Saturday, April 30, 2011
Friday, April 29, 2011
PROGRAM ANGKAT 2011

Thursday, April 28, 2011
KEJOHANAN MEMANAH MSSPK 2011
Julung kalinya SKTM menyertai Kejohanan Memanah MSSPK. Peserta SKTM Mohd. Nur Andzar b. Mohd Jais beradu kemahiran pada kejohanan tersebut yang berlangsung di SK Bukit Merah selama 3 hari. Nur Andzar mendapat tempat ke 24 daripada 28 peserta bagi acara Jarak 30m. Tahniah diucapkan kepada Mohd Nur Andzar dan jurulatih Ustaz Omar Sabri.
( lihat foto )
Thursday, April 21, 2011
Sunday, April 17, 2011
Tuai Padi Antara Masak.

Meskipun hanya beberapa bulan di SKTM, kehadiran Pn.Zaridah bt Othman amat bermakna bagi warga SKTM. Beliau telah menunjukkan komitmen yang baik bagi kelangsungan kegemilangan SK Teluk Medan. Pn.Zaridah bt. Othman telah ditukarkan ke SK Changkat Lobak bagi menyandang jawatan Penolong Kanan Kokurikulum di sekolah tersebut. Pada akhir ucapannya beliau mengalunkan serangkap lagu " Tuai padi antara masak.Esok jangan layu-layuan.Intai cikgu anata namapak.Esok jangan rindu-rinduan. Seluruh warga SKTM mengucapkan tahniah atas kenaikan pangkat dan selamat bertukar kepada Pn.Zaridah bt Othman.
Pada perhimpunan mingguan tersebut juga dilancarkan Minggu Bahasa Melayu 2011. Pn.Norizan Dtalmizi selaku guru bertugas mingguan memaklumkan program minggu bahasa yang akan dijalankan sepanjang minggu ini. Bertemakan " Membaca Tunjang Kegemilangan Bahasa ", beliau berharap agar program Minggu Bahasa Melayu akan dapat dihayati oleh seluruh warga SKTM.
Thursday, April 14, 2011
Minggu Ke-14 Sesi 2011
1. Penyampaian hadiah kepada wakil kelompok 2 ke kejohanan sepak takraw daerah Kerian.
2. Penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan mewarna poster kokurikulum.
3. Ujian Selaras 2/2011 daerah Kerian.
4. Pengisian data Ujian Penapisan LINUS 2011.
5. Latihan MTQ daerah Kerian di PKG Teluk Medan.
6. Bengkel UPSR 2011 ( Sains ) disampaikan oleh Pn.Zaridah.
7. Majlis bacaan Yasin UPSR 2011.
Saturday, April 9, 2011
Gigi Sihat Senyuman Menawan

Bertemakan ' Gigi Sihat Senyuman Menawan ', pihak Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengadakan perkhidmatan klinik gigi bergerak di sekolah-sekolah di seluruh negara. Pada program tersebut, murid-murid turut diajar teknik memberus gigi dengan betul. Terima kasih kepada KKM dan kakitangannya.
Thursday, April 7, 2011
BACAAN YASIN UPSR 2011



Majlis bacaan Yasin khas untuk calon-calon UPSR merupakan aktiviti tahunan SKTM. Semua murid-murid tahun 6 bersama guru-guru tertentu akan mengisi waktu bacaan pagi dengan membaca Yasin mulai jam 7.30 pagi setiap pagi Jumaat. Program tersebut bermula hari ini dan akan diteruskan sehingga tamat sesi persekolahan 2011. Semoga program yang diadakan akan mendekatkan diri dan hati warga SKTM dengan Allah SWT disamping memohon keredhaan-Nya agar dimudahkan menjalani UPSR 2011 serta memperolehi kejayaan yang cemerlang. Amin...
Wednesday, April 6, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)