Friday, August 30, 2013

MAJLIS PERSARAAN USTAZAH FAUZIAH BT HJ.HASAN-Guru Pend.Islam SKTM




SKTM Jumaat 30 Ogos 2013.
Kehadiran Pn.Fauziah Hj.Hasan dengan ditemani oleh suami Tn.Hj.Jamaluddin Asaari ke Majlis Jasamu Dikenang Baktimu Disanjung sempena persaraan beliau disambut oleh seluruh warga SKTM. Pn.Fauziah kemudiannya diarak ke dewan sekolah dengan iringan bunga manggar dan kumpulan brass band SKTM. Aturcara berlangsung penuh meriah bila mana sepanjang majlis berlangsung Pn.Fauziah dan suami duduk di atas pelamin yang disediakan sesuai dengan tema yang dipilih iaitu ' Nostalgia Pengantin '. Watikah persaraan Pn.Fauziah Hj.Hasan disampaikan oleh Pn.Roziana bt. Ariffin, Penolong PPD Bahasa Inggeris yang mewakili Tuan PPD Kerian. Pn.Fauziah yang lahir pada 31 Ogos 1957 mula berkhidmat sebagai pendidik di SK Parit Hj.Aman pada tahun 1980 sebelum berhijrah ke SK Teluk Medan pada tahun 1997. Beliau telah berkhidmat selama 33 tahun sebagai guru Pendidikan Islam dan bersara mulai 01.09.2013. Turut hadir pada Majlis Persaraan Pn.Fauziah Hj.Hasan ialah Tn.Hj.Abd Rahman b. Hj.Abd Hamid, Penyelia Kanan Pend.Islam PPD Kerian, YDP PIBG dan jawatankuasanya, ketua-ketua kampung Teluk Medan dan rakan-rakan yang akrab dengan beliau. Seluruh warga SK Teluk Medan mengucapkan selamat bersara kepada Pn.Fauziah bt. Hj.Hasan.

Thursday, August 22, 2013

MAJLIS IKHTIFAL j-QAF DAERAH KERIAN 2013

 
 
SK SUNGAI MEGAT ARIS 13 Syawal 1434H.
Adik Azrul Hafiz b. Kamaruddin dari SK Teluk Medan telah dipilih sebagai pembaca doa terbaik bagi kategori Wirid dan Doa pada Majlis Ihtifal j-QAF Daerah Kerian 2013. Namun begitu, bagi kategori Kalam Jamei, Wirid Doa dan Hiwar, peserta SKTM terpaksa akur dengan kehebatan pasukan dari kelompok lain. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan jurulatih ustaz-ustazah.

MAJLIS IKHTIFAL j-QAF DAERAH KERIAN 2013

 
 
SK SUNGAI MEGAT ARIS 13 Syawal 1434H.
Adik Azrul Hafiz b. Kamaruddin dari SK Teluk Medan telah dipilih sebagai pembaca doa terbaik bagi kategori Wirid dan Doa pada Majlis Ihtifal j-QAF Daerah Kerian 2013. Namun begitu, bagi kategori Kalam Jamei, Wirid Doa dan Hiwar, peserta SKTM terpaksa akur dengan kehebatan pasukan dari kelompok lain. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan jurulatih ustaz-ustazah.

Wednesday, August 21, 2013

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SK TELUK MEDAN 1434H/2013

 photo DSC_0073_zps7f67d4f5.jpg 
 photo DSC_0076_zpsbccb8da7.jpg
 photo DSC_0104_zps3c9ad349.jpg 
SKTM 12 Syawal 1434H / 21 Ogos 2013.
Rumah Terbuka Aidilfitri SKTM 1434H dihadiri oleh lebih 800 tetamu daripada kalangan murid tahap 2 bersama ibu-bapa dan keluarga. Kehadiran yang luar jangkaan membuktikan komitmen ibu-bapa dan keluarga murid terhadap aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah demi kegemilangan anak-anak mereka. Rumah Terbuka Aidilfitri SKTM 1434H disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan kepada semua penyumbang bagi menjayakan program tersebut. Majlis turut diserikan dengan beberapa persembahan seloka aidilfitri oleh murid-murid tahun 4. Tetamu yang hadir juga diberi peluang tampil ke pentas untuk mengucapkan ucapan hari raya kepada tetamu lain yang hadir disamping berpeluang memenangi cabutan bertuah. Rumah Terbuka Aidilfitri SKTM 1434H tamat pada jam 10.00 malam.

Monday, August 19, 2013

JAMUAN AIDILFITRI PRASEKOLAH 1434H



PRASEKOLAH SKTM 11 Syawal 1434H.
Jamuan Aidilfitri 1434H mengisi waktu minum rehat Prasekolah SKTM. Anak-anak dijamu dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh pembantu dan guru-guru prasekolah. Murid-murid turut membawa juadah kuih hari raya untuk dikongsi bersama rakan-rakan sekelas. Turut hadir bersama ialah guru-guru SKTM.
( lihat foto )

Sunday, August 18, 2013

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56 / 2013



( LIHAT FOTO )
( FOTO 2 )
SKTM 19 Ogos 2013.
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-56 dimulakan dengan perarakan Jalur Gemilang dan sepanduk tema kemerdekaan ke-56. Guru-guru dan sebahagian murid memakai baju melayu yang merupakan baju kebangsaan negara ketika menyertai perarakan tersebut yang bermula jam 7.45 pagi.  Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-56 peringkat sekolah tersebut disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Sebelumnya, beliau mendeklamasikan sebuah sajak kemerdekaan serta memukul gong sebanyak 3 kali tanda pelancaran program tersebut. Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-56 diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu patriotik oleh seluruh warga SK Teluk Medan. 

Saturday, August 3, 2013

MAJLIS PENUTUPAN IHYA' RAMADHAN 1434H



SKTM Jumaat 24 Ramadhan 1434H.
Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan 1434H dimulai dengan ucapan Ustaz M.Yusof Shouib Al-kurawi, Ketua Panitia Pend.Islam dan j-QAF SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberi oleh seluruh warga SKTM demi menjayakan program Ihya' Ramadhan 1434H. Pada majlis tersebut juga, Peserta yang memenangi bagi acara yang dipertandingkan sepanjang program menerima hadiah yang disampaikan oleh barisan pentadbiranSKTM. Pada majlis tersebut juga, pihak sekolah menyampaikan zakat individu tertentu dan sumbangan Aidilfitri kepada murid miskin SKTM. Majlis Perasmian Penutupan Ihya' Ramadhan 1434H disempurnakan Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Majlis diakhiri dengan sesi bermaaf-maafan antara warga SKTM.

MAJLIS BERBUKA PUASA 1434H



SKTM Khamis 23 Ramadhan 1434H.
Majlis Iftar 1434H Staf SKTM berlangsung penuh ukhuwah. Majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM sebagai menyuntik semangat tetamu yang hadir untuk menambahkan amalan pada detik penting sebelum Ramadhan berakhir. Kemudiannya, Ustaz Mohd Hafis memimpin bacaan doa selamat sebelum para tetamu menjamu juadah berbuka puasa. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah kaum keluarga staf, AJK PIBG dan guru-guru SKTM yang telah bersara.