Tuesday, January 28, 2014
Sunday, January 26, 2014
WATIKAH PERLANTIKAN PENGAWAS SKTM 2014
Perhimpunan rasmi mingguan diisi dengan Majlis Perlantikan Pengawas Sekolah Sesi 2014. Pada majlis tersebut, adik Muhammad Danial b. Abd.Jalil selaku Ketua Murid 2014 mengetuai lafaz ikrar pengawas 2014. Watikah perlantikan disampaikan oleh Ustaz Mohd Shah Ramli, Guru Besar SKTM.
( lihat foto )
Thursday, January 16, 2014
MAJLIS PERTUKARAN GURU DAN STAF 2014
SKTM Khamis 16 Januari 2014.
Majlis Pertukaran Warga SKTM berlangsung sederhana di dewan sekolah pada
akhir sesi persekolahan Khamis 16 Januari 2014. Mulai tahun 2014, tiga
orang guru iaitu Pn.Norizan Dalmizi, Pn.Syarifah Norhayati dan
En.Noharuddin Ishak telah bertukar sekolah manakala Ketua Pembantu
Tadbir SKTM Pn. Puspawani bertukar ke SK Methodist Ipoh. Seluruh warga
SKTM mengucapkan selamat bertugas di tempat baharu.
MAULIDURRASULULLAH SAW 1435H
Al-fadhil Ustaz Tn.Hj.Yazid Rumbali menyampaikan tazkirah berkaitan
junjungan besar Nabi Muhammad SAW pada tazkirah pagi bersempena sambutan
Maulidurrasul SAW 1435H. Dalam tazkirahnya, beliau menekankan akhlak
terpuji Rasulullah yang mesti dicontohi oleh setiap muslim bagi
memperoleh kejayaan dunia akhirat. Sementara itu, murid tahun 6B2
menjadi kelas pertama menggunakan Makmal Mudah Alih Chromebook bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu dibawah kelolaan Pn.Fatimah Masdar.
Wednesday, January 15, 2014
MAKLUMAT KOKURIKULUM 2014
MUAT TURUN FAIL BERKAITAN
HUBUNGI PK KOKURIKULUM SKTM BAGI SEBARANG PERTANYAAN
Tuesday, January 14, 2014
LOGIN GURU PORTAL ZOOM-A
login guru SK Teluk Medan bagi portal pembelajaran interaktif ZOOM-A.
kata laluan akan dihantar melalui Sistem Pesanan Ringkas anda.
http://www.zoom-a.com/
kata laluan akan dihantar melalui Sistem Pesanan Ringkas anda.
http://www.zoom-a.com/
Sunday, January 12, 2014
PERTANDINGAN MEWARNA ONLINE KARNIVAL TEKNOLOGI DAN KEUSAHAWANAN PARLIMEN BAGAN SERAI 2014
BAGAN SERAI Ahad 12 Januari 2014.
Peserta dari SK Teluk Medan adik Nur Hidayati Munirah tahun 5B1 telah
mendapat tempat ke-2 pada Pertandingan Mewarna Online Karnival Teknologi
dan Keusahawanan Parlimen Bagan Serai 2014. Karnival yang berlangsung
selama dua hari tersebut memberi informasi kepada masyarakat khususnya
di peringkat Parlimen Bagan Serai berkaitan perkembangan teknologi
baharu dan peluang-peluang bidang keusahawanan. Hadiah disampaikan oleh
YB Dr.Hj.Noor Azmi b. Hj.Ghazali, Ahli Parlimen Bagan Serai. Pada majlis
perasmian karnival tersebut juga, beliau menyampaikan 10 akaun percuma
EduCube portal pembelajaran interaktif melalui internet kepada
sekolah-sekolah di kawasan Parlimen Bagan Serai.
Monday, January 6, 2014
PERHIMPUNAN RASMI PERTAMA 2014
SKTM Isnin 6 Januari 2014.
Perhimpunan rasmi pertama berlangsung mengikut jadual dan tamat pada jam 8.10 pagi. Pada perhimpunan tersebut, Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM menyampaikan beberapa amanat bagi menghadapi sesi persekolahan 2014 khususnya berkaitan dengan PdP dan displin murid. ( foto fb )
Friday, January 3, 2014
LATIHAN KAWAD KEBAKARAN SIRI 1/2014


SKTM Jumaat 03 Januari 2014.
Latihan kawad kebakaran kecemasan dilaksanakan sebagai latihan kepada
warga sekolah sekira berlaku sesuatu yang tidak diingini di sekolah
khususnya kebakaran dan kecemasan. Latihan bermula pada jam 11.15 pagi
apabila loceng kecemasan dibunyikan dan hasilnya semua warga SKTM
mengambil masa 4 minit untuk berkumpul di dataran perhimpunan. Latihan
diakhiri dengan taklimat dan teguran oleh Ustaz Omar Sabri sebagai
refleksi latihan dan penambahbaikan.
HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN SESI 2014


SKTM Khamis 02 Januari 2014.
Persekolahan hari pertama sesi 2014 berlangsung mengikut jadual kerana
beberapa program berkaitan pendaftaran tahun 1 dan pembahagian buku teks
telah dilaksanakan sebelum sesi persekolahan bermula. Namun pada awal
pagi, ibu-bapa tahun 1 dilihat mengiringi anak-anak sehingga ke pintu
kelas memandangkan mereka baharu menjejakkan kaki ke alam persekolahan.
Pada perhimpunan awal pagi, Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM
turut menyampaikan taklimat ringkas khususnya berkaitan masa
persekolahan yang berubah mulai sesi persekolahan tahun ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)