Sunday, June 30, 2013

PELANCARAN BULAN MEMBACA DAN BULAN KECERGASAN 2013



SKTM Isnin 01.07.2013.
Perhimpunan mingguan diisi dengan majlis pelancaran Bulan Membaca 2013 dan Bulan Kecergasan 2013. Majlis pelancaran disempurnakan oleh En.Mohd Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Sebelumnya, Pn.Harina Zaniol menyampaikan beberapa aktiviti yang akan berlangsung sepanjang Bulan Membaca 2013. Namun begitu, acara senamrobik yang sepatutnya berlangsung pada pelancaran Bulan Kecergasan 2013 ditangguhkan kerana hujan. Antara pengisian program Bulan Kecergasan ialah pertandingan futsal dan bola jaring antara kelab sukan dan permainan 1M1S. Manakala bagi Bulan Membaca 2013 pula ialah beberapa pertandingan seperti NILAM, mengarang puisi, pidato, bercerita, membaca berita, membaca teks jawi dan bahasa Arab dan sebagainya. Majlis pelancaran ke dua-dua program berkenaan turut diserikan dengan persembahan lagu tema Bulan Membaca Kebangsaan yang dinyanyikan oleh kumpulan koir SKTM.

Saturday, June 29, 2013

KEM MATEMATIK UPSR 2013 SR KELOMPOK 4 KERIAN

SABTU 29 Jun 2013.
Kem Matematik UPSR 2013 SR Kelompok 4 Kerian berlangsung mulai jam 8.30 pagi serta berakhir pada jam 1.00 petang bertempat di dewan SK Teluk Medan. Kem diketuai oleh Pn.Norihan Yusof (SKTM) manakala ceramah disampaikan oleh En.Yushairi Osman. Guru Cemerlang Matematik (SKDM) serta dibantu oleh guru-guru Matematik dari sekolah-sekolah yang terlibat. Pada kem tersebut, peserta yang terdiri daripada murid terpilih dari sekolah-sekolah rendah dalam Kelompok 4 Kerian didedahkan tentang format kertas Matematik UPSR serta beberapa tips untuk menjawab soalan UPSR dengan mudah. En.Yusof b. Jamaluddin, PK Pentadbiran SKTM menyempurnakan majlis penutupan Kem Matematik UPSR 2013 SR Kelompok 4 Kerian.

LOLIPOP - Love LINUS Programme


JUMAAT 28 Jun 2013.
Selepas bersama murid prasekolah minggu lalu, guru-guru Bahasa Inggeris dengan bantuan guru-guru lain bersama pula murid-murid tahun 1 dalam program 'LOLIPOP-Love Linus Programme'. Program serta aktiviti dilaksanakan bertujuan untuk memantapkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid tahun 1. Pelbagai aktiviti dilakukan yang memberi fokus kepada teknik belajar bahasa Inggeris sambil bermain. Program juga bertujuan untuk menanamkan minat belajar bahasa Inggeris dalam kalangan warga SK Teluk Medan. Tahniah warga SKTM.

Sunday, June 23, 2013

Pre-School-Fun with Phonics Workshop



SKTM Sabtu 22.06.2013
Pre-School-Fun with Phonics Workshop 2013 dilaksanaka dengan jayanya. Bengkel dilaksanakan untuk memberi pendedahan kepada anak-anak prasekolah untuk belajar bahasa Inggeris secara mudah dengan menekankan kaedah bermain sambil belajar. Antara pengisian program tersebut ialah senamrobik, kaedah 'phonic' dalam awal bacaan, action song, story telling dan sukaneka. Program dilaksanakan oleh guru-guru prasekolah SKTM manakala fasilitatornya terdiri daripada guru-guru Bahasa Inggeris SKTM.

Sunday, June 16, 2013

MENTOR MENTEE SKTM 2013


SKTM Isnin 17 Jun 2013.
Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara individu atau kumpulan dan interaksi itu akan melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih sayang dan mengasah kemahiran -kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara. Selaras dengan itu, Unit HEM SKTM dengan kerjasama Unit Bimbingan telah memulakan program tersebut di SK Teluk Medan. Perjumpaan pertama bagi program berkenaan dijalankan pada hari ini mengisi masa perhimpunan mingguan. Antara pengisian bagi perjumpaan pertama tersebut ialah penerangan bagi program berkaitan serta perlantikan jawatankuasa.

Sunday, June 9, 2013

MURID CEMERLANG PPT DIRAIKAN.


SKTM Isnin 10.06.2013
Janji ditepati. Murid tahun 6 yang mendapat keputusan cemerlang pada Peperiksaan Pertengahan Tahun 2013 berpeluang menjamu hidangan KFC bersama Guru Besar dan guru-guru tahun 6. Ianya merupakan intensif yang diharapkan dapat membakar semangat semua calon UPSR untuk mencapai dan meneruskan kecemerlangan pada setiap peperiksaan sehinggalah ujian sebenar UPSR berlangsung. Majlis meraikan murid cemerlang dianjurkan Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. (lihat foto)