Thursday, December 26, 2013

MAJLIS PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH 2014

SKTM Selasa 24 Disember 2014.
Majlis Pendaftaran Tahun 1 dan Prasekolah 2014 berlangsung mulai jam 8.00 pagi. Pada majlis tersebut, ibu-bapa murid turut diberi taklimat berkaitan pengurusan sekolah oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Pada perjumpaan tersebut juga, ibu-bapa turut diberi ID Pengguna dan kata laluan Portal Ibu-bapa VLE Frogasia. 

Tuesday, December 10, 2013

SEKOLAH BERASRAMA PENUH 2014





SKTM Selasa 10 Disember 2013.
Seramai 5 orang murid tahun 6 yang memperoleh 5A pada UPSR lalu ditawarkan ke tingkatan 1 tahun 2014 di beberapa buah Sekolah Berasrama Penuh. Namun begitu keputusan ke tingkatan 1/2014 di MRSM, SMKA, RK, RKA dan Sekolah Agama Kerajaan Negeri Perak belum diumumkan.

Tuesday, November 19, 2013

LADAP AKHIR TAHUN 2013

 
SKTM Selasa 19 November 2013.
LADAP KSSR Tahun 4 menutup tirai LADAP bagi tahun 2013. LADAP yang bermula semalam menumpukan kepada KSSR bagi mata pelajaran Pend.Islam, B.Arab, B.Inggeris, Dunia Muzikku, TMK dan semua mata pelajaran KSSR bagi tahun 4 yang bermula 2014.