Friday, December 28, 2012

PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH 2013


SKTM Jumaat 28.12.2012.
Majlis Pendaftaran Tahun 1dan Prasekolah 2013 berlangsung seperti dirancang. Setelah mendaftar ibu-bapa dan penjaga murid yang hadir menerima taklimat pengurusan sekolah daripada pihak pentadbir sekolah. Agenda taklimat dimulakan oleh En.Mohamad Yusof  b. Jamaluddin, PK HEM. Beliau menjelaskan berkaitan pengurusan HEM seperti RMT, data murid, sahsiah dan displin sekolah. Agenda ucapan diteruskan oleh Tn.Hj.Darham b. Bakri, YDP PIBG. Dalam ucapannya, beliau berharap agar ibu-bapa akan sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam merealisasikan visi dan misi sekolah. Akhir majlis, Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM menyampaikan taklimat berkaitan program kecemerlangan SKTM 2013. Antara perkara yang disampaikan ialah Program Kecemerlangan UPSR, LINUS, KSSR, j-QAF, Program i-THINK dan beberapa perkara lain berkaitan budaya kecemerlangan dalam pendidikan. Pada majlis tersebut juga, 10 murid yang memperoleh 5A dalam UPSR lalu menerima hadiah galakan berupa wang RM100 setiap seorang. Majlis Pendaftaran Tahun 1dan Prasekolah 2013 tamat pada jam 11.00 pagi. (lihat foto)

Wednesday, December 26, 2012

LADAP i-THINK




( LIHAT FOTO LADAP )
SKTM Khamis 27.12.2012
Meskipun tahun 2012 belum berakhir namun program LADAP yang dilaksanakan setiap tahun sudah pun bermula. Bengkel Program i-THINK membuka tirai LADAP SKTM bagi tahun 2013. Pada bengkel tersebut, guru-guru didedahkan tentang 8 proses pemikiran kreatif dan kritis yang terkandung dalam kertas projek Program i-THINK. Guru-guru turut berbengkel menghasilkan peta minda bagi kelapan-lapan proses minda tersebut bagi meningkatkan kefahaman mereka. LADAP i-THINK dikendalikan oleh 4 orang guru pemandu yang dilatih oleh pihak terbabit iaitu En.Shahrulrizal, En. Norazizan, Pn.Sharifah dan Pn.Norizan. SK Teluk Medan merupakan salah sebuah sekolah yang dipilih sebagai sekolah rintis bagi program KPM berkenaan.

USIA TIDAK MENGHALANG CITA-CITA PART IV


Hampir setiap tahun halaman informasi SK Teluk Medan memaparkan kejayaan warga pendidik SKTM menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda apabila program PPG diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan guru. Pada 15-18 Disember lalu, 2 orang lagi warga pendidik SKTM diraikan dalam Majlis Konvokesyen OUM Kali ke-13 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ). Tahniah diucapkan kepada Tn.Hj.Zainol Abidin b. Basri dan Pn.Maizon bt. Koming yang telah menamatkan pengajian meskipun pada usia 46 tahun.

MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2013


SKTM Rabu 26 Disember 2012.
Mesyuarat Kurikulum, Mesyuarat Guru, HEM dan Kokurikulum Kali-1/2013 berlangsung mulai jam 8.30 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Antara pengisian mesyuarat ialah pembentangan pencapaian UPSR dan peperiksaan dalaman bagi tahun 2012 dan program kecemerlangan kurikulum, HEM dan Kokurikulum bagi tahun 2013. Ustaz Mohamad Shah Ramli turut membentangkan semua dapatan taklimat Tuan Timbalan Pengarah JPN Perak dan Tuan PPD Kerian. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pn.Fizarina bt. Osman, guru baharu yang mula berkhidmat di SK Teluk Medan mulai Januari 2013.

Friday, December 21, 2012

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DST KSSR TAHUN 3

MODUL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DST KSSR TAHUN 3
DISEDIAKAN OLEH GURU DST TAHUN 3 SK TELUK MEDAN, BAGAN SERAI
MUAT TURUN DAN SUMBANGLAH RM5 UNTUK TABUNG PENDIDIKAN
ANAK-ANAK DI GAZA, PALESTIN  MELALUI SMS
PALESTIN 5
hantar ke 39111
atau
562263010787 Maybank

12029010047880 Bank Islam

Wednesday, December 12, 2012

Bengkel Penulis Muda Peringkat Kebangsaan




SHAH'S BEACH RESORT Melaka 11.12.2012.
Seorang murid SK Teluk Medan, Mohamad 'Izzuddin b. Zainol Abidin dipilih untuk menyertai Bengkel Penulis Muda Peringkat Kebangsaan sempena Minggu Penulis Kanak-kanak DBP 2012. Bengkel tersebut akan berlangsung mulai 12.12.2012 hingga 16.12.2012 dikendalikan oleh DBP dengan kerjasama Public Bank. Pada bengkel tersebut, peserta bengkel akan dibimbing teknik penulisan karya sastera oleh penulis-penulis tersohor tanah air.

Thursday, December 6, 2012

MESYUARAT JAWATANKUASA i-THINK KALI-1


SKTM Khamis 6 Disember 2012.
Mesyuarat Jawatankuasa i-THINK Kali-1 SK Teluk Medan berlangsung mulai jam 9.00 pagi. Antara perkara yang dibincangkan ialah beberapa agenda bagi melaksanakan program kemahiran berfikir kreatif dan kritis tersebut yang akan bermula pada sesi persekolahan 2013. Mesyuarat tersebut turut melantik jawatankuasa induk dan perlaksanaan bagi program tersebut. Mesyuarat Jawatankuasa i-THINK Kali-1 SK Teluk Medan dipengerusi oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM.

Tuesday, December 4, 2012

i-THINK

Untuk mengekalkan daya saing di peringkat dunia, Malaysia perlu menerima perubahan dan menjadi sebuah negara ekonomi yang dipacu oleh inovasi.Untuk mencapai matlamat ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) & Agensi Inovasi Malaysia (AIM) telah bersama-sama memperkenalkan projek i-THINK. Projek ini membantu pihak sekolah dengan memupuk kemahiran berfikir; menyemai budaya pembelajaran sepanjang hayat; mahir di dalam menyelesaikan masalah dan berupaya menghasilkan jalan penyelesaian secara kreatif di kalangan murid sekolah. i-THINK melahirkan inovator generasi masa depan Malaysia dengan kebolehan dan kemahiran berfikir secara kritis serta berupaya untuk menyesuaikan diri dan menangani cabaran pada masa akan datang. Sehubungan dengan itu, SK Teluk Medan telah dipilih sebagai sebuah sekolah daripada 1,000 buah dalam Program Perluasan i-THINK 2013. Seramai 3 orang guru daripada SKTM iaitu Cikgu Nor Azizan, Sir Ash dan Teacher Sharifah telah menghadiri kursus Ketua Pemandu i-THINK selama seminggu di Shah Alam, Selangor.

Monday, December 3, 2012

TURUN PADANG


SKTM Selasa 04.12.2013.
Tuisyen Cuti-cuti Malaysia anjuran PIBG SKTM masuk minggu ke-2. Ketika sebahagian murid menghabiskan percutian ke destinasi tertentu, sebahagian daripada murid hadir ke sekolah untuk mengikuti kelas tambahan masa cuti yang dikelola oleh guru-guru khususnya guru tahun 6. Sementara itu, Skuad Harimau SKTM telah turun padang untuk menjalani latihan sebagai persediaan kejohanan bola sepak musim 2013. Skuad Harimau SKTM dibimbing oleh En.Syamsul Amin dan beberapa guru lain.