Sunday, February 13, 2011

PERLANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH DAN PUSAT SUMBER SKTM




SKTM 14 Februari 2011.
Majlis perlantikan dan penyampaian watikah pengawas sekolah dan pengawas PSS SK Teluk Medan 2011 berlangsung seperti yang dirancangkan. Penyampaian watikah perlantikan disempurnakan oleh Encik Shoyef b. Tukiman, Guru Besar SKTM.Pada majlis tersebut, seramai 60 orang murid SKTM telah dilantik sebagai pengawas sekolah bagi sesi 2011. Lafaz ikrar pengawas diketuai oleh Muhammad Hafizd b. Zainol Abidin yang telah diumumkan sebagai Ketua Murid bagi sesi 2011. Pada perhimpunan mingguan hari ini juga, guru besar turut menyampaikan hadiah kepada pasukan bola baling lelaki yang telah mendapat tempat ke-3 dalam pertandingan bola baling sekolah-sekolah rendah kelompok 2 Kerian. Dalam ucapannya, beliau berharap agar semua pengawas yang telah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah akan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedekasi dan menjadi contoh kepada murid-murid lain. Beliau juga berharap agar semua murid-murid akan sentiasa bekerjasama dengan pengawas sekolah demi mempertingkatkan displin, sahsiah dan kebajikan murid. Tahniah diucapkan kepada pengawas-pengawas sekolah dan PSS.

Wednesday, February 9, 2011

PERPUSTAKAAN BERGERAK


SKTM Khamis 10.02.2010.
Perkhidmatan Perpustakaan Bergerak Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan diberikan kepada warga SKTM pada setiap hari Khamis. Melaluluinya warga SKTM khususnya murid-murid dapat meminjam pelbagai jenis bahan bacaan selain daripada perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Sumber SKTM. Terima kasih diucapkan kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perak Darul Ridzuan.

Perutusan Tahun Baru Kementerian Pelajaran Malaysia 2011


SKTM 10 Februari 2011.
Pada jam 9.00 pagi seluruh warga SKTM berkumpul di kantin sekolah bagi mendengar dan menyaksikan Perutusan Tahun Baru Kementerian Pelajaran Malaysia 2011 oleh YAB Dato' Haji Muhyiddin b. Hj Mohd Yasin, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia secara langsung melalui TV1 RTM ( ringkasan perutusan akan menyusul ).