Monday, August 19, 2013
JAMUAN AIDILFITRI PRASEKOLAH 1434H
PRASEKOLAH SKTM 11 Syawal 1434H.
Jamuan Aidilfitri 1434H mengisi waktu minum rehat Prasekolah SKTM. Anak-anak dijamu dengan pelbagai juadah yang disediakan oleh pembantu dan guru-guru prasekolah. Murid-murid turut membawa juadah kuih hari raya untuk dikongsi bersama rakan-rakan sekelas. Turut hadir bersama ialah guru-guru SKTM.
( lihat foto )
Sunday, August 18, 2013
MAJLIS PELANCARAN BULAN KEMERDEKAAN KE-56 / 2013
( LIHAT FOTO )
( FOTO 2 )
( FOTO 2 )
SKTM 19 Ogos 2013.
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-56 dimulakan dengan perarakan
Jalur Gemilang dan sepanduk tema kemerdekaan ke-56. Guru-guru dan
sebahagian murid memakai baju melayu yang merupakan baju kebangsaan
negara ketika menyertai perarakan tersebut yang bermula jam 7.45 pagi.
Majlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-56 peringkat sekolah tersebut
disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar
SKTM. Sebelumnya, beliau mendeklamasikan sebuah sajak kemerdekaan serta
memukul gong sebanyak 3 kali tanda pelancaran program tersebut. Majlis
Pelancaran Bulan Kemerdekaan Ke-56 diakhiri dengan nyanyian lagu-lagu
patriotik oleh seluruh warga SK Teluk Medan.
Tuesday, August 6, 2013
Saturday, August 3, 2013
MAJLIS PENUTUPAN IHYA' RAMADHAN 1434H
SKTM Jumaat 24 Ramadhan 1434H.
Majlis Penutupan Ihya' Ramadhan 1434H dimulai dengan ucapan Ustaz M.Yusof Shouib Al-kurawi, Ketua Panitia Pend.Islam dan j-QAF SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kerjasama yang diberi oleh seluruh warga SKTM demi menjayakan program Ihya' Ramadhan 1434H. Pada majlis tersebut juga, Peserta yang memenangi bagi acara yang dipertandingkan sepanjang program menerima hadiah yang disampaikan oleh barisan pentadbiranSKTM. Pada majlis tersebut juga, pihak sekolah menyampaikan zakat individu tertentu dan sumbangan Aidilfitri kepada murid miskin SKTM. Majlis Perasmian Penutupan Ihya' Ramadhan 1434H disempurnakan Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Majlis diakhiri dengan sesi bermaaf-maafan antara warga SKTM.
MAJLIS BERBUKA PUASA 1434H
SKTM Khamis 23 Ramadhan 1434H.
Majlis Iftar 1434H Staf SKTM berlangsung penuh ukhuwah. Majlis dimulakan dengan penyampaian tazkirah Ramadhan oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM sebagai menyuntik semangat tetamu yang hadir untuk menambahkan amalan pada detik penting sebelum Ramadhan berakhir. Kemudiannya, Ustaz Mohd Hafis memimpin bacaan doa selamat sebelum para tetamu menjamu juadah berbuka puasa. Turut hadir pada majlis berkenaan ialah kaum keluarga staf, AJK PIBG dan guru-guru SKTM yang telah bersara.
Subscribe to:
Posts (Atom)






