Sunday, April 29, 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2012

SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2012
DARIPADA SELURUH WARGA SKTM
" Pekerja Berinovatif Penggerak Transformasi "

Wednesday, April 25, 2012

KEJOHANAN OLAHRAGA 2012


SKTM Rabu 25.04.2012
Bahang Kejohanan Olahraga 2012 mula dirasai apabila aktiviti kegiatan kokurikulum hari ini diisi dengan latihan peserta Rumah Sukan yang akan bertanding pada kejohanan tahunan tersebut. Para peserta dilatih akan beberapa acara yang akan dipertandingkan. Latihan Rumah Sukan akan berterusan pada setiap hari Rabu sehingga menjelang kejohanan sebenara yang dijangka akan berlangsung pada awal bulan Jun 2012.

Tuesday, April 24, 2012

ACTIONS SONG

SKTM Rabu 25.04.2012
Kumpulan Action Song SKTM giat menjalani latihan sebagai persediaan Pertandingan Actions Song Daerah Kerian yang bakal berlangsung Sabtu ini 28 April 2012. Action Song SKTM dibimbing oleh Sir Ash, Pn.Hidayat dan Sir Roslee. Sementara itu, 2 murid SKTM yang mewakili daerah Kerian ke Kejohanan Catur MSSPk peringkat negeri akan bertanding pada hari ini.Semoga sukses.

Sunday, April 15, 2012

LATIHAN CATUR DAERAH KERIAN 2012

SKTM Isnin 16 April 2012.
SK Teluk Medan telah dipilih sebagai tuan rumah latihan pasukan catur daerah Kerian 2012. Ltihan pasukan catur daerah Kerian diketuai oleh Tn.Hj.Mas'ud b. Hamzah, guru catur SK Titi Serong.

Thursday, April 12, 2012

CATUR DAERAH KERIAN 2012

SKTM Jumaat 21 Rabiulawal 1433H.
Penubuhan Kelab Catur SKTM dan penyertaan semula SKTM dalam kejohanan berkenaan tidak sia-sia apabila 2 orang murid SKTM mendapat tempat teratas pada Kejohanan Catur Bawah 12 Tahun daerah Kerian baru-baru ini. Adik Muhammad Arif Wafi ( 12 tahun ) telah mendapat tempat pertama manakala adiknya Muhammad Izham Wafi ( 8 tahun ) mendapat tempat ke-4 pada kejohanan tersebut sekaigus akan mewakili daerah Kerian ke kejohanan peringkat negeri yang bakal berlangsung pada hujung bulan ini. Kelab Catur SKTM dibimbing oleh Cikgu Syarifah Norhayati yang juga ibu kepada adik Muhammad Arif dan Muhammad Izham. Tahniah diucapkan. Seluruh warga SKTM mendoakan agar ke dua peserta mencapai kejayaan yang lebih tinggi.

Wednesday, April 4, 2012

UJIAN SARINGAN KHAS LINUS 2012

SKTM Khamis 5 April 2012.
Ujian Saringan Khas LINUS 2012 bermula mulai jam 9.00 pagi. Sasaran Ujian hanyalah kepada murid-murid tahun 3 bagi mengenalpasti tahap pencapaian murid bagi kedua-dua aspek berkenaan iaitu aspek literasi dan numerasi. Manakala instrumen bagi kedua-dua ujian tersebut dibekalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan dilaksanakan pada masa yang sama di seluruh negara. Turut hadir untuk memantau perjalanan dan perlaksanaan ujian tersebut ialah Pn.Hjh. Siti Norain bt. Ramli, Pegawai FasiLINUS PPD Kerian. (foto-foto)

Monday, April 2, 2012

KEM BAHASA INGGERIS 2012


SKTM Isnin 2 April 2012.
Kem Bahasa Inggeris 2012 dikendalikan oleh penceramah jemputan En.Bistamam b. Yahaya, Pensyarah Fakulti Pendidikan dan Bahasa Universiti Pendidikan Sultan Idris. Aspek tatabahasa (grammar) merupakan aspek utama yang diberi penekanan dalam ceramahnya disamping beberapa tips untuk membina ayat yang baik dalam bahasa Inggeris. Beliau turut menampilkan beberapa aktiviti yang menarik yang mampu meningkatkan kefahaman murid terhadap aspek berkenaan serta meningkatkan motivasi murid untuk belajar bahasa Inggeris. Kem Bahasa Inggeris 2012 disertai oleh murid-murid tahun 6 dan beberapa orang murid tahun 5 yang dipilih berdasarkan minat dan pencapaian semasa. Kem Bahasa Inggeris 2012 dianjurkan oleh Unit Kurikulum dengan kerjasama Panitia Bahasa Inggeris dan Unit Bimbingan SKTM.
( lihat foto )

Sunday, April 1, 2012

MTQ 2012


SK ALOR PONGSU Sabtu 30 Mac 2012.
Peserta MTQ 2012 SKTM kategori hafazan tidak menghampakan harapan sekolah. Pada Majlis Tilawah Al-Quran Daerah Kerian Kerian 2012, Nurl Elmy bt. Bakar telah mengharumkan nama SKTM apabila mendapat tempat ke-dua pada pertandingan tersebut. Manakala peserta lelaki Muhammad 'Izzuddin b. Zainol Abidin hanya mampu memperbaiki kedudukan apabila mendapat tempat ke-6 berbanding tempat ke-8 pada peringkat saringan yang berlangsung bulan lalu. Taniah diucapkan kepada jurulatih dan pasukan MTQ SKTM.

LITERASI ICT

SKTM Jumaat 30 Mac 2012.
Literasi ICT melalui subjek Dunia Sains Teknologi diteruskan meskipun murid terpaksa berkongsi komputer akibat kekangan peralatan ICT. Namun begitu objektif pembelajaran yang disasar kurang berhasil akibat kekangan tersebut. Apapun minat dan kesungguhan yang ditunjuk oleh murid meningkatkan motivasi guru untuk mengajar kemahiran ICT kepada murid-murid SKTM. Tahniah diucapkan.