Wednesday, April 30, 2014
Saturday, April 26, 2014
LADAP GURU 2014
SKTM Sabtu 26.04.2014
LADAP Guru 2014 berlangsung di Makmal Komputer SKTM mulai jam 8.00 pagi
hingga 12.30 tengahari. 4 orang guru menyampaikan maklumat pada LADAP
tersebut iaitu Pn.Siti Zuraidah dan Sir Ash ( BI ), Pn.Amnah ( i-THINK )
dan Ustaz Mohamad Shah ( MS excel ).
KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MURID 2014
SKTM Sabtu 26.04.2014
Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid 2014 berlangsung seperti yang
dirancang. Berlainan daripada tahun-tahun yang lalu, kursus kepimpinan
kali ini membawa tema keselamatan dengan menampilkan penceramah daripada
Unit Pertahan Awam Daerah Kerian. Ceramah dan tunjuk cara menyelamat (
pertolongan cemas ) disampaikan oleh En.Rozi Che Soh dengan bantuan En.
Lukman b. Roslin kedua-duanya daripada Unit Pertahanan Awam Daerah
Kerian. Manakala perserta yang terlibat ialah pengawas sekolah, pengawas
PSS, pengerusi Unit Beruniform SKTM dan ketua-ketua kelas tahap 2.
Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid 2014 adalah anjuran bersama Unit
Kokurikulum, HEM, PSS dan Unit Bimbingan SKTM.
Sunday, April 20, 2014
PENYERAHAN BANER SIFIR DAN KLINIK GIGI SEKOLAH
SKTM Isnin 21.04.2014
Kemahiran sifir merupakan asas yang penting bagi murid untuk
menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Namun tidak ramai dalam
kalangan murid-murid yang menghafaznya. Menyedari hakikat ini, Panitia
Matematik telah mengambil inisiatif dengan mengedarkan baner sifir untuk
diletakkan di semua kelas. Baner tersebut disampaikan oleh
Tn.Hj.Mohd.Yusof Jamaluddin, PK Pentadbiran SKTM kepada semua ketua
kelas pada perhimpunan mingguan minggu ke-16 hari ini. Sementara itu,
Unit Klinik Gigi Bergerak KKM mula memberi perkhidmatan kepada anak-anak
SKTM hari ini. Perkhidmatan pemeriksaan , rawatan gigi dan sesi tunjuk
ajar penjagaan gigi daripada unit berkenaan dijangka akan belangsung
selama 3 minggu.
Wednesday, April 16, 2014
BENGKEL IQRA' IBU-BAPA MURID PRASEKOLAH.
SKTM Khamis 17hb April 2014.
Tugas mendidik anak-anak agar boleh membaca Al-quran tidaklah hanya
dipikul oleh guru-guru agama di sekolah dan di pusat-pusat pembelajaran
Al-quran sahaja. Ibu-bapa turut memainkan peranan yang penting bagi
melahirkan generasi yang celik Al-quran. Namun tidak ramai dalam
kalangan ibu-bapa yang mahir tentang kaedah dan teknik pembelajaran asas
Al-quran. Menyedari hakikat ini, pihak Unit Prasekolah SKTM dengan
kerjasama Unit Pendidikan Islam SKTM telah mengadakan Bengkel Mengajara
Asas Al-quran menggunakan kaedah Iqra' kepada ibu-bapa murid Prasekolah
SKTM. Pada bengkel selama 3 jam tersebut, ibu-bapa diberi penerangan
secara terperinci berkaitan teknik mengajar Al-quran menggunakan kaedah
Iqra'. Kaedah
Iqra’ di Malaysia bermula pada tahun 1992 dan dikembangkan selepas
tempoh percubaan pertama selama lebih kurang 6 bulan di beberapa buah
sekolah di Malaysia.Kementerian
Pendidikan telah menetapkan pengajaran tilawah al-Quran tahun satu
sekolah-sekolah kebangsaan pada sesi persekolahan 1995 dengan
menggunakan kaedah Iqra’. Murid tahun satu dikehendaki memiliki buku
kaedah Iqra’ dan mengikuti kelas kemahiran al-Quran sepanjang enam bulan
pertama persekolahan. Pada tahun
2006, satu ujian telah dijalankan bagi menentukan kesesuaian di antara
beberapa kaedah belajar membaca al-Quran yang ada pada masa kini. Hasil
daripada ujian tersebut, Kementerian Pelajaran telah bersetuju supaya
kaedah Iqra’ terus digunapakai di sekolah-sekolah. Kaedah
Iqra’ dikenalpasti sebagai antara kaedah yang dapat membantu
mempercepatkan kanak-kanak menguasai kemahiran membaca al-Quran dengan
baik.Kaedah
Iqra’ adalah suatu kaedah pengajaran membaca al-Quran yang disusun
sebagai usaha untuk mempercepatkan penguasaan bacaan Al-quran dalam
tempoh yang singkat.Kaedah ini
disusun oleh al-Marhum Ustaz Hj Asad Humam (Pengarah Kumpulan Tadarus
Angkatan Muda Masjid dan Musholla Yogyakarta) berdasarkan pengalaman
mengajar Al-quran sejak tahun 1950 dan melalui percubaan dan
penyelidikan yang mendalam. Bengkel Kaedah Iqra' disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan.
Tuesday, April 15, 2014
MAJLIS PENYERAHAN KWAMP 2014
SKTM Selasa 15.04.2014
Majlis Penyerahan KWAMP 2014 disempurnakan oleh Pn.Roziana bt Ariffin,
Pen.PPD BI, PPD Kerian, Dalam ucapannya, beliau berharap agar bantuan
yang diberikan oleh kerajaan dapat dimanafaatkan sebaik mungkin untuk
pendidikan anak-anak. Seramai 110 murid telah dipilih untuk menerima
bantuan tersebut bagi tahun 2014. Majlis penyerahan KWAMP turut
diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid SKTM.
Thursday, April 10, 2014
Monday, April 7, 2014
School Improvement Specialist Coaches ( SISC+ )
SKTM Selasa 08.04.2014.
SISC+adalah salah satu inisiatif dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) di bawah program
Transformasi Pejabat Pelajaran Daerah. SISC+adalah pembimbing guru
yang berdedikasi dan komited untuk mempertingkat kualiti pengajaran dan
pembelajaran (PdP) di sekolah.Di antara tanggungjawab utama SISC+
adalahmemastikan tahap PdP guru mencapai standarad yang telah ditetapkan
disamping perlaksanaan dasar dan program pendidikan KPM berlangsung di
peringkat akar umbi. Sehubungan dengan itu pasukan SISC+ PPD Kerian hari
ini telah melawat ke SK Teluk Medan bagi memberikan taklimat awal
berkaitan fungsi dan peranan pasukan berkenaan. Pegawai yang hadir ialah
En.Shahaizam Zakaria SISC BM, En.Azhar Zahidi SISC Matematik dan
Pn.Yong Rozina M.Yaacob SISC Bahasa Inggeris.
Sunday, April 6, 2014
KEMPEN PONTENG SIFAR 2014
SKTM Isnin 7 April 2014.
Perhimpunan mingguan minggu ke-14/2014 diisi dengan pelancaran Kempen
Ponteng Sifar 2014. Majlis pelancaran kempen berkenaan disempurnakan
oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Pada majlis
pelancaran tersebut juga, beliau menyampaikan hadiah berupa wang tunai
kepada 3 kelas yang mencatat kehadiran tertinggi sepanjang bulan Januari
hingga Mac 2014. Kelas berkenaan ialah kelas 1B1, 4B1 dan 6B2. Beliau
turut menyampaikan sijil Keris Gangsa kepada ahli Pengakap Kanak-kanak
SKTM yang telah menyertai Kem Perkhemahan Keris Gangsa Daerah Kerian
2014 yang telah berlangsung selama 2 hari pada penghujung minggu lalu.
Pasukan Pengakap Kanak-kanak SKTM telah menjadi johan dalam persembahan
Malam Kebudayaan pada kem berkenaan. Sementara itu, En.Mohd Adhar
Zakaria, Pen.PPD Pembangunan PPD Kerian telah hadir ke SKTM awal pagi
ini bagi memantau bahagian sekolah yang mengalami kerosakan kesan
daripada ribut kencang yang melanda Teluk Medan Sabtu lalu. Kerja-kerja
membaikpulih bahagian bumbung dan siling kelas yang rosak akan mula
dilaksanakan hari ini serta memakan masa dua atau tiga hari.
( foto kempen )
( foto kempen )
RIBUT MELANDA TELUK MEDAN
KAMPUNG TELOK MEDAN Sabtu 5 April 2014.
Selain daripada beberapa kediaman penduduk tempatan yang mengalami kerosakan akibat ribut kencang yang melanda petang Sabtu lalu, SK Teluk Medan turut mengalami nasib yang sama. Dianggarkan lebih daripada 40 keping bumbung genting bangunan 4 tingkat musnah dalam kejadian ribut yang melanda. Manakala siling kelas-kelas di tingkat atas turut gugur bertaburan akibat di atas lantai. Walaubagaimanapun keadaan masih terkawal.
Thursday, April 3, 2014
PEMANTAUAN PENGURUSAN ICT SEKOLAH 2014
SKTM Khamis 03.04.2014
SK Teluk Medan hari ini menerima tetamu dari Bahagian Teknologi
Pendidikan KPM. Tujuan kehadiran kedua-dua pemantau tersebut ialah untuk
memantau pengurusan ICT sekolah bagi tahun 2014. Pegawai yang hadir ialah En.Abdul Aziz How b. Abdullah, KPP Sektor
Pentadbiran Kewangan dan ICT Bah.Pengurusan Sekolah Harian dan En.Razid
b. Ismail, KPP Bahagian Penilaian BTP KPM Kuala Lumpur. Selepas mendengar taklimat
pengurusan ICT sekolah dan pembentangan beberapa aplikasi ICT binaan
sekolah, kedua-dua pegawai berkenaan dibawa melawat beberapa pusat ICT
utama iaitu Pusat Akses, Makmal Komputer dan Pusat Makmal Mudah Alih
Chormebook. Pada penghujung kunjungan, kedua-dua pegawai berkenaan turut
melawat Pusat Kegiatan Guru yang terletak di perkarangan SK Teluk
Medan. Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM merupakan wakil bagi
negeri Perak ke Anugerah Pengurusan ICT Sekolah Peringkat Kebangsaan
2014.
Wednesday, April 2, 2014
KEJOHANAN OLAHRAGA SKTM 2014
SKTM Rabu 2 April 2014.
Rumah Merah dan Rumah Biru membuka tirai latihan bagi menghadapi
Kejohanan Olahraga Kali Ke-14 yang akan berlangsung pada bulan Julai
2014 nanti. Latihan rumah-rumah sukan akan terus berlangsung pada setiap
hari Rabu dan Khamis sehinggalah hari kejohanan sebenar. Pada sesi
latihan tersebut, guru-guru rumah akan melakukan pemilihan peserta
daripada rumah masing-masing untuk bertanding pada prakejohanan dan
kejohanan sebenar. Manakala latihan juga bertujuan untuk memberi
pendedahan awal kepada ahli rumah sebelum acara sukantara bermula. ( lihat foto )
Subscribe to:
Posts (Atom)