Thursday, September 5, 2013

MAJLIS BACAAN YASIN UPSR 2013




SKTM 29 Syawal 1434H / 5hb September 2013.
Guru-guru dan calon UPSR 2013 bersama ibu-bapa berkumpul di dewan SKTM bagi menjalani program Solat Hajat dan Bacaan Yasin memohon restu Illahi agar dipermudah serta diberkati pada peperiksaan UPSR 2013 yang akan bermula minggu hadapan. Majlis dimulai dengan solat hajat berjamaah yang diimamkan oleh Al-Fadhil Ustaz Tn.Hj.Yazid Rumbali. Manakala bacaan Yasin dipimpin oleh Al-fadhil Ustaz Yusof Shouib dilaksanakan selepas solat Asar. Majlis diakhiri dengan ucapan ringkas En.Mohd Yusof Jamaluddin, PK Pentadbiran SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua murid dan ibu-bapa yang hadir menjayakan program berkenaan. Sebelum pulang, semua tetamu menjamu selera dengan juadah minum petang yang disediakan. Semoga Allah makbulkan doa dipohon serta memudahkan urusan anak-anak SKTM yang bakal menduduki Peperiksaan UPSR minggu hadapan.
( fb SKTM )

Friday, August 30, 2013

MAJLIS PERSARAAN USTAZAH FAUZIAH BT HJ.HASAN-Guru Pend.Islam SKTM




SKTM Jumaat 30 Ogos 2013.
Kehadiran Pn.Fauziah Hj.Hasan dengan ditemani oleh suami Tn.Hj.Jamaluddin Asaari ke Majlis Jasamu Dikenang Baktimu Disanjung sempena persaraan beliau disambut oleh seluruh warga SKTM. Pn.Fauziah kemudiannya diarak ke dewan sekolah dengan iringan bunga manggar dan kumpulan brass band SKTM. Aturcara berlangsung penuh meriah bila mana sepanjang majlis berlangsung Pn.Fauziah dan suami duduk di atas pelamin yang disediakan sesuai dengan tema yang dipilih iaitu ' Nostalgia Pengantin '. Watikah persaraan Pn.Fauziah Hj.Hasan disampaikan oleh Pn.Roziana bt. Ariffin, Penolong PPD Bahasa Inggeris yang mewakili Tuan PPD Kerian. Pn.Fauziah yang lahir pada 31 Ogos 1957 mula berkhidmat sebagai pendidik di SK Parit Hj.Aman pada tahun 1980 sebelum berhijrah ke SK Teluk Medan pada tahun 1997. Beliau telah berkhidmat selama 33 tahun sebagai guru Pendidikan Islam dan bersara mulai 01.09.2013. Turut hadir pada Majlis Persaraan Pn.Fauziah Hj.Hasan ialah Tn.Hj.Abd Rahman b. Hj.Abd Hamid, Penyelia Kanan Pend.Islam PPD Kerian, YDP PIBG dan jawatankuasanya, ketua-ketua kampung Teluk Medan dan rakan-rakan yang akrab dengan beliau. Seluruh warga SK Teluk Medan mengucapkan selamat bersara kepada Pn.Fauziah bt. Hj.Hasan.

Thursday, August 22, 2013

MAJLIS IKHTIFAL j-QAF DAERAH KERIAN 2013

 
 
SK SUNGAI MEGAT ARIS 13 Syawal 1434H.
Adik Azrul Hafiz b. Kamaruddin dari SK Teluk Medan telah dipilih sebagai pembaca doa terbaik bagi kategori Wirid dan Doa pada Majlis Ihtifal j-QAF Daerah Kerian 2013. Namun begitu, bagi kategori Kalam Jamei, Wirid Doa dan Hiwar, peserta SKTM terpaksa akur dengan kehebatan pasukan dari kelompok lain. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan jurulatih ustaz-ustazah.

MAJLIS IKHTIFAL j-QAF DAERAH KERIAN 2013

 
 
SK SUNGAI MEGAT ARIS 13 Syawal 1434H.
Adik Azrul Hafiz b. Kamaruddin dari SK Teluk Medan telah dipilih sebagai pembaca doa terbaik bagi kategori Wirid dan Doa pada Majlis Ihtifal j-QAF Daerah Kerian 2013. Namun begitu, bagi kategori Kalam Jamei, Wirid Doa dan Hiwar, peserta SKTM terpaksa akur dengan kehebatan pasukan dari kelompok lain. Tahniah diucapkan kepada para peserta dan jurulatih ustaz-ustazah.

Wednesday, August 21, 2013

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI SK TELUK MEDAN 1434H/2013

 photo DSC_0073_zps7f67d4f5.jpg 
 photo DSC_0076_zpsbccb8da7.jpg
 photo DSC_0104_zps3c9ad349.jpg 
SKTM 12 Syawal 1434H / 21 Ogos 2013.
Rumah Terbuka Aidilfitri SKTM 1434H dihadiri oleh lebih 800 tetamu daripada kalangan murid tahap 2 bersama ibu-bapa dan keluarga. Kehadiran yang luar jangkaan membuktikan komitmen ibu-bapa dan keluarga murid terhadap aktiviti yang dilaksanakan oleh pihak sekolah demi kegemilangan anak-anak mereka. Rumah Terbuka Aidilfitri SKTM 1434H disempurnakan perasmiannya oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan kepada semua penyumbang bagi menjayakan program tersebut. Majlis turut diserikan dengan beberapa persembahan seloka aidilfitri oleh murid-murid tahun 4. Tetamu yang hadir juga diberi peluang tampil ke pentas untuk mengucapkan ucapan hari raya kepada tetamu lain yang hadir disamping berpeluang memenangi cabutan bertuah. Rumah Terbuka Aidilfitri SKTM 1434H tamat pada jam 10.00 malam.