Monday, July 30, 2012

PECUTAN AKHIR UPSR 2012



SKTM Selasa 11 Ramadhan 1433H.
Antara program Pecutan Akhir UPSR 2012 ialah mengadakan kelas tambahan awal pagi. Kelas tambahan tersebut dijalankan selama 30 minit sebelum waktu persekolahan bermula yang membincangkan tugasan yang telah diberikan oleh guru sehari sebelumnya. Sementara itu Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM terus mengedarkan lencana Calon 5A UPSR dan cenderamata kepada murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang pada percubaan UPSR baru-baru ini. Murid-murid turut berpeluang menampal sendiri bintang pada Papan Petunjuk Prestasi Murid SKTM Hebat mengikut jumlah 'A' yang mereka perolehi. Teruskan uasaha dan selamat maju jaya.( more pic )

Wednesday, July 25, 2012

ANAK MALAYSIA



SKTM Khamis 6 Ramadhan 1433H.
Kain rentang berbunyi " Kami Bangga Menjadi Anak Malaysia " mula dipasang pada dinding bangunan pejabat sempena sambutan ulang tahun kemerdekaan negara ke-55. Berbagai program dirancang bagi membangkitkan semangat patriotik kepada warga SKTM khususnya anak-anak didik. Dalam pada itu, Program Ehya Ramadhan terus berlangsung seperti dirancang. ( foto ehya Ramadhan )

Tuesday, July 24, 2012

GRAFFITI 1MALAYSIA


SKTM Rabu 5 Ramadhan 1433H.
Prasekolah SK Teluk Medan membuat persiapan akhir bagi menyertai Pertandingan Graffiti 1Malaysia sempena ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-55. Kesemua hasil karya murid tersebut akan dihantar ke JPN untuk diadili pada penghujung bulan Julai 2012. Tahniah diucapkan kepada warga Prasekolah SKTM. Sementara itu, program tadarus al-Quran berlangsung seperti yang dirancang. ( foto ehya Ramadhan )

Sunday, July 22, 2012

TABUNG RAMADHAN 1433H


SKTM Isnin 3 Ramadhan 1433H.
Tabung Ramadhan 1433H dilancarkan pada hari ini iaitu pada hari hari ke-3 warga SKTM berpuasa. Tabung Ramadhan dilancarkan pada setiap tahun pada bulan Ramadhan bagi membantu warga SKTM yang miskin dan anak yatim agar dapat membuat persiapan ringkas untuk menyambut Aidilfitri. Dalam pada itu, Program Ehya Ramadhan berlangsung seperti yang dirancang. Antaranya ialah pemantapan bacaan dalam solat dan tadarus al-Quran.

PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-55


SKTM Isnin 23 Julai 2012.
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan ke-55 peringkat sekolah disempurnakan oleh En.Mohammad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Selepas mendeklamasikan sebuah sajak bertemakan patriotik, beliau membebaskan 3 ekor burung merpati dari sangkar sebagai gimik kemerdekaan dan perasmian Bulan Kemerdekaan yang akan berlangsung sehingga 15 September 2012.  ( lihat foto )

Friday, July 20, 2012

PELANCARAN PROGRAM EHYA RAMADHAN 1433H/2012


SKTM Jumaat 30 Syaaban 1433H.
Majlis pelancaran Program Ehya Ramadhan 1433H SK Teluk Medan disempurnakan oleh Pn.Hjh.Romlah bt. Salleh, PK Pentadbiran SKTM. Sebelumnya, Al-fadhil Ustaz Husnul Hadi guru j-QAF SK Kampung Dew telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bersempena Ramadhan Al-mubarakh 1433H. Pada majlis tersebut, murid-murid diberikan sebuah risalah berkaitan amalan Ramadhan dan kurma sebagai ole-ole daripada Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF yang mengelolakan aktiviti Program Ehya Ramadhan. Antara program yang bakal dilaksanakan ialah tadarus al-Quran, pertandingan hafazan, azan, wirid, tilawah al-Quran dan penyampaian sumbangan kepada anak-aanak yatim dan murid miskin SK Teluk Medan. ( lihat foto )

Wednesday, July 18, 2012

MESYUARAT "SENSE OF URGENCY" SR KELOMPOK 2 KERIAN 2012


SKTM Rabu 18 Julai 2012.
SK Teluk Medan sekali lagi menjadi tuan rumah kepada Mesyuarat "Sense of Eugency" Sekolah Rendah Kelompok 2 Kerian. Mesyuarat dipengerusikan oleh Tn.Hj.Wahid b. Ramli, Timbalan PPD Kerian. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada sekolah-sekolah rendah dalam Kelompok 2 Kerian yang telah merancang dan melaksanakan program-progran kecemerlangan UPSR dibawah program "Sense of Urgency". Beliau turut berharap agar segala program yang dirancang dapat dilaksanakan mengikut jadual dan modul yang dibina oleh guru-guru tahun 6 daripada sekolah-sekolah berkenaan. Pada perjumpaan tersebut juga, En.Mohamad Shah b. Ramli selaku pengerusi SR Kelompok 2 Kerian membentangkan pencapaian terkini sekolah-sekolah rendah dalam kelompok berkenaan. Beliau amat terharu dan berbangga dengan kerjasama guru-guru tahun 6 dalam kelompok berkenaan demi peningkatan UPSR bersama. Pada perjumpaan tersebut juga, beberapa orang guru tahun 6 yang hadir melontarkan beberapa idea serta pandangan bagi meningkatkan pencapaian UPSR khususnya bagi tahun 2012. Turut hadir pada mesyuarat berkenaan ialah En.Sa'arani Saudin ( Pen.PPD Kurikulum ), En.Ahmad Faidzul Mat Yazid ( Pen.PPD Bahasa ), En.Mazalani Abdul Muhaini ( Pen.PPD Sains Matematik ), En.Muhamad Khalil Abdullah ( Pen.PPD Matematik Sains SR ), Pn.Rozaina Ariffin ( Pen PPD Bahasa SR ), Pn.Suhana Zaini ( Pen PPD Bahasa SR ), guru basar-guru besar SR Kelompok 2 Kerian dan guru-guru tahun 6 SR Kelompok 2 Kerian. Mesyuarat tamat pada jam 12.30 tengahari. ( lihat foto )

Monday, July 16, 2012

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE SMKA KERIAN


SMKA KERIAN Isnin 16 Julai 2012.
Seramai 45 murid tahun 6 yang mendapat keputusan yang baik dalam Ujian Pertengahan Tahun 2012 diberi peluang untuk menyertai lawatan sambil belajar Kerian ke SMKA Kerian. Peserta rombongan tersebut dijemput oleh kenderaan rasmi SMKA Kerian pada jam 9.00 pagi. Acara lawatan dimulai dengan ceramah motivasi yang disampaikan sendiri Tuan Pengetua SMKA Kerian, Encik Radzi b. Ismail. Dalam ceramahnya, beliau memberikan beberapa tips untuk menjadi murid yang cemerlang disamping mendedahkan beberapa kejayaan yang dicapai oleh pelajar SMKA Kerian sebagai motivasi kepada murid-murid tahun 6 SK Teluk Medan yang menyertai rombongan. Turut menyertai rombongan tersebut ialah guru besar SKTM, Guru Bimbingan dan guru-guru tahun 6. Dalam ucapannya, guru besar SKTM mewakili seluruh warga SK Teluk Medan mengucapkan ribuan terima kasih atas pelawaan dan layanan yang diberikan kepada peserta rombongan serta berharap agar lawatan tersebut akan menjadi motivasi kepada murid tahun 6 untuk menempa kejayaan cemerlang dalam UPSR nanti. Peserta rombongan turut dibawa melawat ke seluruh kawasan SMKA Kerian untuk mengenali dan merasai kehidupan di sekolah berasrama penuh. Akhir rombongan, para peserta diberi peluang untuk makan tengahari bersama pelajar-pelajar SMKA Kerian di dewan makan asrama. ( lihat foto fb Sir Ash )

Saturday, July 14, 2012

KEPONG UPSR 1/2012

SKTM Sabtu 14 Julai 2012.
Program Kepong UPSR dilaksanakan lebih awal pada tahun 2012 berbanding tahun-tahun lalu. Pada program ini, murid tahun 6 berkampung selama 2 hari sehingga esok bagi melakukan refleksi berkaitan Peperiksaan Percubaan UPSR yang telah mereka lalui minggu lalu dan perbincangan kertas peperiksaan UPSR tahun-tahun lalu. Kelas bermula jam 8.00 pagi hingga 10 malam manakala makanan disediakan oleh guru-guru secara gotong-royong. Antara matlamat program dilaksanakan ialah supaya murid tahun 6 dapat membuat penambahbaikan pada jawapan mereka dalam peperiksaan percubaan lalu disamping mendedahkan mereka kepada contoh-contoh soalan UPSR. Tahniah warga SKTM ( lihat foto )

PERKEMAHAN PENDIDIKAN LUAR 1MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN



PUSAT KOKURIKULUM KUALA KANGSAR 14 Julai 2012.
Dua murid SK Teluk Medan, Muhammad 'Izzudin dan Nur Husna Azrina mendaftar diri di PKN Kuala Kangsar pada jam 12.30 tengahari untuk menyertai Perkhemahan Pendidikan Luar 1Malaysia Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismailm Kuala Terengganu. Kedua murid berkenaan dipilih berdasarkan kecemerlangan mereka dalam kem yang sama pada peringkat negeri yang telah diadakan di PKN Pulau Pangkor 2 bulan lalu. Perkhemahan Pendidikan Luar 1Malaysia akan berlangsung sehingga hari Jumaat 20 Julai 2012. Warga SKTM mendoakan semoga kedua peserta dalam peliharaan Allah.

IHTIFAL jQAF DAERAH KERIAN 2012


SK KUALA KURAU Sabtu 14.07.2012
Majlis Ihtifal jQAF Daerah Kerian 2012 berlangsung di SK Kuala Kurau mulai jam 8.00 pagi. Pada majlis tersebut pasukan Hiwar dan Wirid SKTM telah mengambil bahagian setelah berjaya pada peringkat Zon Bagan Serai. Apa pun pasukan SKTM hanya mampu berpuashati dengan keputusan para hakim akibat persaingan yang hebat di peringkat daerah. Tahniah diucapkan kepada jQAF SK Teluk Medan.( lihat foto )

Wednesday, July 11, 2012

PERTANDINGAN MENCIPTA POSTER BULAN MEMBACA

SKTM Rabu 11 Julai 2012.
Pertandingan Mencipta Poster mengisi aktiviti kegiatan kokurikulum mulai jam 3.00 hingga 5.00 petang. Pertandingan Mencipta Poster merupakan salah satu daripada aktiviti Bulan Membaca SKTM kelolaan Unit PSS SKTM. (lihat foto)

Tuesday, July 10, 2012

SENAMROBIK 1M 1S 1 MALAYSIA

LAWATAN TUAN PENOLONG PENGARAH JPN PERAK


SKTM Rabu 11 Julai 2012.
SK Teluk Medan dikunjungi oleh Tuan Timbalan Pengarah JPN Perak, Tn.Hj.Mohd Idris b. Hj.Ramli. Beliau tiba awal pagi bagi memantau perlaksanaan dan perjalanan Peperiksaan Percubaan UPSR 2012 yang bermula hari ini. Beliau turut berkunjung ke Pusat Kegiatan Guru Telok Medan dan sempat beramah mesra dengan beberapa orang guru yang menghadiri kursus selama 3 hari di situ. Akhir kunjungan beliau melahirkan rasa puas dengan program peningkatan UPSR yang telah dirancang oleh pihak sekolah serta berharap agar ianya dapat dilaksanakan sebaik mungkin. (lihat foto)

Monday, July 9, 2012

SENAMROBIK 1M1S 1MALAYSIA


SKTM Selasa 10 Julai 2012.
Program Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia berlangsung mulai jam 8.00 di Dataran SKTM. Program Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia merupakan program Kementerian Pelajaran Malaysia yang berlangsung serentak selama 35 minit melibatkan seluruh murid sekolah di seluruh negara. Ianya dicatat di dalam Malaysia Books Record sebagai satu aktiviti senamrobik terbesar yang pernah dilakukan. Program Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia peringkat SK Teluk Medan dipimpin oleh Sir Ash, Cikgu Syamsul Amin, Cikgu Ummi Kalsom dan Cikgu Siti Zuraidah. Program Senamrobik 1Murid 1Sukan 1Malaysia tamat pada jam 9.00 pagi. ( lihat foto )

Sunday, July 8, 2012

PELANCARAN BULAN MEMBACA SKTM 2012


SKTM Isnin 9 Julai 2012.
Perhimpunan mingguan minggu ke-26 diisi dengan pelancaran Bulan Membaca SKTM 2012. Majlis pelancaran dimulakan dengan taklimat program Bulan Membaca oleh Pn.Fatimah Masdar, Guru PSS SKTM. Pelancaran Bulan Membaca SKTM 2012 disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Pada majlis berkenaan juga, beliau turut melancarkan majalah Tinta SKTM dengan menurunkan tanda tangan pada edisi pertama majalah tersebut. Tinta SKTM mengandungi catatan bergambar program-program SKTM yang telah berlangsung disamping akan menjadi wadah coretan karya murid dan guru. Beberapa program dirancang sebagai pengisian Bulan Membaca SKTM 2012. Antaranya ialah pertandingan buku NILAM, pertandingan bercerita, membaca berita, mewarna dan sebagainya. Majlis penutupan Bulan Membaca SKTM 2012 dijangka akan disempurnakan oleh En.Abd.Aziz b. Jamaludin, Pegawai Teknologi Pendidikan BTPN Perak pada awal bulan Ogos. MEMBACA PENCETUS KECEMERLANGAN MINDA. (foto-foto)

Saturday, July 7, 2012

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW BAWAH 11 TAHUN DAERAH KERIAN



BAGAN SERAI Sabtu 07.07.2012
Pasukan Sepak Takraw SKTM mendapat tempat ke-3 pada Kejohanan Sepak Takraw Bawah 11 Tahun Daerah Kerian yang berlangsung hari ini di gelanggang tertutup Pasar Bagan Serai. Johan bagi kejohanan berkenaan disandang oleh pasukan SK Haji Dahalan, Tebok Matau, Semanggol. Manakala naib johan disandang oleh SK Gunong Semanggol. Apapun kejohanan tersebut memberi pengalaman berharga kepada pasukan sepak takraw SKTM sebagai persediaan ke kejohanan berkenaan tahun hadapan. Encik Noharuddin Ishak, jurulatih pasukan berkenaan amat berpuashati dengan pencapaian pasukan sepak takraw SKTM. Turut hadir memberi sokongan ialah Pn.Noraini Ideros, Pn.Fatimah Masdar dan Sir Ash. Tahniah diucapkan kepada pasukan SKTM. (foto)

Wednesday, July 4, 2012

POTENSI CEMERLANG UPSR 2012



SKTM Khamis 15 Syaaban 1432H
Murid Tahun 6 yang mendapat keputusan cemerlang pada Peperiksaan Pertengahan Tahun berpeluang menampal sendiri gambar mereka di papan Potensi Cemerlang UPSR SKTM. Kaedah ini diwujudkan agar menjadi motivasi kepada murid-murid untuk mencapai keputusan yang cemerlang pada setiap peperiksaan yang dihadapi sehinggalah peperiksaan UPSR sebenar pada September nanti. Sementara itu, guru-guru Bahasa Inggeris sudah mula menjalani peperiksaan English Cambridge Placement Test seperti yang diarahkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Ujian berkenaan dijalankan secara online bertujuan bagi mengenalpasti tahap penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan guru-guru bahasa Inggeris agar perancangan terperinci dapat dilaksanakan.
(foto-foto)

Sunday, July 1, 2012

ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG 2011

SKTM Isnin 2 Julai 2012.
Empat warga SKTM telah dipilih bagi menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2011. Pegawai berkenaan ialah Tn.Hj.Ishak b. Napiah, En.Che Hussin, Pn.Harina bt. Zaniol dan Pn.Hjh.Noraini bt. Sulaiman. Watikah anugerah berkenaan disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM pada majlis perhimpunan mingguan. Seluruh warga SKTM mengucapkan tahniah kepada ke empat-empat pegawai berkenaan.