Saturday, May 28, 2011
Tuesday, May 24, 2011
MSSM 2011
MSSM 2011 memberi pengalaman baru kepada sebahagian besar peserta rombongan bagi menyaksikan Balapan MSSM 2011 yang berlangsung di Ipoh. Sebahagian besar daripada mereka mengakui bahawa itulah pertama kalinya mereka menjejakkan kaki ke Stadium Indera Mulia, Ipoh. Selain itu, peserta rombongan turut dibawa melawat tempat-tempat menarik di sekitar bandar Ipoh ibu negeri Perak Darul Ridzuan. ( lihat foto )Thursday, May 19, 2011
SKTM MINGGU KE-18
Program Rawatan Gigi Sekolah berlangsung sepanjang dua minggu oleh Unit Gigi Sekolah Kementerian Kesihatan. Program yang bertemakan ' Gigi Sihat Senyuman Memikat ' ini merupakan program tahunan kementerian berkenaan bagi memastikan kesihatan gigi murid-murid sekolah dipelihara. Sepanjang rawatan tersebut, pihak berkenaan turut mengadakan mini pameran berkaitan teknik memelihara dan penjagaan gigi yang betul. Hari ini juga satu Kem Teknik Menjawab Kertas Bahasa Inggeris UPSR diadakan. Ceramah teknik menjawab itu disampaikan oleh Encik Abdul Halim guru bahasa Inggeris SK Sungai Bogak, Bagan Serai. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada kedua-dua pihak yang terlibat.
Monday, May 16, 2011
GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
Sambutan Hari Guru 2011 berlangsung seperti yang dirancang. Majlis sambutan dimulakan dengan bacaan doa yang diketuai oleh Ustaz Omar b. Sabri. Seperti tahun-tahun yang lalu majlis bacaan Yasin mendahului aturcara majlis sambutan Hari Guru SKTM. Majlis bacaan Yasin dipimpin oleh Tn.Hj.ishak b. Nafiah. Acara diteruskan dengan bacaan teks ucapan YAB Menteri Pelajaran Malaysia dan Ketua Pengarah Pelajaran. Turut menyampaikan ucapan pada majlis sambutan tersebut ialah Tn.Hj.Darham b. Bakri YDP PIBG, En.Shoyef b.Tukiman Guru Besar SKTM dan Muhammad Hafizd b. Zainol Abidin Ketua Murid SKTM 2011. Pada majlis tersebut juga, guru-guru turut menerima cenderamata daripada Kelab Guru & Kakitangan SKTM dan PIBG SKTM. Majlis sambutan Hari Guru 2011 diakhiri dengan nyanyian lagu ' Guru Malaysia' oleh guru-guru SKTM dan acara memotong kek hari guru. Kek Hari guru disumbang oleh Keluarga Pn.Harina Zaniol (Pengerusi Kelab Guru & Kakitangan SKTM ) dan Bank Rakyat Malaysia Berhad cawangan Bagan Serai. Selamat Hari Guru 2011. Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara.
lihat gambar...
Subscribe to:
Posts (Atom)