad murid-murid dengan memberi penekanan kepada adab belajar dan menghormati guru. Manakala pada waktu rehat, Ustaz Mohamad Shah, Guru Besar SKTM berbesar hati untuk makan bersama-sama dengan 10 murid cemerlang PKSR 1 tersebut. Jamuan tersebut disediakan oleh beliau sendiri. 

Thursday, June 14, 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA SKTM KALI KE-12





SKTM Khamis 14 Jun 2012.
Kejohanan Olahraga SKTM Kali Ke-12 berlangsung penuh meriah dan ukhuwah. Kejohanan disempurnakan perasmiannya oleh Tn.Hj. Abdul Muin b. Mustafa yang mewakili Ybhg.Dato' Zaili Cha yang tidak dapat hadir. Dalam ucapannya, beliau berharap agar  semua murid akan berusaha bersungguh-sungguh demi kejayaan diri masa hadapan. Beliau turut mengharapkan agar ibu-bapa sentiasa menyokong semua program yang dianjurkan oleh pihak sekolah dan guru-guru demi merealisasikan misi dan visi pendidikan negara. Selain daripada murid, ibu-bapa turut mengambil bahagian dalam acara yang dipertandingkan. Pada kejohanan tersebut, Umyar Tolhah telah dicanang sebagai olahragawan manakala Nur Aina Farieza sebagai olahragawati bagi tahun 2012. Rumah Merah pula telah menjadi johan keseluruhan pada Kejohanan Olahraga SKTM Kali Ke-12. Tahniah diucapkan pada semua yang menjayakan.
( GALERI FOTO 1 )
( GALERI FOTO 2 )

Monday, June 11, 2012

HARI PERTAMA PENGGAL KE-2



SKTM Isnin 11 Jun 2012.
Perhimpunan minggu pertama penggal ke-2 dipengerusikan oleh Cik Nursyazana selaku guru bertugas mingguan. Pn.Siti Zuraidah Zubir turut menyampaikan ucapan sulungnya manakala Ustaz Mohamad Shah turut menyampaikan penghargaan kepada Muhammad Alif Wafi yang telah mendapat tempat ke-7 pada Kejohanaan Catur Peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di Kuala Terengganu. Pada sebelah petang, acara akhir bagi lompat tinggi, lompat jauh dan lontar peluru berlangsung seperti yang dirancang.