Tuesday, February 28, 2012

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD SR KERIAN 2012


SM VOKASIONAL KERIAN Selasa 28.02.2012.
Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sekolah Rendah Daerah Kerian 2012 berakhir hari ini dengan keputusan luar jangkaan apabila pasukan Kelompok 6 Kerian menggondol pingat emas bagi kedua-dua kategori yang dipertandingkan iaitu bagi kategori berpasukan dan kategori regu. Manakala pasukan Kelompok 7 Kerian pula menduduki tempat ke-2 bagi kedua-dua kategori tersebut. Majlis penutup Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sekolah Rendah Daerah Kerian 2012 disempurnakan oleh Tn.Hj.Abd Wahid b. Ramli, Timbalan PPD Kerian. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan dan regu yang berjaya dalam kejohanan tersebut dan berharap pemain yang dipilih untuk mewakili daerah Kerian ke peringkat negeri nanti akan menunjukkan aksi yang cemerlang demi nama baik daerah Kerian. Beliau turut menyatakan kepentingan kokurikulum terhadap perkembangan individu disamping kecemerlangan dalam bidang akademik. Antara lain, beliau turut memberikan beberapa tips bagi mencapai kecemerlangan iaitu perlaksanaan Kaedah 4S ( Skill,Strategy,Support,Speed ). Sebelumnya, En.Mohamad Shah b. Ramli selaku Pengerusi Pengelola Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sekolah Rendah Daerah Kerian 2012 mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersama menjayakan kejohanan tersebut. Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sekolah Rendah Daerah Kerian 2012 tamat pada jam 5.30 petang.
( lihat foto )

Monday, February 27, 2012

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW MSSD SR KERIAN 2012


SM VOKASIONAL KERIAN Isnin 27.02.2012
Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sekolah Rendah Daerah Kerian bagi hari pertama berlangsung di Dewan Besar SM Vokasional Kerian Bagan Serai. 7 pasukan berentap bagi melayakkan ke separuh akhir yang akan berlangsung esok. Pada pusingan pertama, 4 pasukan iaitu pasukan Kelompok 1, pasukan Kelompok 3, pasukan Kelompok 6 dan Pasukan Kelompok 7 melayakkan diri ke pusingan separuh akhir. Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sekolah Rendah Daerah Kerian akan bersambung esok bagi pusingan separuh akhir antara pasukan dan perlawanan antara regu. Majlis perasmian penutup Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sekolah Rendah Daerah Kerian 2012 dijangka akan dirasmikan oleh Tn.Hj.Abd Wahid b. Ramli, Timbalan PPD Kerian. Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sekolah Rendah Daerah Kerian 2012 dikelolakan oleh SK Teluk Medan. SK Teluk Medan selaku pengelola kejohanan merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat menjayakan Kejohanan Sepak Takraw MSSD Sekolah Rendah Daerah Kerian 2012.
( lihat foto )

Friday, February 24, 2012

INTERAKSI IBU-BAPA DAN GURU 2012



SKTM Jumaat 1 Rabiulakhir 1433H.
Majlis Interaksi Ibu-bapa dan Guru 2012 berlangsung mulai jam 3.00 petang. Antara matlamat utama majlis diadakan adalah untuk memberi maklumat kepada ibu-bapa tentang program kecemerlangan UPSR 2012 disamping mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan masyarakat demi kecemerlangan anak didik SK Teluk Medan. Ceramah Kecemerlangan UPSR 2012 disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Beliau menerangkan tentang beberapa program kecemerlangan UPSR 2012 dengan memberi penekanan kepada Program Kecemerlangan Berasaskan Pencapaian TOV. Melalui program tersebut, murid dengan bimbingan guru menentukan sendiri pencapaian yang harus dicapai pada setiap peperiksaan yang bakal dihadapi sehinggalah peperiksaan UPSR sebenar pada bulan September nanti. Pada akhir perjumpaan, ibu-bapa yang hadir turut berpeluang bersemuka dengan guru-guru tahun 6 bagi mendapatkan penjelasan berkaitan pencapaian anak-anak mereka dalam pelajaran. Kehadiran ibu-bapa murid tahun 6 yang melebihi 95% membuktikan kesungguhan ibu-bapa menyokong setiap program yang dirancang dan bakal dilaksanakan oleh pihak sekolah. Turut hadir dan menyampaikan ucapan ialah Tn.Hj.Darham b. Bakri, YDP Persatuan Ibu-bapa dan Guru SKTM. ( lihat foto-foto )

Thursday, February 23, 2012

Sumbangan Dana Kepada Kelab Guru Dan Staf


SMK Abu bakar Al-baqir Khamis 23.02.2012
Majlis Penyampaian Sumbangan Dana Kepada Kelab Guru Dan Staf bagi kawasan Parlimen Bagan Serai berlangsung mulai jam 2.30 petang. Majlis Sumbangan Dana Kepada Kelab Guru Dan Staf disempurnakan oleh Ybhg.Dato' Zaili b. Cha, Pegawai Khas YAB Menteri Besar Perak. SK Teluk Medan diwakili oleh Pn.Harina bt. Zaniol, Pengerusi Kelab Guru dan Staf SKTM. Turut hadir pada majlis tersebut ialah pegawai-pegawai PPD Kerian, pengetua-pengetua sekolah menengah dan guru besar-guru besar sekolah rendah dalam parlimen Bagan Serai.

Wednesday, February 22, 2012

KEM BESTARI SOLAT KALI KE-2 / 2012

SKTM Selasa 21.02.2012.
Kem Bestari Solat Kali Ke-2 bagi sesi 2012 berlangsung mulai jam 1.00 petang. Kem solat kali ini melibatkan murid-murid tahun 3 yang menekankan pemantapan solat mulai daripada kemahiran bersuci, wuduk, perbuatan dan bacaan dalam solat. Kem dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF.

Tuesday, February 21, 2012

KEJOHANAN SEPAK TAKRAW KELOMPOK 2 SR KERIAN 2012


SM Vokasional Kerian Selasa 21.02.2012.
Regu A pasukan sepak takraw SKTM menjadi juara dalam Kejohanan Sepak Takraw Antara Regu SR Kelompok 2 Kerian. Dengan kemenangan itu, regu A SKTM akan berganding dengan dua regu dari SK Jalan Matang Buloh bagi mewakili kelompok 2 ke kejohanan peringkat daerah yang bakal diadakan pada minggu akhir Februari ini. Majlis penutupan disempurnakan oleh En.Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan merangkap Pengerusi Sekolah-sekolah Rendah Kelompok 2 Kerian. Turut hadir pada majlis penutupan ialah guru-guru besar SR Kelompok 2 Kerian. Seluruh warga SKTM mengucapkan tahniah kepada pasukan sepak takraw SKTM. Pasukan sepak takraw SKTM dibimbing oleh En.Noharuddin Ishak dan Tn.Hj.kamarudin Sulaiman. ( lihat foto )

Saturday, February 18, 2012

USIA TIDAK MENGHALANG CITA-CITA

Seramai tujuh lagi warga pendidik SK Teluk Medan berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat Sarjana Muda Pengajaran bermula Februari 2012. Warga pendidik yang dimaksudkan ialah Pn.Hjh.Noraini Sulaiman (UPSI), Pn.Harina Zaniol (UPSI), Pn. Haslila Aminuddin (UPSI), Pn.Paizah bt. Shouib (UPSI), Pn.Amnah (OUM), Pn.Hazira Sam (OUM) dan Ustaz Yusof Shuib (IPG Kampus Tuanku Bainun). Seluruh warga SKTM mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada guru-guru berkenaan. Usia tidak menghalang cita-cita. Semoga menjadi motivasi kepada anak-anak SKTM.

KURSUS PENGENALAN CATUR 2012


SKTM Sabtu 18.02.2012
Kursus Pengenalan Catur 2012 berlangsung mulai jam 8.30 pagi bertempat di Makmal Sains SKTM. Kursus dianjurkan sebagai persediaan untuk mewujudkan semula Kelab Catur yang ditangguhkan beberapa tahun kebelakangan ini akibat kekangan masa dan kekurangan guru yang arif dalam bidang berkenaan. Kursus disampaikan olen Tn.Hj.Mas'ud b. Hamzah, guru catur SK Titi Serong dan dikendalikan oleh Pn.Syarifah Norhayati bt. Abidin bersama Unit kokurikulum. Sementara itu Bengkel Penggunaan Perisian MBMMBI dijalankan pada jam 11.00 pagi di Makmal Komputer bagi mendedahkan kepada guru-guru khususnya guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris tentang penggunaan perisian tersebut. Bengkel dikendalikan oleh Tn.Hj.Zainol Abidin b. Basri, Guru Penyelaras Bestari SKTM. ( foto-foto )

Friday, February 17, 2012

SEMINAR KAEDAH PEMBACAAN IQRA'


SKTM Sabtu 25 Rabiulawal 1433H.
Seminar Kaedah Pembacaan Iqra' berlangsung di dewan sekolah mulai jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 11.30 pagi. Seminar Kaedah Pembacaan Iqra' kali ini tidak dihadiri oleh murid SKTM tetapi memberi peluang kepada ibu-bapa murid agar pembelajaran asas al-Quran yang dilaksanakan dapat diteruskan di rumah menggunakan kaedah yang sama. Seminar ini bertujuan untuk menyeragamkan kaedah mengajar asas al-Quran menggunakan Kaedah Iqra' yang sebelum ini berbeza-beza akibat latar belakang ibu-bapa dan guru al-Quran yang berbeza. Akhirnya, murid menjadi keliru dan sukar untuk menguasai bacaan al-Quran pada awal usia kanak-kanak. Seminar disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan. Dalam seminar tersebut, beliau menyampaikan kaedah mengajar asas al-Quran yang betul, berkesan dan pantas menggunakan Kaedah Iqra' yang diperakui oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Lebih 200 ibu-bapa yang hadir mengikuti seminar dan seminar dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Teluk Medan.
( foto-foto )

KEM BESTARI SOLAT KALI PERTAMA 2012

SKTM Jumaat 24 Rabiulawal 1433H.
Kem Bestari Solat Kali Pertama 2012 berlangsung mulai jam 3.00 petang. Kem ini melibatkan semua murid-murid tahun 4 tanpa mengira kemahiran yang telah dicapai pada tahun-tahun sebelumnya. Antara penekanan yang diberikan ialah asas solat, bacaan-bacaan dan perbuatan dalam solat. Kem Bestari Solat Kali Pertama 2012 dikendalikan oleh guru-guru Pendidikan Islam dan j-QAF SK Teluk Medan. Sesungguhnya perkara pertama yang akan dihisab pada hari kiamat dan anak kunci syurga ialah solat. Manakala permulaan dan syarat sah sesuatu ibadah ialah ilmu.

Wednesday, February 15, 2012

MTQ 2012


SKTM Rabu 15.02.2012
Peserta Majlis Tilawah Quran ketogori hafazan dari SK Teluk Medan telah dipilih untuk mewakili Zon Bagan Serai dan Semanggol ke peringkat daerah Kerian yang bakal diadakan pada bulan hadapan. Adik Nurul Elmy bt. Bakar telah mendapat tempat pertama dalam ujian hafazan peringkat zon yang telah diadakan semalam di PKG Teluk Medan. Manakala adik Muhammad 'Izzuddin b. Zainol Abidin hanya mampu berada di tangga ke empat. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua peserta tersebut. Sementara itu, Unit Pergigian Sekolah Kementerian Kesihatan Malaysia mula membuat pemeriksaan dan rawatan gigi kepada murid-murid SKTM mulai semalam. Di samping membuat pemeriksaan dan rawatan, kakitangan dari unit berkenaan turut memberi penerangan mengenai teknik penjagaan gigi serta mengadakan mini pameran berkaitan topik berkaitan. GIGI SIHAT SENYUM MEMIKAT.

Sunday, February 12, 2012

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2012

SKTM Isnin 13.02.2012
Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas SKTM berlangsung seperti yang dirancang. Tn.Hj.Yazid b. Rumbali, Guru Displin SKTM mengumumkan 52 orang murid yang telah dipilih sebagai pengawas sekolah bagi sesi persekolahan 2012. Majlis Perlantikan Rasmi Pengawas SKTM dimulakan dengan lafaz ikrar menerima tanggungjawab yang diketuai oleh Nur Izzati bt. Rosli, Penolong Ketua Murid SKTM 2012. Penyampaian watikah perlantikan pengawas 2012 disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau berharap agar peranan pengawas sekolah bukan sahaja membantu pihak sekolah melaksanakan peraturan sekolah malahan pengawas sekolah perlu menjadi 'rules model' atau contoh ikutan kepada murid-murid lain. Tahniah diucapkan kepada semua pengawas yang dilantik.

Thursday, February 9, 2012

BOLA SEPAK MSSPk 2012

SK Dato' Allauddin Khamis 09.02.2012.
Sebagai menghadapi persiapan Kejohanan Bola Sepak MSSPk 2012, pasukan bola sepak SK Teluk Medan telah mengadakan latihan bersama serta perlawanan perhabatan dengan pasukan bola sepak SK Kuala Kurau dan SK Dato' Allauddin. Dalam latihan bersama tersebut, ketiga-tiga pasukan akan dapat mengenalpasti kekuatan dan kelemahan pasukan masing-masing sebelum menghadapi Kejohanan Bola Sepak MSSPk yang bakal diadakan pada akhir bulan ini. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pasukan. Pasukan bola sepak SK Teluk Medan diterajui oleh En.Mohammad Syamsul Amin dan En.Mohd Rosli Musa.

MAULIDURRASULULLAH SAW 1433H


SKTM Rabu 15 Rabiulawal 1432H.
Program Sambutan Maulidurrasulullah SAW 143H mengisi aktiviti kokurikulum mingguan. Program sambutan dimulakan dengan lafaz selawat kepada Rasulullah SAW beramai-ramai dan diikuti oleh ceramah yang disampaikan oleh al-fadhil Ustaz Firdaus b. Hasan, guru Pendidikan j-QAF SK Dato' Mas'ud, Bagan Serai. Akhir ceramahnya, beliau berharap agar seluruh masyarakat khususnya warga SKTM sentiasa menjunjung dan mengamalkan sunnah Rasulullah SAW sedapat mungkin sebagai tanda kecintaan kepada Allah, Rasulullah dan agama islam.

Saturday, February 4, 2012

SALAM MAULIDURRASUL 1433H

KELEBIHAN BERSELAWAT...

1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali,nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (hari Muslim.)
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripada-Nya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan)daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir,termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - dari Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - dari Thabrani

Wallahua'lam. Semoga sambutan Maulidurrasul SAW 1433H menjana ketakwaan dan menjunjung sunnah baginda Rasulullah SAW. Salam Maulidurrasul SAW daripada seluruh Warga SK Teluk Medan.

WIRA MEMANAH SKTM


SMK RAJA LOPE NORRASHID Sabtu 04.02.2012.
Meskipun pasukan memanah SKTM baru berusia 2 tahun namun ianya mampu menggegar arena Kejohanan Memanah MSSD Kerian 2012. Dalam kejohanan yang berlangsung sehari hari ini, Muhammad Iqbal Norulamin berjaya meraih emas manakala Ahmad Nur Andzar Ahmad Jais meraih gangsa bagi ketogori 30m lelaki. Bagi ketogori 20m lelaki pula, Ahmad Nur Andzar berjaya meraih pingat emas menjadikan dia dipilih sebagai peserta terbaik pada Kejohanan Memanah MSSD Kerian 2012. Dengan keputusan ini, Muhammad Iqbal dan Ahmad Nur Andzar akan mewakili daerah Kerian ke Kejohanan Memanah MSSPk 2012 yang bakal diadakan di USM Transkrian pada 13 hingga 17 Februari 2012 nanti. Jurulatih pasukan memanah SKTM iaitu Ustaz Omar b. Sabri telah dipilih sebagai salah seorang jurulatih pasukan memanah bagi daerah Kerian. Seluruh warga SKTM mengucapkan tahniah kepada pasukan memanah SKTM. Pasukan memanah SKTM turut diwakili oleh Umayr Tolhah b. Busra. Semoga kejayaan ini akan penjadi motivasi kepada pasukan-pasukan lain untuk turut sama menjulang emas dalam acara yang disertai. ( foto fb Ustaz Omar Sabri )

Thursday, February 2, 2012

MAJLIS BACAAN YASIN 2012

SKTM Jumaat 10 Rabiulawal 1433H.
Seperti tahun-tahun lalu, Majlis Bacaan Yasin oleh murid tahun 6 mengisi aktiviti sesi bacaan pagi pada setia pagi Jumaat. Majlis dijalankan bertujuan untuk memohon rahmat Allah agar permudah dan berkati kehidupan seterusnya mencapai kejayaan gemilang dalam UPSR yang akan mereka hadapi hujung tahun ini. Majlis Bacaan Yasin dipimpin oleh al-fadhil Ustaz Tn.Hj. Ishakb. Napiah, guru Pendidikan Islam SKTM. Turut hadir ialah guru-guru SK Teluk Medan. Seluruh warga SKTM turut mengaminkan doa yang dibaca.

Wednesday, February 1, 2012

PEMANTAUAN j-QAF 2012


SKTM Rabu 8 Rabiulawal 1433H.
SK Teluk Medan dikunjungi oleh Tn Hj Ahmad Lutfi b. Abu Bakar, Penolong Pengarah Pendidikan Islam, Sektor Pendidikan Islam JPN Perak untuk memantau perkembangan perlaksanaan program tersebut sejak ianya diperkenalkan pada mulai tahun 2004. Pada kunjungan tersebut, beliau turut menyelia proses pengajaran dan pembelajaran dalam kelas di samping meneliti sistem pengurusan fail dan perancangan panitia berkenaan. Dalam pertemuannya dengan guru-guru j-QAF dan Pendidikan Islam, beliau berharap agar semua program yang dirancang dilaksanakan sebaik mungkin demi kegemilangan berterusan khususnya bagi menghapuskan buta al-Quran, jawi dan memantapkan pengetahuan asas fardhu ain murid. Dalam pertemuan tersebut juga, Ustaz Mohamad Shah b. Ramli (GB) bersama Ustaz Omar b. Sabri (j-QAF) membentangkan Program Kecemerlangan j-QAF 2012 disamping mengimbas kembali kejayaan-kejayaan yang dicapai pada tahun lalu. Turut hadir ialah En.Hasbullah b. Ahmad, Penolong PPD j-QAF, PPD Kerian.