Wednesday, March 12, 2014

DEMONTRASI MEMADAM KEBAKARAN 2014


SKTM Rabu 12.03.2014
Aktiviti kokurikulum diisi dengan demontrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api yang terdapat di sekolah. Demontrasi dilakukan oleh Ustaz Omar b. Sabri, JK Keselamatan Sekolah dengan dibantu oleh beberapa orang guru. Pada demontrasi memadam kebakaran tersebut, beberapa orang murid turut diberi peluang menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran. Demontrasi Memadam Kebakaran 2014 diakhiri dengan ceramah keselamatan yang disampaikan oleh Tn.Hj.Yazid M.Rumbali, guru j-QAF SKTM.

Wednesday, March 5, 2014

PEMANTAUAN NAZIR 2014

SKTM Rabu 05.03.2014
Pasukan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM hadir ke SK Teluk Medan bagi memantau perlaksanaan beberapa program akademik KPM. Tumpuan diberikan kepada perlaksanaan program i-THINK dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KEBAT ) dalam pengajaran dan pembelajaran.Pasukan pemantau turut memantau perlaksanaan Pendidikan Dunia Muzik KSSR. Pada akhir pertemuan dengan guru-guru dan pentadbir, jemaah nazir yang hadir turut memberikan beberapa cadangan sebagai penambahbaikan disamping berpuashati dengan beberapa program peningkatan kurikulum sekolah yang dirancang dan telah dilaksanakan. Pasukan jemaah nazir tersebut diketuai olen Pn.Robizan bt. Salim, Nazir Kanan JNJK KPM dengan dibantu oleh Pn.Adayah bt. Zakaria ( Nazir Sekolah ) dan En.Syed Samsudin b. Syed Abu bakar ( Nazir Sekolah ).

Monday, March 3, 2014

PENYAMPAIAN WATIKAH PROGRAM MENTOR MENTEE 2014

SKTM Isnin 03.03.2014.
Perjumpaan kali ke-2 Program Mentor Mentee 2014 diisi dengan penyampaian watikah program berkenaan kepada guru-guru dan kakitangan selaku penggerak bagi program berkenaan. Watikah disampaikan di hadapan murid SKTM oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM merangkap penasihat bagi program Mentor Mentee sekolah.

Thursday, February 27, 2014

FESTIVAL NASYID ZON BAGAN SERAI KERIAN.

SMKA Kerian, Rabu 26.02.2014.
Pasukan Nasyid SKTM melayakkan diri ke Festival Nasyid 2014 Daerah Kerian yang akan berlangsung pada bulan hadapan apabila mendapat tempat ke-2 pada Festival Nasyid 2014 Zon Bagan Serai Kerian. Pada festival nasyid yang berlangsung di SMKA Kerian tersebut, pasukan nasyid SABK Ridhwaniah telah dipilih sebagai pasukan terbaik sekaligus akan mewakili Zon Bagan Serai ke peringkat daerah Kerian. Tahniah diucapkan kepada pasukan nasyid SKTM dan jurulatih.