Thursday, March 10, 2011

MAJLIS PENYERAHAN PEJABAT BARU PPD KERIAN

PPD Kerian 10.03.2011.
Majlis Penyerahan Sijil Menduduki Bangunan Baru PPD Kerian berlangsung seperti yang dirancang. Sijil menduduki bangunan tersebut disampaikan kepada Tn.Hj. Mat Lazim b. Idris, Pegawai Pendidikan Daerah Kerian oleh Jurutera JKR Daerah Kerian. Turut sama hadir pada majlis penyerahan tersebut ialah Pengarah Pelajaran Perak Darul Ridzuan, Tuan Mohd Rauhi b. Mohd Isa,PMP,KMN,AMP,PPT. Namun begitu, nama pejabat PPD yang baharu itu tidak dimasyhurkan pada majlis tersebut. Seluruh warga SK Teluk Medan mengucapkan tahniah kepada seluruh warga Pejabat Pendidikan Daerah Kerian.

KEJOHANAN OLAHRAGA MSSPK SR KERIAN 2011

SM Vokasional Kerian.
Kejohanan Olahraga MSSPK SR Daerah Kerian 2011 yang berlangsung selama 3 hari berakhir pada hari ini. Tiga atlit SKTM telah melayakkan diri ke peringkat akhir namun nasib tidak menyebelahi mereka dan tidak mendapat tangga teratas dalam saingan akhir. Tiga atlit tersebut ialah Hanis Izzati (100m P12), Zulkifli (100m L12) dan Faris Fahmi (200m L). Apapun diucapkan tahniah kepada para atlit SKTM yang mengambil bahagian dalam kejohanan tersebut. Tahniah juga kepada jurulatih atlit dan unit kokurikulum SKTM.

Saturday, February 26, 2011

LADAP 2011


SKTM Sabtu 26.02.2011
LADAP 2011 kali ke-2 berjalan seperti yang dirancang. LADAP 2011 yang berlangsung di PKG Teluk Medan dimulai dengan taklimat dan pengisian data SMPK oleh Encik Shoyef b. Tukiman, guru besar SKTM. Sesi yang ke-2 pula adalah bengkel pembinaan BMM bertajuk " Suntingan Bahan Audio-visual BBM PowerDirector V8 ". Bengkel disampaikan oleh Cikgu Zainol Abidin b. Basri dengan dibantu oleh Encik Mukhriq ( juruteknik ICT PKG ) dan Ustaz Omar b. Hj.Sabri ( JQAF SKTM). Tahniah diucapkan kepada warga pendidik SKTM. Semoga ilmu dan pengalaman yang diperolehi semasa LADAP 2011 hari ini akan meningkatkan mutu P&P demi merealisasikan misi dan visi sekolah.

Thursday, February 24, 2011

MAULIDUR RASUL 1432


SKTM Jumaat 22 Rabi'ul Awal 1432.
Warga SKTM turut tidak melepaskan peluang untuk menyambut ulang tahun kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Antara objektif sambutan dibuat adalah untuk mengenang kembali perjuangan Rasulullah SAW dalam menyebar dan menegakkan agama Allah di muka bumi di samping menanam serta meningkatkan kecintaan murid-murid terhadap Allah dan Rasulullah SAW sekaligus meningkatkan penghayatan murid-murid akan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan seharian. Seperti tahun-tahun yang lalu, majlis sambutan Maulidul Rasul SKTM dimulakan dengan perarakan murid-murid sambil berselawat kepada junjungan besar SAW dan membawa sepanduk maulidul rasul. Antara pengisian Sambutan Maulidul Rasul SAW 1432 ialah ceramah agama, pertandingan melukis poster tahap 2 dan pertandingan mewarna tahap 1. Ceramah Maulidul Rasul 1432 disampaikan oleh al-Fadhil Ustaz Omar b. Sabri, guru JQAF SK Teluk Medan