Sunday, January 26, 2014

WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SKTM 2014

SKTM Isnin 27.01.2014
Perhimpunan rasmi mingguan diisi dengan Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah Sesi 2014. Pada majlis tersebut, adik Muhammad Danial b. Abd.Jalil selaku Ketua Murid 2014 mengetuai lafaz ikrar pengawas 2014. Watikah perlantikan disampaikan oleh Ustaz Mohd Shah Ramli, Guru Besar SKTM.
( lihat foto )

Thursday, January 16, 2014

MAJLIS PERTUKARAN GURU DAN STAF 2014

SKTM Khamis 16 Januari 2014.
Majlis Pertukaran Warga SKTM berlangsung sederhana di dewan sekolah pada akhir sesi persekolahan Khamis 16 Januari 2014. Mulai tahun 2014, tiga orang guru iaitu Pn.Norizan Dalmizi, Pn.Syarifah Norhayati dan En.Noharuddin Ishak telah bertukar sekolah manakala Ketua Pembantu Tadbir SKTM Pn. Puspawani bertukar ke SK Methodist Ipoh. Seluruh warga SKTM mengucapkan selamat bertugas di tempat baharu.

MAULIDURRASULULLAH SAW 1435H

 
SKTM Khamis14 Rabiulawal 1435H.
Al-fadhil Ustaz Tn.Hj.Yazid Rumbali menyampaikan tazkirah berkaitan junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada tazkirah pagi bersempena sambutan Maulidurrasul SAW 1435H. Dalam tazkirahnya, beliau menekankan akhlak terpuji Rasulullah yang mesti dicontohi oleh setiap muslim bagi memperoleh kejayaan dunia akhirat. Sementara itu, murid tahun 6B2 menjadi kelas pertama menggunakan Makmal Mudah Alih Chromebook bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dibawah kelolaan Pn.Fatimah Masdar.

Wednesday, January 15, 2014

MAKLUMAT KOKURIKULUM 2014


MUAT TURUN FAIL BERKAITAN
HUBUNGI PK KOKURIKULUM SKTM BAGI SEBARANG PERTANYAAN

Tuesday, January 14, 2014

LOGIN GURU PORTAL ZOOM-A


login guru SK Teluk Medan bagi portal pembelajaran interaktif ZOOM-A.
kata laluan akan dihantar melalui Sistem Pesanan Ringkas anda.
http://www.zoom-a.com/

Sunday, January 12, 2014

PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE KARNIVAL TEKNOLOGI DAN KEUSAHAWANAN PARLIMEN BAGAN SERAI 2014



BAGAN SERAI Ahad 12 Januari 2014.
Peserta dari SK Teluk Medan adik Nur Hidayati Munirah tahun 5B1 telah mendapat tempat ke-2 pada Pertandingan Mewarna Online Karnival Teknologi dan Keusahawanan Parlimen Bagan Serai 2014. Karnival yang berlangsung selama dua hari tersebut memberi informasi kepada masyarakat khususnya di peringkat Parlimen Bagan Serai berkaitan perkembangan teknologi baharu dan peluang-peluang bidang keusahawanan. Hadiah disampaikan oleh YB Dr.Hj.Noor Azmi b. Hj.Ghazali, Ahli Parlimen Bagan Serai. Pada majlis perasmian karnival tersebut juga, beliau menyampaikan 10 akaun percuma EduCube portal pembelajaran interaktif melalui internet kepada sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Bagan Serai.

Monday, January 6, 2014

PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA 2014



SKTM Isnin 6 Januari 2014.
Perhimpunan rasmi pertama berlangsung mengikut jadual dan tamat pada jam 8.10 pagi. Pada perhimpunan tersebut, Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM menyampaikan beberapa amanat bagi menghadapi sesi persekolahan 2014 khususnya berkaitan dengan PdP dan displin murid. ( foto fb )

Friday, January 3, 2014

NAMA MURID 2014


LATIHAN KAWAD KEBAKARAN SIRI 1/2014

 
SKTM Jumaat 03 Januari 2014.
Latihan kawad kebakaran kecemasan dilaksanakan sebagai latihan kepada warga sekolah sekira berlaku sesuatu yang tidak diingini di sekolah khususnya kebakaran dan kecemasan. Latihan bermula pada jam 11.15 pagi apabila loceng kecemasan dibunyikan dan hasilnya semua warga SKTM mengambil masa 4 minit untuk berkumpul di dataran perhimpunan. Latihan diakhiri dengan taklimat dan teguran oleh Ustaz Omar Sabri sebagai refleksi latihan dan penambahbaikan.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2014

SKTM Khamis 02 Januari 2014.
Persekolahan hari pertama sesi 2014 berlangsung mengikut jadual kerana beberapa program berkaitan pendaftaran tahun 1 dan pembahagian buku teks telah dilaksanakan sebelum sesi persekolahan bermula. Namun pada awal pagi, ibu-bapa tahun 1 dilihat mengiringi anak-anak sehingga ke pintu kelas memandangkan mereka baharu menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Pada perhimpunan awal pagi, Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM turut menyampaikan taklimat ringkas khususnya berkaitan masa persekolahan yang berubah mulai sesi persekolahan tahun ini.