Thursday, February 7, 2013

KEJOHANAN MEMANAH MSSD KERIAN BAWAH 12 TAHUN 2013




SK TELUK MEDAN Khamis 07.02.2013.
Kejohanan Memanah MSSD Kerian Bawah 12 Tahun berakhir sehari lebih awal dari tarikh yang disasar. Pada kejohanan tersebut, SK Seri Kerian telah menjadi johan keseluruhan bagi kategori lelaki manakala tempat ke-2 disandang oleh SK Matang Gerdu dan tempat ke-3 oleh peserta dari SK Teluk Medan. Bagi kategori perempuan pula, tempat pertama disandang oleh peserta dari SK Matang Gerdu manakala tempat ke-2 oleh SK Bukit Merah dan tempat ke-3 oleh SK Seri Kerian. Hadiah-hadiah disampaikan oleh En.Sahibul Azhar, Pengerusi Teknik Kejohanan Memanah MSSD Kerian Bawah 12 Tahun. Tahniah kepada para peserta yang berjaya dan SK Teluk Medan sebagai penganjur kejohanan. ( galeri foto )

Wednesday, February 6, 2013

KEJOHANAN MEMANAH MSSD KERIAN 2013

 
SK TELUK MEDAN Rabu 06.02.2013.
Kejohanan Memanah MSSD Kerian 2013 (SR) berlangsung di padang SK Teluk Medan yang merupakan tuan rumah bagi kejohanan berkenaan bagi tahun 2013. Hujan yang turun seketika tidak mengganggu aturcara yang dirancang bagi hari pertama kejohanan berkenaan. Kejohanan Memanah MSSD Kerian 2013 (SR) akan berlangsung selama 3 hari mulai hari ini hingga Jumaat. Kejohanan terbahagi kepada 2 kategori iaitu lelaki dana perempuan manakala bagi bawah 12 tahun, hanya 10 buah sekolah sahaja yang mengambil bahagian. Majlis penutup Kejohanan Memanah MSSD Kerian 2013 (SR) dijangka akan disempurnakan oleh Tuan PPD Kerian, Pn.Hj.Ommi Kalsom b. Mohammad.( lihat foto fb )

INTERAKSI IBU-BAPA MURID TAHUN 6 DENGAN GURU-GURU 2013


SKTM Rabu 06.02.2013.
Majlis Interaksi Ibu-bapa Murid Tahun 6 dengan Guru-guru 2013 merupakan salah satu daripada program kecemerlangan UPSR agar ibu-bapa murid lebih mendekati sekolah serta memberi sokongan kepada program kecemerlangan akademik sekolah. Ucap utama Majlis Interaksi Ibu-bapa Murid Tahun 6 dengan Guru-guru 2013 disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Dalam ucap utamanya, beliau menerangkan beberapa program kecemerlangan UPSR 2013 yang dirancang oleh pihak sekolah dengan memberi tumpuan kepada program TOV individu murid. Beliau berharap agar semua ibu-bapa akan sentiasa memberi sokongan kepada program kecemerlangan yang dilaksanakan oleh guru-guru dan pihak sekolah. Pada mejlis tersebut juga, ibu-bapa murid berpeluang untuk berdialog dan bersemuka dengan guru-guru tahun 6 bagi mengetahui perkembangan anak-anak disamping mengenalpasti kelemahan dan kekuatan anak-anak mereka. (lihat foto)

Monday, February 4, 2013

PERLANTIKAN RASMI KEPIMPINAN MURID 2013




SKTM Isnin 04.0.2013.
Perhimpunan rasminggu minggu ke-6/2013 diisi dengan Majlis Perlantikan Kepimpinan Murid 2013. Watikah perlantikan kepimpinan murid 2013 disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM manakala ikrar kepimpinan murid diketuai oleh Muhammad 'Izzuddin b. Zainol Abidin selaku Ketua Murid 2013. Sebelumnya, Ustaz M.Yusof Shouib selaku guru bertugas mingguan menyampaikan beberapa info berkaitan program sekolah sepanjang minggu ke-6/2013. Beliau turut menekankan kepentingan membaca sebagai medium memperoleh ilmu yang menjadi indikator kepada kecemerlangan manusia dan ketamadun sesebuah umat.

Sunday, February 3, 2013

KEM BESTARI SOLAT 1/2013

SKTM Sabtu 02.02.2013.
Kem Bestari Solat Kali-1/2013 berlangsung mulai jam 8.30 pagi dan tamat pada jam 12.00 tengahari. Kem Bestari Solat Kali-1/2013 melibatkan murid-murid tahun 6 seramai lebih 80 orang. Antara pengisian program berkenaan ialah pemantapan bacaan dan perbuatan dalam solat khususnyar solat fadhu 5 waktu. Sebagai tambahan, para peserta turut diajar secara teori dan amali berkaitan solat jenazah. Kem Bestari Solat Kali-1/2013 dikendalikan oleh Panitia Pendidikan Islam dan j-QAF SK Teluk Medan.
( foto fb j-QAF )