Monday, December 27, 2010
AHLAN WA SAHLAN

SKTM Isnin 27.12.2010
Sesi persekolahan 2011 menampilkan dua wajah baru dalam barisan pendidik SKTM iaitu Ustaz Omar b. Sadri dari SK Covent, Taiping dan Pn.Zaridah bt. Othman dari SK Seri Pinang, Semanggol selain daripada En.Mohd Yusof b Jamaludin sebagai PK HEM. Selamat datang dan selamat bertugas. Semoga penghijrahan lebih bermakna kepada dunia pendidikan.
Sesi persekolahan 2011 menampilkan dua wajah baru dalam barisan pendidik SKTM iaitu Ustaz Omar b. Sadri dari SK Covent, Taiping dan Pn.Zaridah bt. Othman dari SK Seri Pinang, Semanggol selain daripada En.Mohd Yusof b Jamaludin sebagai PK HEM. Selamat datang dan selamat bertugas. Semoga penghijrahan lebih bermakna kepada dunia pendidikan.
MESYUARAT KALI PERTAMA 2011

Mesyuarat Guru dan Kurikulum membuka tirai beberapa siri mesyuarat yang bakal diadakan lagi sebagai persediaan sesi persekolahan 2011. Kesemua warga pendidik hadir pada hari ini termasuk dua orang warga baru iaitu Ustaz Omar b. Sadri dan Pn.Zaridah bt. Othman. Semoga sesi persekolahan 2011 akan berlangsung seperti yang dirancangkan.
Wednesday, December 22, 2010
MISI VISI PILIHAN 2011

Guru-guru, kakitangan, murid-murid dan ibu-bapa dipelawa untuk membuat pilihan antara Misi dan Visi SKTM bagi tahun 2011 seperti yang dicadangkan di atas atau mencadangkan yang lain atau mengubahsuai. Cadangan boleh dilakukan pada ruangan 'comment' di bawah atau pada 'facebook' SK Teluk Medan. Kerjasama semua pihak amat diperlukan dan dihargai demi kegemilangan SKTM.
ORGANISASI 2011


Tuesday, December 21, 2010
HARI TERAKHIR DI SKTM
Detik mengakhiri perkhidmatan sebagai penjawat awam merupakan saat-saat yang ditunggu oleh sebahagian kakitangan awam. Namun tidak kurang kakitangan awam yang terharu untuk meninggalkan dunia pekerjaan. Bagi Hjh.Che Onah bt. Saad, 15 Disember 2010 pasti mencatat sejarah dalam kehidupan beliau. !5 Disember 2010 merupakan hari terakhir Hjh. Che Onah bergelar penjawat awam. Air wajah beliau pada hari terakhir di SKTM sangat ceria namun hati kecil siapa tahu. Meninggalkan dunia pendidikan berbeza dengan karier lain. Rata-rata guru yang telah meninggalkan dunia pendidikan berhasrat ingin kembali mendidik anak bangsa meskipun tanpa imbuhan...itulah hakikat seorang pendidik...Seluruh warga SKTM mengucapkan selamat bersara kepada Hjh. Che Onah bt Saad, PK Pentadbiran SKTM. Semoga dalam peliharaan ALLAH sentiasa...
Sunday, December 5, 2010
AKTIVITI DISEMBER 2010
Berikut adalah aktiviti bulan Disember 2010 :
21-23 Disember 2010.
Perjualan Buku Tulis
Tempat : Kedai PIBG Sekolah.
Perhatian : AJK Kedai Sekolah.
Catatan : Semua ibu-bapa murid boleh mula membeli buku tulis untuk keperluan anak-anak
pada tahun 2011.
27.12.2010 - Isnin.
Mesyuarat Guru Pertama 2011 / Mesyuarat Kurikulum Pertama 2011
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.
28.12.2010 - Selasa.
Mesyuarat HEM Pertama 2011 / Mesyuarat Kokurikulum Pertama 2011
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.
29.12.2010 - Rabu.
Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Pertama 2011.
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.
30.12.2010 - Khamis.
Pendaftaran Tahun 1 2011 / Pendaftaran Prasekolah 2011.
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.
21-23 Disember 2010.
Perjualan Buku Tulis
Tempat : Kedai PIBG Sekolah.
Perhatian : AJK Kedai Sekolah.
Catatan : Semua ibu-bapa murid boleh mula membeli buku tulis untuk keperluan anak-anak
pada tahun 2011.
27.12.2010 - Isnin.
Mesyuarat Guru Pertama 2011 / Mesyuarat Kurikulum Pertama 2011
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.
28.12.2010 - Selasa.
Mesyuarat HEM Pertama 2011 / Mesyuarat Kokurikulum Pertama 2011
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.
29.12.2010 - Rabu.
Mesyuarat Panitia Mata Pelajaran Pertama 2011.
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.
30.12.2010 - Khamis.
Pendaftaran Tahun 1 2011 / Pendaftaran Prasekolah 2011.
Catatan : Semua guru-guru diwajibkan hadir.
SELAMAT PENGANTIN BARU


Saturday, November 20, 2010
Friday, November 19, 2010
JAMUAN AKHIR TAHUN 2010
Jamuan Akhir Tahun 2010 Kelab Guru dan Kakitangan telah diadakan mulai jam 9.30 malam. Jamuan akhir tahun yang kebiasaannya diadakan hanya di sekolah tetapi pada tahun ini diadakan di Bukit Jana Golf Club. Jamuan tersebut juga bersempena persaraan Hjh.Che Onah Saad PK1 dan pertukaran Tn.Hj.Khairudin Nawawi ke daerah Kinta. Semoga majlis seumpama ini akan mengeratkan lagi silaturrahim di antara warga SKTM...gambar2.
Thursday, November 18, 2010
MAJLIS PERSARAAN PN.HJH.CHE ONAH SAAD
Majlis Persaraan Pn.Hjh. Che Onah bt Saad, PK1 SK Teluk Medan telah berlangsung seperti dirancangkan. Beliau tiba pada jam 8.30 pagi dengan ditemani oleh suaminya Tn.Hj.Puad dengan sebuah kereta Proton Persona yang dipandu oleh salah seorang warga SKTM. Beliau kemudiannya menuju ke dewan SKTM sambil diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Hanif. Sebelum Pn.Hjh Che Onah menyampaikan ucapannya, para hadirin dipertontonkan dengan persembahan multimedia yang menyingkap sejarah hidup beliau sebagai seorang pendidik. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tn.Hj.Saidin b. Hj.Mohd Noor, Penyelia Kokurikulum Daerah Kerian yang mewakili Tuan PPD Kerian. Beliau mengucapkan terima kasih bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia atas sumbangan dan khidmat bakti Pn.Hjh. Che Onah dalam bidang pendidikan dan seterusnya menyampaikan watikah persaraan. Seluruh warga SKTM mengucapkan selamat bersara kepada Pn.Hj.Che Onah bt. Saad.
Tuesday, November 16, 2010
KORBAN AQIQAH 2010
Majlis korban aqiqah berlangsung seperti yang dirancang. Hasil kerjasama penduduk tempatan, kedua-dua ekor lembu tersebut telah disembelih dan dilapah mulai jam 3.00 petang. Semoga korban dan aqiqah tersebut diterima oleh Allah. Seluruh warga SKTM mengucapkan terima kasih kepada warga Teluk Medan yang sama-sama menjayakan majlis korban dan aqiqah 2010.
Thursday, November 11, 2010
KEPUTUSAN UPSR 2010

Lulus ABC - 74 orang - 63.79 %
5A - 9 orang - 7.76 %
4A 1B - 11 orang - 18.97 %
4A 1C - 4 orang - 3.45 %
CALON 5A UPSR 2010 :
1. Abd.Rahman b. Khairul Anuar.
2. Aimi Afiqah bt Mohd Azhar
3. Amir Abid Firdaus b Mohd Roslee
4. Amila bt Mohd Daud
5. Fatin Zafirah Hanis bt Zainol Abidin
6. Mohamad Asraf b Fakhrul Anuar
7. Norhidayah bt Mazlan
8. Nur Amirah bt Abd Aziz
9. Nur Syafiq Hariz bin Khairunzian.
Tahniah kepada semua murid-murid dan guru-guru tahun 6/2010 serta seluruh warga SKTM.
ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010
Majlis Anugerah Kecemerlangan SKTM 2010 berlangsung seperti yang dirancangkan. Majlis yang bermula jam 3.00 petang itu disempurnakan oleh Tn.Hj.Darham b Bakri, YDP PIBG SK Teluk Medan. Hujan yang lebat turun mulai jam 2.00 petang tidak menghalang kehadiran ramai ibu-bapa ke majlis tersebut bagi memberikan sokongan moral terhadap pihak sekolah dan motivasi kepada anak-anak mereka yang mendapat kejayaan cemerlang sepanjang tahun 2010. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Yusof Shouib dan diikuti oleh ucapan alu-aluan oleh Encik Shoyef b Tukiman, Guru Besar SKTM. Antara anugerah yang diberi pada majlis tersebut adalah kedudukan dalam kelas, hadiah mata pelajaran terbaik, anugerah NILAM, anugerah JQAF dan beberapa anugerah khas. Pada majlis tersebut juga PIBG menyampaikan hadiah khas berupa wang tunai RM100 kepada 9 orang murid tahun 6 yang mendapat keputusan 5A yang diumumkan pada sebelah pagi. Nur Syafiq Hariz b Khairunzian telah dicanang sebagai Tokoh Murid SKTM 2010. Majlis Anugerah Kecemerlangan SKTM 2010 turut diserikan oleh persembahan mantap dikir barat daripada kumpulan murid-murid tahun 5 dan koir murid-murid tahun 6. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKTM dan ibu-bapa yang hadir...gambar-gambar.
Tuesday, November 9, 2010
Anugerah Guru Cemerlang Daerah Kerian 2010

Dua warga pendidik dari SKTM telah menerima Anugerah Guru Cemerlang Daerah Kerian 2010 yang berlangsung di dewan SMA Abu Bakar Al-baqir. Mereka ialah Tn.Hj.Ishak b. Napiah dan Encik Roslee b. Musa. Tn.Hj.Ishak ialah jurulatih MTQ bagi daerah Kerian dan negeri Perak. Manakala Encik Roslee Musa terlibat dalam pesta PSKPP yang diadakan baru-baru ini. Seluruh warga SKTM mengucapkan tahniah kepada kedua-dua guru tersebut.
Monday, November 8, 2010
MENJELANG HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010
MENJELANG HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN 2010

Persiapan Hari Anugerah 2010 giat dijalankan. Hari Anugerah Kecemerlangan yang merupakan acara kemuncak setiap tahun akan diadakan pada hari Khamis 11 November mulai jam 2.00 petang. Keputusan UPSR 2010 yang ditunggu-tunggu juga dijangka akan diumumkan pada hari yang sama. Calon UPSR yang mendapat keputusan 5A seperti biasa akan menerima hadiah RM100 dari PIBG SKTM. Semoga majlis nanti berjalan seperti yang dirancang.
KEM MEMBACA 1MALAYSIA : Malaysia Book Record.
SK Teluk Medan antara sekolah di seluruh negara yang dipilih untuk menyertai Kem Membaca 1Malaysia bagi mencatat rekod dalam Malaysia Book Record. Dalam program tersebut, murid-murid SKTM membaca sebarang bahan bacaan ilmiah selama 2010 saat bersama murid-murid dari sekolah-sekolah di seluruh negara serentak bermula jam 9.00 pagi. Program Membca 1Malaysia itu disempunakan oleh Encik Shoyef bin Tukiman, Guru Besar SKTM. Beliau menyampaikan ucapan dan seterusnya menandatangani plak Kem Membaca 1Malaysia sebagai catatan sejarah julung kalinya SKTM menyertai Malaysia Book Record. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKTM.
Wednesday, October 27, 2010
SEMOGA DICUCURI RAHMAT BERPANJANGAN

Allahyarham Noor Adly b. Abdullah seorang guru SKTM kembali ke rahmatullah. Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Taiping pada jam 7.10 malam setelah diserang angin akhmar pada kira-kira jam 9.00 pagi. Allahyarham berusia 51 tahun 8 bulan dan telah berkhidmat dalam bidang pendidikan lebih 25 tahun. Allahyarham merupakan seorang pendidik yang berdedikasi dan pakar dalam bidang seni lukis. Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan 4 orang anak ( 3 perempuan 1 lelaki ). Semoga roh Allahyarham dicucuruhi rahmat yang berpanjangan dan digolongkan dalam golongan solehin....amin.
Monday, October 25, 2010
Thursday, October 21, 2010
MAJLIS KHATAM AL-QURAN 2010
Majlis khatam al-Quran 2010 telah diadakan bagi memberi penghargaan kepada 145 murid SK Teluk Medan yang telah khatam al-Quran. Murid-murid tersebut diarak dengan paluan kompang menuju ke dewan sekolah. Majlis Khatam Al-quran 2010 dipimpin oleh Tn.Hj.Ishak b. Napiah. Majlis Khatam Al-quran 2010 disempurnakan oleh Encik Shoyef b. Tukiman, Guru Besar SKTM. Beliau berharap agar budaya membaca al-Quran dijadikan satu rutin harian di samping mendalami dan menghayati isi kandungan al-Quran dalam kehidupan. Para peserta majlis khatam al-Quran menerima sijil penyertaan dan cenderahati daripada pihak sekolah dan PIBG. Turut hadir pada majlis tersebut ialah AJK PIBG dan ibu-bapa murid. Tahniah diucapkan kepada semua warga SKTM...lihat gambar-gambar.
Sunday, October 17, 2010
BULAN BAHASA KEBANGSAAN

Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN). Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)
Tujuan Utama
Tujuan Utama
- Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
- Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
- Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
- Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.
Tuesday, October 12, 2010
Sistem Pengurusan Akademik ( SisPA )
SKTM 12 Oktober 2010.
Taklimat dan bengkel pengisian data Sistem Pengurusan Akademik ( SISPA ) mengisi program LADAP yang bermula mulai jam 2.00 petang. Sistem Pengurusan Akademik (SisPA), Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPNP) akan digunapakai oleh semua pendidik, Pegawai Akademik di JPNP dan Pegawai Akademik di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di seluruh negeri Perak. SisPA akan menguruskan pangkalan data secara on-line berkaitan pengurusan pentaksiran dan peperiksaan (empat ujian/peperiksaan utama) di sekolah dengan menggunakan strategi headcount sebagai pendekatan bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik murid-murid. . Taklimat disampaikan oleh Cik Roshidah Shahidan dan Puan Rosnazira Zainal Abidin dari Unit Peperiksaan dan Penilaian SKTM.
Taklimat dan bengkel pengisian data Sistem Pengurusan Akademik ( SISPA ) mengisi program LADAP yang bermula mulai jam 2.00 petang. Sistem Pengurusan Akademik (SisPA), Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPNP) akan digunapakai oleh semua pendidik, Pegawai Akademik di JPNP dan Pegawai Akademik di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di seluruh negeri Perak. SisPA akan menguruskan pangkalan data secara on-line berkaitan pengurusan pentaksiran dan peperiksaan (empat ujian/peperiksaan utama) di sekolah dengan menggunakan strategi headcount sebagai pendekatan bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik murid-murid. . Taklimat disampaikan oleh Cik Roshidah Shahidan dan Puan Rosnazira Zainal Abidin dari Unit Peperiksaan dan Penilaian SKTM.
Friday, October 8, 2010
KEM WAJA DIRI 2010
Kem Waja Diri 2010 merupakan acara kemuncak bagi aktiviti kokurikulum 2010. Program disertai oleh lebih 200 orang murid tahap 2 dari pelbagai unit beruniform yang terdapat di SK Teluk Medan. Program perkhemahan yang bermula jam 3.00 petang hari ini akan berakhir Sabtu 9 Oktober jam 2.00 petang. Antara pengisian program adalah pertandingan memasang khemah, pertandingan memasak sandwich, sukaneka, ceramah agama, malam kebudayaan, senamrobik dan pertandingan kawad kaki antara unit beruniform. PKem Waja Diri 2010 diharapkan akan menanamkan sifat jati diri, persefahaman serta permuafakatan di antara warga SKTM di samping menjadi motivasi kepada murid-murid untuk belajar bersungguh-sungguh. Syabas diucapkan kepada seluruh warga SKTM.
lihat gambar...
lihat gambar...
Wednesday, October 6, 2010
STANDARD GURU MALAYSIA
Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.
Sunday, October 3, 2010
UPKK 2010
UPKK 2010

Tuesday, September 28, 2010
JAMUAN AIDILFITRI 2010
JAMUAN AIDILFITRI 2010
Majlis Jamuan Aidilfitri disambut meriah oleh seluruh warga SKTM. Murid-murid membawa beraneka kuih-muih pada jamuan tersebut. Guru-guru dan kakitangan turut menyediakan pelbagai juadah pada majlis jamuan tersebut. Majlis Jamuan Aidilfitri turut dihadiri oleh AJK Persatuan Ibu-bapa Guru SKTM. Semoga majlis sebegini akan merapatkan lagi hubungan silatul rahim antara warga guru SKTM dengan masyarakat. Tahniah diucapkan...
( lagi gambar.... )
Monday, September 27, 2010
PELANCARAN BROSUR SKTM 2010


SKTM melancarkan Brosur SKTM 2010
muat turun 1
muat turun 2
Sunday, September 26, 2010
CERAMAH KESELAMATAN
Satu ceramah keselamatan telah diadakan sebagai pengisian perhimpunan mingguan. Ceramah yang bertajuk " Jenayah Seksual " disampaikan oleh Sarjan Abd.Samad bin Abdullah, Pegawai Perhubungan Sekolah dari Ibu Pejabat Polis Kerian. Di dalam ceramahnya, beliau memberikan beberapa contoh kejadian sebenar berlakunya jenayah seksual. Beliau juga turut memberikan beberapa langkah yang perlu diambil perhatian oleh murid-murid bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa jenayah tersebut. Warga SKTM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sarjan Abd.Samad bin Abdullah kerana ceramah yang disampaikan.
Saturday, September 25, 2010
Cameron Highland 2010
Seramai 44 orang warga SKTM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Cameron Highland. Mereka bertolak pada jam 5.00 pagi dan tiba di Cameron Highland pada tengah harinya. Jadual lawatan berjalan dengan lancar. Alhamdulillah mereka selamat sampai pada jam 10.00 malam. Tahniah diucapkan kepada para peserta rombongan...klik untuk gambar-gambar lagi.
Thursday, September 23, 2010
LAUNGAN MEDEKA
SKTM Khamis 23 September 2010.
Laungan " merdeka ! merdeka ! merdeka " kedengaran di SKTM meskipun 31 Ogos telah sebulan berlalu. Begitulah kegembiraan yang dizahirkan oleh murid-murid tahun 6 setelah menamatkan peperiksaan UPSR hari ini pada jam 1.00 tengah hari. Warga SKTM mengucapkan syabas kepada murid-murid tahun 6 kerana dapat menjalani peperiksaan UPSR 2010. Namun diingatkan bahawa perjuangan anda belum tamat...
Laungan " merdeka ! merdeka ! merdeka " kedengaran di SKTM meskipun 31 Ogos telah sebulan berlalu. Begitulah kegembiraan yang dizahirkan oleh murid-murid tahun 6 setelah menamatkan peperiksaan UPSR hari ini pada jam 1.00 tengah hari. Warga SKTM mengucapkan syabas kepada murid-murid tahun 6 kerana dapat menjalani peperiksaan UPSR 2010. Namun diingatkan bahawa perjuangan anda belum tamat...
Sunday, September 19, 2010
PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN KE-53

Perhimpunan mingguan diisi dengan majlis penutupan Bulan Kemerdekaan Ke-53 peringkat sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan perutusan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia sempena kemerdekaan ke-53 oleh Pn. Hidayat, PK Kokurikulum. Pada perhimpunan tersebut juga para pemenang pelbagai pertandingan sempena bulan kemerdekaan ke-53 seperti melukis poster, mewarna, deklamasi dan mencipta sajak kemerdekaan dan keceriaan kelas menerima hadiah daripada pihak sekolah. Kelas 2B1 dan 5B1 telah dicanang sebagai johan keceriaan kelas sempena sambutan kemerdekaan ke-53. Tahniah diucapkan.
Friday, September 17, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)