Wednesday, February 9, 2011

MBMMBI

SKTM Rabu 9 Februari 2011.
Perlaksanaan program Memartabat Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) mula berjalan seperti yang dirancang oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia. Hari ini seorang guru dari negara Ireland iaitu Cik Margaret telah hadir ke SK Teluk Medan bagi memberi bimbingan kepada guru-guru bahasa Inggeris di sini. Beliau disambut dengan baik dan bersama-sama Pn Sabra Syatila dan Cik Rosyidah menjalani pengajaran dan pembelajaran di beberapa kelas tahap 1 di SKTM. Beliau turut memberi pandangan tentang teknik-teknik pengajaran bahasa Inggeris yang berkesan. Warga SKTM mengucapkan terima kasih di atas bimbingan yang beliau berikan.

Thursday, February 3, 2011

BERSAMA MENDOAKAN KESELAMATAN NEGARA MESIR

PUTRAJAYA 3 Feb. - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) meminta masjid di seluruh negara supaya mengadakan solat hajat pada malam ini dan selepas solat Jumaat esok untuk mendoakan keselamatan para pelajar dan rakyat Malaysia lainnya di Mesir. Ketua Pengarah Jakim, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, ia juga diharap dapat membantu meredakan konflik yang sedang berlaku di negara itu. Rakyat Mesir kini bangun memberontak supaya Presiden, Hosni Mubarak meletak jawatan. "Kita berharap lebih 11,000 penuntut Malaysia di Mesir selamat serta ketegangan di Mesir akan berakhir dengan aman,” katanya. - Bernama

Friday, January 28, 2011

INTERAKSI IBU-BAPA 2011



SKTM Sabtu 29.01.2011.
Program Interaksi Ibu-bapa Murid Tahun 6 dengan Guru-guru berlangsung seperti yang dirancang. Sambutan yang diberikan sungguh memberangsangkan. Lebih 80% daripada ibu-bapa murid tahun 6 hadir bagi mendengar taklimat program kecemerlangan akademik UPSR bagi tahun 2011 dan ceramah motivasi ibu-bapa cemerlang. Taklimat program kecemerlangan UPSR 2011 disampaikan oleh En.Shoyef b. Tukiman manakala ceramah motivasi ibu-bapa disampaikan oleh Ustaz Izafri b. Ahmad dari SK Bukit Jana, Taiping. Pada majlis tersebut juga dialog antara ibu-bapa murid dengan guru-guru tahun 6 turut diadakan. Pn.Norizan Dalmizi, guru penyelaras tahun 6 telah menjawab beberapa persoalan yang ditimbulkan oleh ibu-bapa murid. Majlis diakhiri dengan lafaz ikrar kesungguhan untuk belajar oleh murid-murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada penghujung tahun ini. Tahniah diucapkan kepada seluruh warga SKTM. SKTM Penjana Pendidikan Generasi Cemerlang dan Gemilang.

Wednesday, January 26, 2011

KOKURIKULUM 2011


SKTM 26.01.2011
Seperti tahun-tahun yang lalu, kegiatan kokurikulum diadakan pada setiap hari Rabu mulai jam 3.30 petang dan berakhir pada jam 5.30 petang. Aktiviti kokurikulum hari ini diisi dengan perlantikan ahli jawatan kuasa bagi tahun 2011. Semoga kegiatan kokurikulum yang diadakan akan melahirkan individu yang berpotensi serta berdaya saing melalui semangat waja diri seperti yang termaktub dalam MISI sekolah.