Hari lahir 3 warga pendidikan diraikan pada penutup Mesyuarat Guru Kali ke-4 sesi 2011. Mesyuarat Guru Kali ke-4 membincangkan beberapa agenda yang bakal dilaksanakan sebelum tamat persekolahan sesi 2011. Antaranya ialah Hari Anugerah Kecemerlangan, Majlis Qurban dan Aqiqah, Rekod Prestasi Murid dan perancangan Panitia Mata Pelajaran 2012. Seluruh warga SKTM mengucapkan selamat hari lahir kepada Cikgu Amnah, Cikgu Rosli Musa dan Ustazah Cik Syazana. Semoga dalam peliharaan Allah berpanjangan.
Monday, October 31, 2011
HADIAH HARI LAHIR
Hari lahir 3 warga pendidikan diraikan pada penutup Mesyuarat Guru Kali ke-4 sesi 2011. Mesyuarat Guru Kali ke-4 membincangkan beberapa agenda yang bakal dilaksanakan sebelum tamat persekolahan sesi 2011. Antaranya ialah Hari Anugerah Kecemerlangan, Majlis Qurban dan Aqiqah, Rekod Prestasi Murid dan perancangan Panitia Mata Pelajaran 2012. Seluruh warga SKTM mengucapkan selamat hari lahir kepada Cikgu Amnah, Cikgu Rosli Musa dan Ustazah Cik Syazana. Semoga dalam peliharaan Allah berpanjangan.
Sunday, October 30, 2011
KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2011
Majlis perhimpunan mingguan diisi dengan penyampaian hadiah bagi pertandingan sempena Minggu Sivik Kewarganegaraan dan pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2011. Pelancaran Kem Membaca 1Malaysia 2011 dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan. Antara pengisian kem tersebut ialah 10 Minit Bersama Buku, kuiz, Membaca Bersama, Teka Silangkata. Kem Membaca dan Tulisan Cantik. Kem Membaca 1Malaysia 2011 dikelola oleh Pusat Sumber Sekolah SKTM. Sementara itu, program " Sayang Adikku " terus berjalan. Di bawah program " Sayang Adikku " , murid-murid tahun 6 membantu guru pemulihan SKTM membimbing murid-murid tahun 1 hingga 3 yang masih kurang mahir membaca. Program dikendalikan oleh Pn.Ummi Kalsom, guru pemulihan SKTM.
Thursday, October 27, 2011
Tuesday, October 25, 2011
MINGGU SIVIK DAN KEWARGANEGARAAN
Kuiz bertulis dan pertandingan melukis poster mengisi aktiviti Minggu Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan 2011. Pertandingan ini hanya melibatkan murid tahap 2. Sementara itu guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang mengikuti kursus Pemantapan Program MBMMBI minggu lalu mula berjinak-jinak dengan program Netsupport School V10 ( trial version ) yang bakal dibekalkan kepada sekolah untuk penggunaan 2011. Eksplorasi perisian tersebut dibimbing oleh En.Mohd Mokhrish ( Juruteknik PKG TM ) dan Guru Penyelaras Bestari SK Teluk Medan.
Sunday, October 23, 2011
Saturday, October 22, 2011
GRADUASI DAN KHATAM AL-QURAN 2011

Hampir 1000 orang murid sekolah rendah daerah Kerian diraikan dalam Majlis Graduasi dan Khatam Al-quran Daerah Kerian 2011. Majlis diadakan di Dewan Serbaguna Taman Serai Permai, Bagan Serai. Acara tadarus al-Quran membuka tirai Majlis Graduasi dan Khatam Al-quran Daerah Kerian 2011 dengan diikuti oleh ceramah motivasi bertajuk "Kelebihan Al-quran" yang disampaikan oleh Tn.Hj.Shamsol Ariffin b. Suffian, guru pendidikan Islam SMK Abu Bakar Al-Baqhir. Seramai 39 orang murid tahun 6 SK Teluk Medan turut mengambil bahagian pada majlis tersebut. Majlis Graduasi dan Khatam Al-quran Daerah Kerian 2011 disempurnakan penutupan rasminya oleh YB Kept. (B) Dato' Hj. Najamuddin b. Elyas, ADUN Batu Kurau merangkap Penasihat Agama YB Menteri Besar Perak. Majlis Graduasi dan Khatam Al-quran Daerah Kerian 2011 yang bermula 8.00 pagi itu berakhir pada jam 5.00 petang.
(foto PPD Kerian)
(foto Ust.Omar)
Wednesday, October 19, 2011
SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH
Kini ibu-bapa boleh mengakses pencapaian dan keputusan peperiksaan anak-anak di rumah. Pihak Kementerian Pelajaran Malaysia telah membuka halaman Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah ( SAPS ) kepada ibu-bapa dan penjaga bagi membolehkan mereka mendapat keputusan peperiksaan anak-anak lebih awal berbanding sebelumnya. Sebelum ini sistem ini hanya boleh diakses oleh guru sahaja dan memerlukan masa untuk mencetak dan pengesahan daripada pihak sekolah sebelum diserahkan kepada ibu-bapa murid. (PORTAL SAPS)
Monday, October 17, 2011
DARI PORTAL PKG TELUK MEDAN
Sunday, October 16, 2011
PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2011

Peperiksaan Akhir Tahun 2011 SK Teluk Medan bermula hari ini. Namun begitu peperiksaan hari ini hanya melibatkan kelas-kelas yang berada di tahap 2 sahaja. Kelas-kelas yang berada di tahap 1 akan memulakan peperiksaan mulai esok dan akan tamat pada hari Jumaat 21 Oktober 2011. Selamat maju jaya.
Thursday, October 13, 2011
LIGA BOLA JARING 2011

Liga Futsal dan Bola Jaring 2011 diteruskan sebagai mengisi waktu PJK tahun 6. Liga bagi kedua-dua permainan tersebut yang bermula minggu lalu akan berlangsung selama 4 minggu. Liga Futsal dikendalikan oleh Cikgu Noharuddin, Cikgu Syamsul, Cikgu Jalil dan Cikgu Che Aris. Manakal Liga Bola Jaring dikendalikan oleh Pn.Hazira dan Pn. Azian Shamsudin.
Wednesday, October 12, 2011
Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) Derah Kerian 2011
Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) 2011 Peringkat Daerah Kerian bermula hari ini dan dijadualkan tamat esok hari 13 Oktober 2011. Seramai 99 orang murid dari sekolah rendah seluruh daerah Kerian terlibat dalam KLaQ tersebut yang bertujuan untuk meningkatkan kemahiran membaca al-Quran dalam kalangan peserta terbabit
Sumber : http://jqaf-sktm.blogspot.com
Tuesday, October 11, 2011
KONVOKESYEN PRASEKOLAH DAERAH KERIAN 2011

Seramai 15 orang graduan Prasekolah SK Teluk Medan diraikan dalam Majlis Konvokesyen Prasekolah Daerah Kerian 2011 yang diadakan pagi tadi. Majlis Konvokesyen Prasekolah Daerah Kerian 2011 disempurnakan perasmiannya oleh Dato' Sham b. Mat Sahat, ADUN Alor Pongsu. Turut hadir pada Majlis Konvokesyen Prasekolah Daerah Kerian 2011 tersebut ialah Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, pegawai-pegawai PPD Kerian, guru-guru besar daerah Kerian dan guru-guru Prasekolah daerah Kerian. Pada majlis itu, guru-guru besar turut memakai jubah khas konvokesyen. SK Teluk Medan diwakili oleh En.Mohd. Yusof b. Jamaludin, PK Hal Ehwal Murid. Tahniah diucapkan kepada graduan dan seluruh warga Prasekolah SK Teluk Medan. ( Juru foto : Cik Syazana )
Monday, October 10, 2011
KEM LITERASI AL-QURAN 2011

Kem Literasi Al-Quran (KLaQ) bagi tahun 6 dijalankan mulai hari ini 11 hingga 12 Oktober 2011. Seramai 15 orang murid telah dipilih untuk menyertai Kem KLaQ 2011. 5 orangdaripada peserta kem ini akan dipilih untuk menyertai KLaQ peringkat daerah Kerian yang akan di adakan pada 12 dan 13 Oktober 2011 di Dewan Malinja PPD Kerian bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Sementara itu raptai penuh Majlis Konvokesyen Prasekolah Daerah Kerian berlangsung semalam di Dewan Institiut Latihan Perindustrian, Nibong Tebal. Majlis Konvokesyen Prasekolah Daerah Kerian akan berlangsung esok mulai jam 8.30 pagi.
Sunday, October 9, 2011
PENUTUPAN BULAN KEMERDEKAAN 54 DAN MINGGU ICT 2011

SKTM Isnin 10 Oktober 2011.
Friday, October 7, 2011
DURIAN RUNTUH

Bagi membolehkan setiap anak-anak Malaysia tanpa mengira latar sosioekonomi berpeluang kepada masa depan yang lebih baik maka kerajaan akan mempastikan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan. Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful.
Ingin dimaklumkan bahawa, mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan. Dengan ini, sukacita diumumkan bahawa, buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma. Pemansuhan semua bayaran ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM150 juta.
Kedua: Menambah baik struktur gaji penjawat awam melalui pembentukan gaji sebaris dengan mewujudkan lebih banyak mata gaji supaya penjawat awam terus mendapat kenaikan tahunan bagi tempoh yang lebih lama. Dengan itu, gaji maksimum bagi sesuatu gred adalah lebih tinggi daripada sekarang. Contohnya, jika di bawah SSM, bagi seorang guru pada gred DG48, gaji maksimum adalah RM6,325.39 kelak, di bawah SBPA, gaji maksimum beliau akan meningkat 37.7 peratus kepada RM8,710. Bagi guru bukan siswazah pula, jika di bawah SSM kini, yang berada pada gred DG34, gaji maksimum adalah RM3,860.52, kelak nanti, di bawah SBPA ia akan meningkat 39 peratus kepada RM5,370;
Ketiga: Pada perutusan khas Hari Guru yang lalu, saya telah mengumumkan laluan kerjaya perkhidmatan perguruan siswazah yang lebih baik. Tidak perlu lagi seperti dulu, seorang guru terpaksa menunggu sehingga 20 tahun untuk naik pangkat, sebaliknya sekarang, dalam skim baru mengikut time-based, seorang guru akan mendapat gred 44 pada tahun ke-8 dan gred 48 pada tahun ke-16.
Bagi guru bukan siswazah, dari gred 29 kepada 32, jika mengikut sistem time-based sekarang, ia memakan masa 10 tahun, namun, di bawah SBPA hanya mengambil tempoh lapan tahun sahaja. Seterusnya pula, bagi kenaikan gred 32 ke 34, jika sekarang ini bergantung pada kekosongan, tetapi di bawah SBPA kelak, kaedah time-based lapan tahun turut diterima pakai; dan
Keempat: Kenaikan Gaji Tahunan tidak pernah disemak sejak 1991. Mulai tahun 2012, Kenaikan Gaji Tahunan penjawat awam akan ditingkatkan antara RM80 hingga RM320 mengikut gred. Di samping itu, bagi penjawat awam yang menerima opsyen ke SBPA, akan mendapat faedah kenaikan gaji, di antara 7 hingga 13 peratus...
Berdasarkan sokongan dan komitmen penjawat awam yang tidak terhargakan dalam mencapai matlamat pembangunan negara, sukacita saya mengumumkan tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 dan bayaran bantuan RM500 kepada pesara Kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Ini akan menjadikan jumlah bonus bagi tahun 2011 bersamaan sebulan gaji dengan bayaran minimum seribu ringgit bagi penjawat awam dan bantuan seribu ringgit bagi pesara kerajaan. Bayaran ini akan memanfaatkan 1.3 juta penjawat awam serta 618,000 pesara kerajaan. Bayaran bonus dan bantuan dua kali pada tahun ini akan menelan belanja sebanyak RM4 bilion. ( teks penuh )
Thursday, October 6, 2011
FUTSAL

Kem Asas Futsal dan Pementapan Bola Jaring mengisi waktu Pendidikan Jasmani kelas tahun 6. Melalui kem ini, murid tahun 6 didedahkan tentang teknik dan peraturan permainan futsal yang julung-julung kalinya diperkenalkan di SK Teluk Medan. Kem Asas Futsal dan Pementapan Bola Jaring dikendalikan oleh Cikgu Noharuddin, Cikgu Che Aris, Cikgu Syamsol Amin dan Cikgu Hazira bt. Sam.
Tuesday, October 4, 2011
JATI DIRI MEMBINA PELAJAR CEMERLANG

1. Pengurusan diri.
2. Harapan ibu-bapa dan keluarga.
3. Teknik membina keyakinan diri.
4. Tugas seorang murid dan ;
5. Beberapa tips untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Turut hadir mendengar ceramah tersebut ialah guru-guru tahun 4 dan 5 SK Teluk Medan. Ceramah motivasi ' Jati Diri Membina Pelajar Cemerlang ' dianjurkan oleh Unit Kurikulum dan Unit Bimbingan SK Teluk Medan.
" Orang cemerlang menunjukkan hasil, orang gagal memberikan alasan "
JATI DIRI MEMBINA PELAJAR CEMERLANG

Ceramah motivasi berjudul ' Jati Diri Membina Pelajar Cemerlang ' khusus untuk murid-murid tahun 4 dan 5 diadakan di surau sekolah mulai jam 11.00 pagi. Ceramah motivasi disampaikan sendiri oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan. Antara intipati ceramah tersebut ialah :
1. Pengurusan diri.
2. Harapan ibu-bapa dan keluarga.
3. Teknik membina keyakinan diri.
4. Tugas seorang murid dan ;
5. Beberapa tips untuk menjadi pelajar yang cemerlang.
Turut hadir mendengar ceramah tersebut ialah guru-guru tahun 4 dan 5 SK Teluk Medan. Ceramah motivasi ' Jati Diri Membina Pelajar Cemerlang ' dianjurkan oleh Unit Kurikulum dan Unit Bimbingan SK Teluk Medan.
" Orang cemerlang menunjukkan hasil, orang gagal memberikan alasan "
TABUNG MANGSA KEBAKARAN
Program Minggu ICT 2011, Klinik Solat dan Program Bimbingan MBMMBI berlangsung seperti yang dirancang. Pertandingan Jejak Maklumat Melalui Internet mengisi Program Minggu ICT 2011 manakala Program Klinik Solat memberikan tumpuan kepada murid-murid tahun 6 sebagai persediaan menghadapi alam remaja. Dalam pada itu, keluarga adik Nurull Ashikin bt. Puzi, murid tahun 5B2 SK Teluk Medan diselubung kepiluan apabila kediaman mereka hangus dijilat api kira-kira jam 12.00 tengahari semalam. Sehubungan dengan itu pihak sekolah telah melancarkan derma kilat bagi membantu keluarga adik Nurull Ashikin. Kepada pihak yang ingin menghulurkan sumbangan bolehlah menghubungi nombor telefon yang tertera pada gambar di atas. Seluruh warga SK Teluk Mengucapkan takziah kepada keluarga adik Nurull Ashikin. Semoga tabah menghadapi ujian Allah.
Monday, October 3, 2011
UPKK 2011

Sunday, October 2, 2011
MINGGU 36 / 2011

Hujan yang turun awal pagi tidak menghalang perjalanan perhimpunan mingguan minggu ke-36. En.Syamsul Amin dan Pn.Norizan Dtalmizi menyampaikan ucapan dan informasi berkaitan aktiviti yang akan berlangsung sepanjang minggu 36 / 2011. Beberapa program yang turut berlangsung pada hari ini ialah Program Pasca UPSR iaitu Ceramah Cabaran Alam Remaja, Amali Fardhu Ain dan Pertandingan Pantas Menaip MS Word Minggu ICT 2011. Ceramah Cabaran Alam Remaja disampaikan oleh Ustaz Mohamad Hanif Shabuddin manakala Pertandingan Pantas Menaip MS Word dikendalikan oleh Pn.Norihan Yusof.
Saturday, October 1, 2011
KEM JATI DIRI 2011

Majlis penutup rasmi dan penyampaian hadiah Kem Jati Diri 2011 disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan pada jam 5.00 petang. Meskipun berlansung selama 1 hari tanpa menginap, Kem Jati Diri 2011 mampu mencapai objektifnya untuk membina jati diri warga SKTM khususnya murid-murid tahap 2 yang menyertai kem tersebut. Antara pengisian kem tersebut ialah acara senamrobik, sukaneka, membina perhiasan daripada bahan terbuang, LDK, pertandingan memasak dan tazkirah Zohor. Tazkirah Zohor disampaikan sendiri oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli. Kem Jati Diri 2011 yang bermula pada jam 7.00 pagi berakhir pada jam 5.30 petang. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga pendidik dan peserta Kem Jati Diri 2011. ( lihat foto ) (foto dari fb Ust.Omar )