Thursday, November 10, 2011

MAJLIS KHATAM AL-QURAN 1432H/2011



SKTM Khamis 14 Zulhijjah 1432H.
Lebih 150 orang murid SK Teluk Medan yang telah khatam Al-quran diraikan dalam majlis gilang gemilang iaitu Majlis Khatam Al-quran 1432H. Peserta Majlis Khatam Al-quran 1432H diarak masuk ke dewan SKTM dengan paluan kompang dan bunga manggar. Majlis Khatam Al-quran 1432H disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli,Guru Besar SK Teluk Medan. Dalam ucapannya, beliau berharap agar budaya membaca Al-quran dijadikan sebahagian daripada gaya hidup warga SK Teluk Medan. Malahan menurutnya lagi, isi kandungan Al-quran perlulah dihayati dan diterjemahkan dalam mengharungi kehidupan seharian. Beliau juga berharap agar perserta Majlis Khatam Al-quran 1432H hari ini akan menjadi idola kepada murid-murid lain yang masih belum khatam Al-quran. Perserta Majlis Khatam Al-quran 1432H menerima cenderamata, wang saguhati dan sijil penyertaan daripada pihak sekolah. Majlis Khatam Al-quran dipimpin oleh Tn.Hj.Ishak b. Napiah dan Tn.Hj.Yazid b. Rumbali manakala Ustaz Mohamad Yusoff b. Souib sebagai Pengerusi Pengelola Majlis Khatam Al-quran 1432H. Turut hadir pada Majlis Khatam Al-quran 1432H ialah YDP PIBG, AJK PIBG dan ibu-bapa peserta Majlis Khatam Al-quran. Majlis Khatam Al-quran 1432H diakhiri dengan jamuan makan tengahari pada jam 11.00 pagi. ( lihat foto )

Tuesday, November 8, 2011

KORBAN AKIKAH 2011



SKTM Rabu 13 Zulhijjah 1432.
Majlis Korban dan Akikah 1432 yang dirancang perlaksanaannya pada lewat tengahari terpaksa diawalkan waktu penyembelihannya memandangkan cuaca yang tidak menentu. Bagi warga pendidik dan kakitangan SKTM, Majlis Korban dan Akikah 1432 ini tidak mungkin dilupakan kerana rata-rata daripada mereka mengakui inilah pengalaman pertama mengendali proses penyembelihan korban. Sebahagian daripada daging korban dan akikah tersebut diedarkan kepada murid-murid SKTM manakal sebahagian lagi dimasak untuk jamuan murid. Majlis Korban dan Akikah 1432 dikelolakan oleh Panitia Pendidikan Islam SKTM yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan. Sementara itu, persiapan untuk Majlis Khatam Al-quran 1432 yang akan berlangsung esok terus dijalankan. (foto)

Wednesday, November 2, 2011

ANALISIS PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN

SALAM AIDIL ADHA


Seluruh warga SK Teluk Medan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha dan selamat menunaikan ibadah korban 1432 Hijrah kepada seluruh muslimin

Tuesday, November 1, 2011

KEM MEMBACA 1MALAYSIA 2011


SKTM Rabu 2 November 2011.
Kem Membaca 1Malaysia adalah salah satu daripada program Kementerian Pelajaran Malaysia untuk menanam budaya membaca dalam kalangan masyarakat Malaysia khususnya pelajar-pelajar sekolah. Bermula jam 9.30 pagi, seluruh murid SK Teluk Medan mula membaca serentak dengan warga Malaysia yang lain selama 2011 saat dan dicatatkan dalam Malaysian Book of Record. Semoga program yang dilaksanakan akan menjana pemikiran 1Malaysia.