Monday, July 29, 2013

IHYA' RAMADHAN 1434H

 photo ramadhan070_zps763d1e14.jpg 
 photo ramadhan059_zps61e10896.jpg 
SKTM Khamis 16 Ramadhan 1434H.
Program Ihya' Ramadhan diteruskan. Beberapa pertandingan berlangsung hari ini yang antaranya ialah pertandingan azan, hafazan, hiwar dan tadarus al-Quran. Pertandingan akan berlangsung secara berperingkat manakala hadiah kepada pemenang akan disampaikan pada majlis Penutupan Ihya' Ramadhan 1434H yang bakal berlangsung pada hari Jumaat 24 Ramadhan 1434H.

Monday, July 15, 2013

PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR 2013

SKTM Selasa 8 Ramadhan 1434H / 17 Julai 2013.
Peperiksaaan Percubaan UPSR bermula hari ini. Seramai 89 murid tahun 6 yang merupakan calon UPSR tahun ini memulakan kertas Pemahaman Bahasa Melayu yang membuka tirai ujian berkenaan. Peperiksaan akan berlangsung selama 3 hari dan akan tamat pada hari Khamis manakala kertas peperiksaan disediakan oleh MGB Perak. Sementara itu, murid-murid tahap 2 yang lain turut menduduki Ujian Selaras 2 yang akan berlangsung sehingga penghujung minggu ini.

Tuesday, July 9, 2013

HARI PERTAMA 1 RAMADHAN 1434H


SKTM Rabu 1 Ramadhan 1434H.
Program Ehya Ramadhan berjalan seperti yang dirancang. Sesi pemantapan bacaan dalam solat dilaksanakan di kantin sekolah manakala program tadarus al-Quran berlangsung di Musolla SKTM. Sementara itu warga SKTM terus mengisi tabung Ehya Ramadhan untuk disampaikan kepada anak-anak miskin dan yatim SKTM.

Monday, July 8, 2013

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM EHYA RAMADHAN 1434H/2013



SKTM Isnin 20 Syaaban 1434H.
Majlis Pelancaran Ehya Ramadhan 1434H/2013 dimulakan dengan penyampaian tazkirah Ramadhan oleh al-fadhil Ustaz Hafiz, guru j-QAF. Dalam tazkirahnya, beliau menyampaikan beberapa persediaan yang perlu dilakukan oleh murid-murid bagi menghadapi puasa Ramadhan yang akan bermula esok. Beliau turut memberikan beberapa tips bagi menjadikan Ramadhan bagi tahun ini lebih baik dihayati berbanding tahun lalu. Majlis Pelancaran Ehya Ramadhan 1434H/2013 disempurnakan oleh al-fadhil Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Antara pengisian Ehya Ramadhan 1434H ialah pemantapan bacaan solat semasa waktu rehat, tadarus al-Quran, pertandingan azan, pertandingan hafazan, pertandingan bercerita dan penyampaian sumbang kepada murid miskin dan anak yatim SKTM.

Saturday, July 6, 2013

IHTIFAL j-QAF 2013 ZON BAGAN SERAI




SK BAGAN SERAI Sabtu 06 Julai 2013.
Nama SK Teluk Medan terus menjadi pilihan pada Majlis Ihtifal j-QAF 2013 Zon Bagan Serai. Pada majlis tersebut yang berlangsung di SK Bagan Serai, SK Teluk Medan telah menjadi johan bagi 3 kategori yang dipertandingkan iaitu Kalam Jamae, Kuiz dan Wirid Do'a. Manakala bagi pertandingan Hiwar, peserta SKTM hanya mampu ditempat ke-2 di belakang SK Jalan Matang Buloh. Kejayaan ini menjadikan SK Teluk Medan dicanang sebagai johan keseluruhan bagi Majlis Ihtifal j-QAF 2013 Zon Bagan Serai. Tahniah kepada peserta dan ustaz-ustazah jurulatih ihtifal j-QAF.

Thursday, July 4, 2013

PERTANDINGAN FUTSAL DAN BOLA JARING BULAN KECERGASAN 2013



SKTM Khamis 04.07.2013
Pertandingan futsal dan bola jaring antara rumah sukan bersempena Bulan Kecergasan 2013 berlangsung mulai jam 3.00 petang di padang SKTM. Meskipun pertandingan futsal julung-julung kalinya dipertandingkan, namun bakat yang ditunjukkan oleh anak-anak SKTM mampu menjadikan pemainan tersebut akan menjadi salah satu daripada permainan yang digemari oleh warga SKTM. Pertandingan tamat pada jam 6.00 petang.
( foto fb Ustaz Omar )
( lihat foto bulan kecergasan )

Wednesday, July 3, 2013

SENAMROBIK BULAN KECERGASAN 2013




SKTM Rabu 03.07.2013
Acara senamrobik mengisi program Bulan Kecergasan 2013. Acara bermula jam 3.00 petang dan tamat pada jam 5.00 petang. Murid yang hadir turut mendapat hadiah cabutan bertuah. Program Bulan Kecerdasan 2013 akan berterusan sehingga minggu hadapan. (lihat foto)

Tuesday, July 2, 2013

PENYERAHAN AKAUN VLE FROGASIA IBU-BAPA/PENJAGA MURID SKTM



SKTM Rabu 03.07.2013.
Unit VLE ICT SK Teluk Medan menyerahkan akaun VLE Frogasia kepada ibu-bapa/penjaga murid SKTM. Yes ID dan kata laluan tersebut diserahkan melalui anak-anak mereka yang belajar di SK Teluk Medan. Anak-anak turut diminta oleh JK berkenaan untuk membimbing ibu-bapa mengakses portal VLE Frogasia bagi kali pertama.

LAWATAN JEMAAH NAZIR (LINUS) 2013.


SKTM Selasa 2 Julai 2013.
SK Teluk Medan hari ini dikunjungi oleh sepasukan jemaah nazir yang memantau perkembangan Program LINUS NKRA. Rombongan diketuai oleh Dr. Mohd Suhaimi, Ketua JNJK Perak. Selepas mendengar taklimat berkaitan pencapaian dan program peningkatan LINUS sekolah oleh En.Mohamad Yusof Jamaluddin (PK Pentadbiran), rombongan turut memantau proses PdP guru-guru yang terlibat dengan program LINUS. Semasa sesi refleksi pemantauan, Dr.Mohd Suhaimi selaku ketua rombongan membentangkan hasil pemantauan serta melontarkan beberapa penambahbaikan bagi meningkatkan penguasaan 3M dalam kalangan anak-anak SK Teluk Medan.Turut sama hadir ialah Pn.Roslena (Nazir Kanan JNJK Perak),  En.Thava Subramaniam (Pen.Pengarah JNJK KPM), Pn.Mahizum (Penyelia Kurikulum BI JPNPk), Emma Mohd Idrus (Ketua Pen.Pengarah KPM) dan En.Rosli Jahya(FasilinusPPD Kerian).