Sunday, December 5, 2010

SELAMAT PENGANTIN BARU


Seluruh warga SKTM mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Cikgu Nur Sabra Syatila bt. Yusuff yang melangsungkan perkahwinannya pada hari ini di Kepala Batas, Kedah. Kami juga mendoakan agar Puan Sabra Syatila kekal bahagia dalam peliharaan Allah bersama suami tercinta sehingga ke akhir hayat...amin.

Friday, November 19, 2010

JAMUAN AKHIR TAHUN 2010



Taiping, Jumaat 19 November 2010.
Jamuan Akhir Tahun 2010 Kelab Guru dan Kakitangan telah diadakan mulai jam 9.30 malam. Jamuan akhir tahun yang kebiasaannya diadakan hanya di sekolah tetapi pada tahun ini diadakan di Bukit Jana Golf Club. Jamuan tersebut juga bersempena persaraan Hjh.Che Onah Saad PK1 dan pertukaran Tn.Hj.Khairudin Nawawi ke daerah Kinta. Semoga majlis seumpama ini akan mengeratkan lagi silaturrahim di antara warga SKTM...gambar2.

Thursday, November 18, 2010

MAJLIS PERSARAAN PN.HJH.CHE ONAH SAAD



SKTM Jumaat 19.11.201.
Majlis Persaraan Pn.Hjh. Che Onah bt Saad, PK1 SK Teluk Medan telah berlangsung seperti dirancangkan. Beliau tiba pada jam 8.30 pagi dengan ditemani oleh suaminya Tn.Hj.Puad dengan sebuah kereta Proton Persona yang dipandu oleh salah seorang warga SKTM. Beliau kemudiannya menuju ke dewan SKTM sambil diarak dengan bunga manggar dan paluan kompang oleh pasukan kompang sekolah. Majlis tersebut dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Ustaz Hanif. Sebelum Pn.Hjh Che Onah menyampaikan ucapannya, para hadirin dipertontonkan dengan persembahan multimedia yang menyingkap sejarah hidup beliau sebagai seorang pendidik. Majlis diteruskan dengan ucapan daripada Tn.Hj.Saidin b. Hj.Mohd Noor, Penyelia Kokurikulum Daerah Kerian yang mewakili Tuan PPD Kerian. Beliau mengucapkan terima kasih bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia atas sumbangan dan khidmat bakti Pn.Hjh. Che Onah dalam bidang pendidikan dan seterusnya menyampaikan watikah persaraan. Seluruh warga SKTM mengucapkan selamat bersara kepada Pn.Hj.Che Onah bt. Saad.

Tuesday, November 16, 2010

KORBAN AQIQAH 2010



SKTM : Rabu 17.11.2010
Majlis korban aqiqah berlangsung seperti yang dirancang. Hasil kerjasama penduduk tempatan, kedua-dua ekor lembu tersebut telah disembelih dan dilapah mulai jam 3.00 petang. Semoga korban dan aqiqah tersebut diterima oleh Allah. Seluruh warga SKTM mengucapkan terima kasih kepada warga Teluk Medan yang sama-sama menjayakan majlis korban dan aqiqah 2010.