Sunday, October 17, 2010

BULAN BAHASA KEBANGSAAN


Bermula dengan panggilan Minggu Bahasa Kebangsaan dana Bulan Bahasa Kebangsaan sepanjang dekad 60-an. Kempen ini telah melalui perubahan pelbagai nama seperti Gerakan Cintailah Bahasa Kita (GCBK) (1987-1996),Gerakan Bahasa Kebangsaan Sektor Swasta (GBKSS) (1996-2005) dan Minggu Sastera (1987-1998).Akhirnya pada tahun 1999, gerakan ini dinamakan Bulan Bahasa dan Sastera Negara (BBSN). Program BBSN yang pertama telah dilancarkan pada tahun 1999 oleh YAB Dato' Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi, Timbalan Perdana Menteri Malaysia ketika itu. Pada tahun 2009, bersesuaian dengan matlamat pelaksanaannya, BBSN telah dikenali dengan nama Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK)

Tujuan Utama
  • Bulan Bahasa Kebangsaan (BBK) bertujuan untuk memantapkan, memperkukuh dan mempamerkan jati diri dan citra bangsa Malaysia.
  • Menguatkan rasa megah terhadap bahasa kebangsaan.
  • Mengeratkan dan memperkukuh perpaduan bangsa melalui bahasa kebangsaan.
  • Menyemarakkan peranan bahasa kebangsaan sebagai tonggak pembinaan negara bangsa.

Tuesday, October 12, 2010

Sistem Pengurusan Akademik ( SisPA )

SKTM 12 Oktober 2010.
Taklimat dan bengkel pengisian data Sistem Pengurusan Akademik ( SISPA ) mengisi program LADAP yang bermula mulai jam 2.00 petang. Sistem Pengurusan Akademik (SisPA), Sektor Pengurusan Akademik (SPA), Jabatan Pelajaran Negeri Perak (JPNP) akan digunapakai oleh semua pendidik, Pegawai Akademik di JPNP dan Pegawai Akademik di Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di seluruh negeri Perak. SisPA akan menguruskan pangkalan data secara on-line berkaitan pengurusan pentaksiran dan peperiksaan (empat ujian/peperiksaan utama) di sekolah dengan menggunakan strategi headcount sebagai pendekatan bagi tujuan meningkatkan pencapaian akademik murid-murid. . Taklimat disampaikan oleh Cik Roshidah Shahidan dan Puan Rosnazira Zainal Abidin dari Unit Peperiksaan dan Penilaian SKTM.

Friday, October 8, 2010

KEM WAJA DIRI 2010


SKTM Jumaat 8 Oktober 2010.
Kem Waja Diri 2010 merupakan acara kemuncak bagi aktiviti kokurikulum 2010. Program disertai oleh lebih 200 orang murid tahap 2 dari pelbagai unit beruniform yang terdapat di SK Teluk Medan. Program perkhemahan yang bermula jam 3.00 petang hari ini akan berakhir Sabtu 9 Oktober jam 2.00 petang. Antara pengisian program adalah pertandingan memasang khemah, pertandingan memasak sandwich, sukaneka, ceramah agama, malam kebudayaan, senamrobik dan pertandingan kawad kaki antara unit beruniform. PKem Waja Diri 2010 diharapkan akan menanamkan sifat jati diri, persefahaman serta permuafakatan di antara warga SKTM di samping menjadi motivasi kepada murid-murid untuk belajar bersungguh-sungguh. Syabas diucapkan kepada seluruh warga SKTM.
lihat gambar...

Wednesday, October 6, 2010

STANDARD GURU MALAYSIA

Standard Guru Malaysia (SGM) menggariskan kompetensi profesional yang patut dicapai oleh guru, dan keperluan yang patut disediakan oleh agensi dan institusi latihan perguruan bagi membantu guru mencapai tahap kompetensi yang ditetapkan. Dokumen ini disediakan sebagai panduan dan rujukan kepada guru, pendidik guru, agensi dan institusi latihan perguruan dalam usaha untuk melahirkan dan melestarikan guru berkualiti. Dokumen ini akan disemak semula secara berkala bagi tujuan penambahbaikan berterusan.

Sunday, October 3, 2010

UPKK 2010

UPKK 2010

Mulai Isnin 4 hingga 6 September 2010, lebih 80 orang murid tahun 5 SKTM akan menjalani Ujian Penilaian Kelas KAFA ( UPKK ). UPKK adalah kemuncak kepada kelas KAFA di bawah kelolaan Jabatan Agama Islam Negeri. Seluruh warga SKTM mendoakan semoga calon-calon UPKK dimudahkan untuk menjawab soalan peperiksaan dan memperoleh keputusan yang cemerlang.