Wednesday, April 30, 2014
Saturday, April 26, 2014
LADAP GURU 2014
SKTM Sabtu 26.04.2014
LADAP Guru 2014 berlangsung di Makmal Komputer SKTM mulai jam 8.00 pagi
hingga 12.30 tengahari. 4 orang guru menyampaikan maklumat pada LADAP
tersebut iaitu Pn.Siti Zuraidah dan Sir Ash ( BI ), Pn.Amnah ( i-THINK )
dan Ustaz Mohamad Shah ( MS excel ).
KURSUS KEPIMPINAN PEMIMPIN MURID 2014
SKTM Sabtu 26.04.2014
Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid 2014 berlangsung seperti yang
dirancang. Berlainan daripada tahun-tahun yang lalu, kursus kepimpinan
kali ini membawa tema keselamatan dengan menampilkan penceramah daripada
Unit Pertahan Awam Daerah Kerian. Ceramah dan tunjuk cara menyelamat (
pertolongan cemas ) disampaikan oleh En.Rozi Che Soh dengan bantuan En.
Lukman b. Roslin kedua-duanya daripada Unit Pertahanan Awam Daerah
Kerian. Manakala perserta yang terlibat ialah pengawas sekolah, pengawas
PSS, pengerusi Unit Beruniform SKTM dan ketua-ketua kelas tahap 2.
Kursus Kepimpinan Pemimpin Murid 2014 adalah anjuran bersama Unit
Kokurikulum, HEM, PSS dan Unit Bimbingan SKTM.
Sunday, April 20, 2014
PENYERAHAN BANER SIFIR DAN KLINIK GIGI SEKOLAH
SKTM Isnin 21.04.2014
Kemahiran sifir merupakan asas yang penting bagi murid untuk
menyelesaikan pelbagai masalah matematik. Namun tidak ramai dalam
kalangan murid-murid yang menghafaznya. Menyedari hakikat ini, Panitia
Matematik telah mengambil inisiatif dengan mengedarkan baner sifir untuk
diletakkan di semua kelas. Baner tersebut disampaikan oleh
Tn.Hj.Mohd.Yusof Jamaluddin, PK Pentadbiran SKTM kepada semua ketua
kelas pada perhimpunan mingguan minggu ke-16 hari ini. Sementara itu,
Unit Klinik Gigi Bergerak KKM mula memberi perkhidmatan kepada anak-anak
SKTM hari ini. Perkhidmatan pemeriksaan , rawatan gigi dan sesi tunjuk
ajar penjagaan gigi daripada unit berkenaan dijangka akan belangsung
selama 3 minggu.
Wednesday, April 16, 2014
BENGKEL IQRA' IBU-BAPA MURID PRASEKOLAH.
SKTM Khamis 17hb April 2014.
Tugas mendidik anak-anak agar boleh membaca Al-quran tidaklah hanya
dipikul oleh guru-guru agama di sekolah dan di pusat-pusat pembelajaran
Al-quran sahaja. Ibu-bapa turut memainkan peranan yang penting bagi
melahirkan generasi yang celik Al-quran. Namun tidak ramai dalam
kalangan ibu-bapa yang mahir tentang kaedah dan teknik pembelajaran asas
Al-quran. Menyedari hakikat ini, pihak Unit Prasekolah SKTM dengan
kerjasama Unit Pendidikan Islam SKTM telah mengadakan Bengkel Mengajara
Asas Al-quran menggunakan kaedah Iqra' kepada ibu-bapa murid Prasekolah
SKTM. Pada bengkel selama 3 jam tersebut, ibu-bapa diberi penerangan
secara terperinci berkaitan teknik mengajar Al-quran menggunakan kaedah
Iqra'. Kaedah
Iqra’ di Malaysia bermula pada tahun 1992 dan dikembangkan selepas
tempoh percubaan pertama selama lebih kurang 6 bulan di beberapa buah
sekolah di Malaysia.Kementerian
Pendidikan telah menetapkan pengajaran tilawah al-Quran tahun satu
sekolah-sekolah kebangsaan pada sesi persekolahan 1995 dengan
menggunakan kaedah Iqra’. Murid tahun satu dikehendaki memiliki buku
kaedah Iqra’ dan mengikuti kelas kemahiran al-Quran sepanjang enam bulan
pertama persekolahan. Pada tahun
2006, satu ujian telah dijalankan bagi menentukan kesesuaian di antara
beberapa kaedah belajar membaca al-Quran yang ada pada masa kini. Hasil
daripada ujian tersebut, Kementerian Pelajaran telah bersetuju supaya
kaedah Iqra’ terus digunapakai di sekolah-sekolah. Kaedah
Iqra’ dikenalpasti sebagai antara kaedah yang dapat membantu
mempercepatkan kanak-kanak menguasai kemahiran membaca al-Quran dengan
baik.Kaedah
Iqra’ adalah suatu kaedah pengajaran membaca al-Quran yang disusun
sebagai usaha untuk mempercepatkan penguasaan bacaan Al-quran dalam
tempoh yang singkat.Kaedah ini
disusun oleh al-Marhum Ustaz Hj Asad Humam (Pengarah Kumpulan Tadarus
Angkatan Muda Masjid dan Musholla Yogyakarta) berdasarkan pengalaman
mengajar Al-quran sejak tahun 1950 dan melalui percubaan dan
penyelidikan yang mendalam. Bengkel Kaedah Iqra' disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SK Teluk Medan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






