Monday, May 27, 2013

KELAS INTENSIF UPSR CUTI PENGGAL 1/2013

SKTM Isnin 27 Mei 2013.
Ketika murid lain bercuti selama 2 minggu sempena cuti persekolahan penggal pertama, murid tahun 6 yang merupakan calon UPSR 2013 bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran bersama guru-guru sebagai persiapan menghadapi UPSR 2013 yang bakal berlangsung pada September nanti. Kelas tambahan yang bermula jam 8.00 pagi hingga 12.00 tengahari tersebut akan berlangsung selama seminggu iaitu minggu pertama cuti persekolahan penggal pertama 2013.

Friday, May 24, 2013

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE CAMERON HIGHLAND


CAMERON HIGHLAND 23 Mei 2013.
Unit Lawatan SKTM mengadakan lawatan sambil belajar selama sehari ke Cameron Highland. Selain daripada merasai udara nyaman di sana, peserta rombongan turut melawat beberapa tempat menarik seperti ladang teh, kilang memproses daun teh, ladang strawberi sambil membeli buah tangan untuk dibawa pulang. 
( galeri foto 1 )
( galeri foto 2 )

Wednesday, May 22, 2013

POTENSI CEMERLANG UPSR 2013



SKTM Khamis 23.05.2013.
Murid Potensi Cemerlang UPSR 2013 diberi penghargaan untuk menampal gambar mereka sendiri pada papan Potensi Cemerlang UPSR. Pencapaian mereka adalah berdasarkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun. Pada peperiksaan tersebut, seramai 7 orang mendapat pangkat 5A manakala 8 orang 4A1B dan 7 orang mendapat 3A2B. En.Yusof b. Jamaluddin, PK Pentadbiran SKTM hadir menyaksikan sesi tersebut. ( lihat foto )

KEMPEN KEBERSIHAN 2013



SKTM Rabu 22 Mei 2013.
Pertandingan Mewarna dan Melukis Poster Kempen Kebersihan 2013 menutup tirai aktiviti kokurikulum bagi penggal pertama 2013. Kempen dilaksanakan bagi menanam sikap cintai kebersihan serta menghayatinya dalam kalangan murid-murid SK Teluk Medan. 10 hadiah disediakan bagi setiap kategori pertandingan. Kempen Kebersihan dikelolakan oleh Unit HEM dengan kerjasama Unit Kokurikulum, Bimbingan dan Unit Kokurikulum. (foto)

Tuesday, May 21, 2013

MAJLIS MENANDATANGANI KAD PELAPORAN PPT 2013




SKTM Rabu 22.05.2013
Ibu-bapa murid tahun 4 dan 5 hadir awal pagi untuk menandatangani kad pelaporan anak-anak mereka berdasarkan Peperiksaan Pertengahan Tahun yang berlangsung awal bulan Mei 2013. Ibu-bapa juga berpeluang berjumpa terus dengan guru penyelaras kelas bagi mengetahui perkembangan terperinci anak-anak mereka dalam pelajaran. Sementara itu, En.Mohamad Yusof Jamaluddin, PK Pentadbiran SKTM mengadakan perjumpaan dengan ibu-bapa murid tahun 6B3 dan 6B4 di bilik mesyuarat bagi membentangkan pencapaian akademik terkini berdasar Peperiksaan Pertengahan Tahun.

PERJUMPAAN WARIS MURID TAHUN 6B2/2012




SKTM Selasa 21.05.2013.
Majlis Bersama Waris Murid Tahun 6B2 berlangsung mulai jam 9.00 pagi di bilik mesyuarat SKTM. Ianya merupakan hari ke-2 bagi program yang sama semalam. Pada majlis tersebut, Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM membentangkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 secara terperinci dengan menekankan kepada TOV individu murid kepada ibu-bapa murid yang hadir. Beliau yakin dengan usaha bersungguh-sungguh murid, guru-guru serta sokongan ibu-bapa, kejayaan anak-anak 6B2 insyaAllah akan dicapai. Majlis tamat pada jam 11.00 pagi. Majlis seumpamanya akan diadakan esok melibatkan waris murid tahun 6B3 dan 6B4. (lihat foto)

Sunday, May 19, 2013

PERJUMPAAN IBU-BAPA MURID TAHUN 6/2013


SKTM Isnin 20 Mei 2013.
Hujan yang turun sejak awal pagi tidak mematahkan semangat ibu-bapa murid tahun 6B1 untuk hadir ke majlis Perjumpaan Ibu-bapa Tahun 6/2013. Pada majlis tersebut, Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM membentangkan keputusan Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 secara terperinci dengan menekankan kepada TOV individu murid kepada ibu-bapa murid yang hadir. Pada ujian tersebut, murid dari kelas 6B1 lulus 100% dengan pencapaian 5A seramai 7 orang dan 4A1B juga seramai 7 orang. Di akhir pembentangannya, beliau yakin jumlah murid yang memperoleh 5A dan 4A1B akan meningkat pada tahun ini dengan mensasar kesemua murid tahun 6B1 memperoleh keputusan 5A. Beliau turut berharap agar semua ibu-bapa akan sentiasa bekerjasama dengan pihak sekolah bagi merealisasi pencapaian tersebut. Pada majlis tersebut, ibu-bapu turut diberi peluang berdialaog dengan guru-guru tahun 6 yang hadir. Majlis perjumpaan seumpama ini akan berlangsung selama 3 hari yang turut melibatkan ibu-bapa murid tahun 6B2, 6B3, 6B4, tahun 4 dan tahun 5. Sebelumnya, Ustaz Mohamad shah Ramli telah menyampaikan hadiah kepada kumpulan yang memenangi pertandingan Wirid dan Doa yang berlangsung minggu lalu.
(lihat foto)

Thursday, May 16, 2013

HARI GURU 2013



SKTM Khamis 16 Mei 2013.
Hari Guru 2013 SK Teluk Medan disambut penuh ukhuwah dan meriah. Acara dimulakan dengan ucapan Mohammad 'Izzuddin b. Zainol Abidin, Ketua Murid SKTM diikuti oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Turut menyampaikan ucapan ialah Al-fadhil Ustaz Mohd Musa b. Panjang Ahmad, YDP PIBG SKTM. Dalam ucapannya beliau berharap agar semua murid akan sentiasa menghormati guru bagi memperoleh keberkatan dalam hidup. Pada sesi ke-2 sambutan hari guru, perlawanan bola tampar antara guru-guru lelaki telah dijalankan manakala acara sukaneka pula berlangsung untuk guru-guru perempuan. Majlis turut diserikan dengan beberapa persembahan oleh murid-murid dan guru-guru SKTM. Selepas waktu persekolahan, Kelab Guru dan Kakitangan SKTM telah menganjurkan jamuan tengahari di Restoran Terapung Kuala Gula.

Sunday, May 12, 2013

ACTION SONG DAERAH KERIAN 2013




SK KAMPUNG TUA 11.05.2013
Meskipun terpaksa akur dengan kehebatan pasukan action song dari sekolah-sekolah lain, namun persembahan kumpulan action song SKTM mampu mencuit hati para penonton yang hadir. Ini adalah kerana sebahagian besar ahli kumpulan terdiri daripada murid-murid tahun 1 yang masih mempunyai potensi besar jika terus dilatih. Kumpulan action song SKTM dikelola oleh guru-guru Bahasa Inggeris SKTM.

KEM BESTARI SOLAT TAHUN 4/2013




SKTM Jumaat 29 Jamadulakhir 1434H.
Antara pengisian Kem Bestari Solat Tahun 4/2013 ialah pertandingan wirid antara kumpulan murid. Antara tujuan utama pertandingan dilaksanakan ialah sebagai meningkatkan daya hafalan murid serta mencungkil bakat murid dalam bidang berkenaan. Kem Bestari Solat Tahun 4/2013 yang berlangsung mulai jam 2.30 petang tamat pada jam 5.00 petang tersebut dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SKTM.

Wednesday, May 8, 2013

PK KOKURIKULUM BAHARU SK TELUK MEDAN.



SKTM Khamis 09.05.2013.
En.Sofian b. Ahmad mula menjalankan tugas sebagai PK Kokurikulum SK Teluk Medan mulai hari ini meskipun telah menerima watikah perlantikannya bulan lalu. En.Sofian b. Ahmad yang berumur 48 tahun merupakan anak kelahiran Bagan Serai dan telah berkhidmat di beberapa buah sekolah sebelum menjawat jawatan sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan 1 di PKG Kuala Kurau. Dalam ucapannya pada awal pagi di hadapan murid-murid, beliau berharap agar seluruh warga SKTM akan sentiasa bekerjasama demi merealisasikan misi dan visi kokurikulum sekolah. Beliau juga berjanji akan cuba sedaya mungkin menunaikan amanah yang dipertanggungjawab kepadanya. Seluruh warga SKTM mengucapkan tahniah dan selamat menjalankan tugas kepada En.Sofian b. Ahmad, PK Kokurikulum SKTM.

MESYUARAT GURU BESAR DAN PK PENTADBIRAN SR KELOMPOK 4 KERIAN.


SKTM Rabu 08.05.2013
Selepas guru-guru tahun 6 dari SR Kelompok 4 duduk semeja semalam, hari ini semua guru besar dan PK Pentadbiran dari SR berkenaan pula bermesyuarat bagi berbincang serta memberi pendapat berkaitan program kecemerlangan akademik bersama. Antara yang didedahkan pada mesyuarat berkenaan ialah berkaitan TOV serta aplikasi yang dicadangkan dalam pengurusannya. Mesyuarat dipengerusikan oleh En.Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM selaku pengerusi Program Kecemerlangan Kurikulum bagi SR Kelompok 4 Kerian.

Tuesday, May 7, 2013

MESYUARAT KECEMERLANGAN UPSR GURU-GURU TAHUN 6 KELOMPOK 4 KERIAN

SKTM Selasa 07.05.2013.
Selama hampir 3 jam guru-guru tahun 6 SR Kelompok 4 Kerian berkumpul bagi membincangkan beberapa program kecemerlangan UPSR 2013. Pada perjumpaan tersebut, guru-guru tahun 6 SR Kelompok 4 Kerian memberi beberapa pandangan agar program bersama dapat dilaksanakan demi kecemerlangan anak-anak di sekolah masing-masing dalam UPSR 2013. Mesyuarat dipengerusikan oleh En.Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM merangkap pengerusi Program Kecemerlangan Kurikulum SR Kelompok 4 Kerian.
(lihat foto)

Thursday, May 2, 2013

KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MURID 2013




SKTM Khamis 02.05.2013.
Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid 2013 dimulai dengan sesi ceramah Pemimpin Cemerlang yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Hanif Shabuddin, guru PAI/Matematik SK Teluk Medan. Sesi Teknik Bina Kecemerlangan Diri pula dikendalikan oleh Sir Ash selaku guru Pengawas Sekolah. Kursus yang berlangsung selama 3 jam tersebut dikelola oleh Unit Bimbingan dengan kerjasama Unit HEM dan Disiplin. Sementara itu peserta Public Speaking SKTM, Nurul Husna terpaksa akur dengan kehebatan peserta lain pada pertandingan berkenaan peringkat daerah Kerian. Tahniah peserta kursus dan adik Nurul Husna.