Tuesday, April 30, 2013

STORY TELLING COMPETITION KELOMPOK 4 KERIAN


SKTM Selasa 30.04.2013.
Siti Nurhaniza bt. Mohamad Amin, peserta Story Telling Competition Kelompok 4 Kerian dari SK Teluk Medan telah dicanang sebagai johan pada pertandingan tersebut yang berlangsung petang ini. Majlis penutupan dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh En.Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Majlis turut diserikan dengan persembahan nyanyian oleh 3 orang murid SKTM. Tahniah kepada semua yang menjayakan pertandingan tersebut. (lihat foto fb Sir Ash)

Monday, April 29, 2013

NAIB JOHAN PUBLIC SPEAKING KELOMPOK 4 KERIAN.

SKPHA Isnin 29.04.2013.
Pertandingan Public Speaking membuka tirai beberapa siri pertandingan koakademik. Pada pertandingan Public Speaking peringkat kelompok 4 Kerian yang berlangsung semalam, perserta SKTM Nurul Husna telah mendapat tempat ke-2 sekaligus layak ke pertandingan peringkat daerah Kerian yang akan berlangsung pada bulan hadapan. Pada hari Selasa 30.04.2013, acara Story Telling akan berlangsung dan SKTM telah dipilih sebagai tuan rumah bagi pertandingan berkenaan. Tahniah Nurul Husna dan jurulatih. (lihat foto fb Sir Ash)

SUSU 1 MALAYSIA





SKTM Selasa 30.04.2013.
Bekalan bantuan Susu 1Malaysia tiba di SKTM pagi ini. Susu berkenaan akan mula diedarkan kepada murid secara berkala mulai minggu hadapan. Sementara itu sebuah syarikat pengedar susu memberikan minuman Milo secara percuma kepada seluruh anak-anak SK Teluk Medan pada waktu rehat. Bagi guru-guru PJK pula, ujian SEGAK masuk hari ke-2. Ujian dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui tahap kecergasan murid berdasarkan beberapa kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sunday, April 28, 2013

KEPONG 1 UPSR 2013


Selama 2 hari guru bersama calon UPSR 2013 berkampung di sekolah bagi mengikuti program kecemerlangan UPSR 2013, Kepong 1 UPSR 2013. Melalui program tersebut, pelbagai latih tubi dilaksanakan sebagai persediaan murid tahun 6 menghadapi UPSR 2013. Program sebegini akan terus dilaksanakan beberapa kali sehingga menjelang UPSR.

WIRA SEPAK TAKRAW SKTM



SKTM Isnin 29.04.2013.
Meskipun permainan sepak takraw kurang popular dalam kalangan warga SKTM namun Kelab Sepak Takraw SKTM mampu menggegarkan sukan berkenaan apabila satu regu sepak takraw SKTM terpilih ke kejohanan peringkat daerah Kerian. Manakala Muhammad Nur Amar Ahmad Jais telah terpilih untuk mewakili daerah Kerian ke peringkat negeri yang bakal berlangsung pada bulan Mei nanti. Sementara itu, perhimpunan mingguan turut diisi dengan penyampaian sumbangan Tabung Bencana Alam kepada 16 orang murid yang terlibat.

Thursday, April 25, 2013

LADAP VLE FROGASIA HARI KE-2




PKG TELOK MEDAN Khamis 25.04.2013.
Guru-guru memperoleh lebih banyak informasi dan pengalaman pada hari ke-2 LADAP VLE Frogasia. Bengkel yang dilaksanakan membantu guru-guru dalam melaksanakan aplikasi tersebut dalam mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran. Bagi kumpulan Student Champion, mereka mempunyai tanggungjawab untuk membimbing rakan-rakan ketika proses perluasan program berkenaan di sekolah. Tahniah diucapkan kepada semua peserta kursus. (lihat foto)

Wednesday, April 24, 2013

LADAP VLE FROGASIA


PKG TELOK MEDAN Rabu 24.042013.
Selama 2 jam mulai jam 2.00 petang, guru-guru dan kumpulan Champion Student mengikuti LADAP VLE Frogasia yang berlangsung di Pusat Kegiatan Guru Telok Medan. LADAP VLE Frogasia disampaikan oleh jurulatih daripada VLE Frogasia iaitu Cik Azima Azami dan Cik Shubashini Thuraisingam dengan memberikan tumpuan kepada pembinaan bahan pembelajaran khususnya membina kuiz dan site mata pelajaran. LADAP VLE Frogasia akan berlangsung selama 2 hari dan akan berakhir esok. (lihat foto)

Sunday, April 21, 2013

PELANCARAN TABUNG BENCANA ALAM 2013





SKTM Isnin 22.04.2013.
Perhimpunan mingguan minggu ke-16 diisi dengan Majlis Pelancaran Tabung Bencana Alam 2013. Tabung berkenaan dilancarkan bertujuan untuk meringankan bebanan keluarga mangsa ribut yang melanda kampung Teluk Medan baru-baru ini. Seramai 16 murid daripada kalangan murid SKTM mengalami kerosakan tempat tinggal serta peralatan untuk belajar. Atas inisiarif unit HEM, kutipan derma dijalankan bagi membantu rakan-rakan yang terlibat dengan bencana ribut tersebut. Pelancaran Tabung Bencana Alam 2013 disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Pada perhimpunan mingguan hari ini juga, Pn.Hidayat Azimah Suhaimi, PK HEM SKTM turut mengumumkan perlaksanaan program Mentor Mentee yang akan dilaksanakan mulai minggu hadapan. Melalui program ini, setiap kelas mempunyai ibu atau ayah angkat yang terdiri daripada guru-guru SKTM. Kumpulan murid tersebut akan dibimbing oleh ibu dan ayah angkat mereka dalam perkembangan akademik, kokurikulum dan sahsiah.

Tuesday, April 16, 2013

TAKLIMAT PERLUASAN VLE FROGASIA 2013


SKTM 26.04.2013.
Taklimat perluasan VLE Frogasia kepada warga SK Teluk Medan diteruskan. Pada hari ini taklimat berserta bengkel eksplorasi VLE diberikan kepada murid tahun 4B1 dan 4B2. Namun bengkel tidak dapat dilaksanakan akibat capaian internet yang tidak memuaskan. Taklimat disampaikan oleh GPB Hj.Zainol Abidin Basri dengan dibantu oleh Cikgu Noharuddin dan Cikgu Mohamad Jalil.

Sunday, April 7, 2013

PERHIMPUNAN RASMI MINGGU KE-14

SKTM Isnin 8 April 2013.
Perhimpunan mingguan mingu ke-14 diisi dengan penyampaian hadiah kepada wira-wirawati yang telah mengharumkan nama SKTM di persada kegiatan kokurikulum daerah Kerian. Antaranya ialah johan Bola Baling MSSPK Kelompok 4 Kerian dan Johan Pertandingan Menulis Jawi MTQ Kerian 2013. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Pada majlis perhimpunan tersebut juga, beliau mengalungkan Anugerah Rambu kepada 3 ahli Pengakap Kanak-kanak yang telah berjaya dalam ujian bagi memperoleh anugerah tersebut 2 minggu lalu di kem PLKN Kuala Kangsar. Anugerah Rambu Kanak-kanak merupakan pencapaian tertinggi bagi ahli Pengakap Kanak-kanak Sekolah Rendah. Tahniah diucapkan. ( foto Portal PPD Kerian )

Wednesday, April 3, 2013

i-TR1M


SKTM Rabu 3 April 2013.
Program Interaktif-Tuisyen Rakyat 1Malaysia (i-TR1M), adalah inisiatif Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) khusus untuk membantu pelajar-pelajar dari kalangan keluarga yang berpendapatan rendah atau yang kurang berkemampuan selaras dengan program-program yang menjana transformasi kerajaan pada masa ini atau pakej bantuan kerajaan di bawah Gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.. Pelaksanaan program i-TR1M ini juga diharapkan dapat memperkasakan lagi penggunaan NetBook 1Malaysia yang telah diberikan kepada pelajar-pelajar terpilih kerana sebahagian besar dari program i-TR1M dikendalikan secara online. Program i-TR1M boleh dijadikan sebagai usaha tambahan dalam memulihkan kelemahan pelajar-pelajar terpilih di samping usaha gigih yang telah dilaksanakan oleh guru-guru mereka di dalam kelas. Adalah diharapkan program ini boleh memberikan impak yang besar kepada meraka dan seterusnya merapatkan jurang perbezaan pencapaian akademik pelajar kurang berkemampuan berbanding kumpulan pelajar yang lebih berkemampuan.Hasilnya, seramai 20 orang murid SK Teluk Medan turut menikmati kemudahan i-TR1M. Taklimat penggunakan program i-TR1M dikendalikan oleh Sir Ash selaku penyelaras program berkenaan peringkat SK Teluk Medan.

Tuesday, April 2, 2013

PENOLONG KANAN BAHARU SK TELUK MEDAN.


SKTM Rabu 03.04.2013.
En.Yusof b. Jamaluddin, PK HEM SKTM telah dinaikkan pangkat sebagai PK Pentadbiran SK Teluk Medan berkuatkuasa mulai 18 Mac 2013. Manakala Pn.Hidayat Azimah bt Suhaimi, PK Kokurikulum telah dinaikkan pangkat ke PK Hal Ehwal Murid SK Teluk Medan. Seluruh warga SKTM mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada kedua-dua penolong kanan SK Teluk Medan yang baharu. Semoga komitmen terhadap tugas akan menjana kegemilangan kurikulum dan sahsiah warga SK Teluk.

Monday, April 1, 2013

JOHAN BOLA BALING MSSPK SR (P) KELOMPOK 4



SK DATO' MAS'UD Isnin 01.04.2013.
Latihan intensif disertai dengan beberapa siri perlawanan persahabatan sepanjang cuti seminggu lalu tidak sia-sia bagi pasukan bola baling SKTM. Pada Kejohanan Bola Baling MSSPK Kelompok 4 Kerian, pasukan bola baling perempuan SKTM telah menjuarai kejohanan tersebut yang berlangsung di padang SK Dato' Mas'ud, Kampong Kedah. Kejayaan ini melayakkan pasukan tersebut ke kejohanan di peringkat daerah yang akan berlangsung pada pertengahan bulan April ini. Namun begitu pasukan lelaki terpaksa akur dengan kehebatan pasukan saingan apabila hanya berjaya menduduki tangga ke-3 pada kejohanan tersebut. Pasukan bola baling SKTM dipimpin oleh Cikgu Azizan, Siti Zuraidah, Cikgu Hazira dan Cikgu Fizarina. Tahniah kepada pasukan bola baling SKTM. (foto fb)