Friday, September 27, 2013

PRAKEJOHANAN OLAHRAGA 2013 HARI KE-2




SKTM Jumaat 27 September 2013.
Rumah Hijau membuat kejutan pada hari ke-2 Prakejohanan Olahraga SKTM 2013 apabila berjaya memungut mata keseluruhan berjumlah 90 mata. Sebelumnya, Rumah Hijau berada ditangga terakhir dibawah Rumah Biru. Terkini, tempat ke-2 disandang oleh Rumah Merah dengan kutipan 98 mata manakala Rumah Biru 88 mata dan Rumah Kuning 86 mata. Antara acara yang berlangsung hari ini ialah 100m dan lompat jauh bagi murid tahap 2. ( lihat foto )

Thursday, September 26, 2013

SUKANTARA TAHAP 1 KEJOHANAN OLAHRAGA 2013


SKTM Khamis 26.09.2013
Sukantara bagi murid tahap 1 dilaksanakan seperti yang telah dirancang. Acara yang dilaksanakan ialah 100m bagi mengutip mata rumah sukan. Pada acara sukantara pertama ini, Rumah Merah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dengan kutipan mata sebanyak 41 mata manakala Rumah Kuning ketinggalan hanya 1 mata di belakang dengan memperoleh 40 mata. Sementara itu Rumah Biru mengutip 39 mata dan Rumah Hijau mengutip 37 mata. Persaingan sengit akan diteruskan apabila sukantara bagi murid tahap 2 akan berlangsung esok 27 September 2013.  Murid prasekolah turut membuat latihan bagi acara sukaneka yang akan berlangsung pada hari kejohanan nanti.
( lihat foto )

Wednesday, September 25, 2013

PENYERAHAN MOBILE LAB 1BESTARI

 
SKTM Rabu 25.09.2013
SK Teluk Medan menerima kemudahan makmal komputer mudah alih daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia. Kemudahan tersebut merupakan program rintis bagi program berkenaan sebelum diperluas kesemua sekolah-sekolah di seluruh negara. Dibawah program berkenaan, pihak sekolah dibekalkan 41 buah Chrome Book berserta headset dan sebuah super zoom. Turut hadir pada majlis penyerahan tersebut ialah En.Rosli Che Omar ( PPD ICT ), Tn.Hj.Hamid (PKGTM), En.Mansor (PKGGS) dan En.Mohamd Shah Ramli ( GB SKTM ). Semoga kemudahan yang dibekalkan akan menjadi pemangkin kepada perkembangan budaya ICT dalam pendidikan di SK Teluk Medan ( lihat Foto )