Friday, December 28, 2012

PENDAFTARAN TAHUN 1 DAN PRASEKOLAH 2013


SKTM Jumaat 28.12.2012.
Majlis Pendaftaran Tahun 1dan Prasekolah 2013 berlangsung seperti dirancang. Setelah mendaftar ibu-bapa dan penjaga murid yang hadir menerima taklimat pengurusan sekolah daripada pihak pentadbir sekolah. Agenda taklimat dimulakan oleh En.Mohamad Yusof  b. Jamaluddin, PK HEM. Beliau menjelaskan berkaitan pengurusan HEM seperti RMT, data murid, sahsiah dan displin sekolah. Agenda ucapan diteruskan oleh Tn.Hj.Darham b. Bakri, YDP PIBG. Dalam ucapannya, beliau berharap agar ibu-bapa akan sentiasa memberi sokongan kepada pihak sekolah dalam merealisasikan visi dan misi sekolah. Akhir majlis, Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM menyampaikan taklimat berkaitan program kecemerlangan SKTM 2013. Antara perkara yang disampaikan ialah Program Kecemerlangan UPSR, LINUS, KSSR, j-QAF, Program i-THINK dan beberapa perkara lain berkaitan budaya kecemerlangan dalam pendidikan. Pada majlis tersebut juga, 10 murid yang memperoleh 5A dalam UPSR lalu menerima hadiah galakan berupa wang RM100 setiap seorang. Majlis Pendaftaran Tahun 1dan Prasekolah 2013 tamat pada jam 11.00 pagi. (lihat foto)

Wednesday, December 26, 2012

LADAP i-THINK




( LIHAT FOTO LADAP )
SKTM Khamis 27.12.2012
Meskipun tahun 2012 belum berakhir namun program LADAP yang dilaksanakan setiap tahun sudah pun bermula. Bengkel Program i-THINK membuka tirai LADAP SKTM bagi tahun 2013. Pada bengkel tersebut, guru-guru didedahkan tentang 8 proses pemikiran kreatif dan kritis yang terkandung dalam kertas projek Program i-THINK. Guru-guru turut berbengkel menghasilkan peta minda bagi kelapan-lapan proses minda tersebut bagi meningkatkan kefahaman mereka. LADAP i-THINK dikendalikan oleh 4 orang guru pemandu yang dilatih oleh pihak terbabit iaitu En.Shahrulrizal, En. Norazizan, Pn.Sharifah dan Pn.Norizan. SK Teluk Medan merupakan salah sebuah sekolah yang dipilih sebagai sekolah rintis bagi program KPM berkenaan.

USIA TIDAK MENGHALANG CITA-CITA PART IV


Hampir setiap tahun halaman informasi SK Teluk Medan memaparkan kejayaan warga pendidik SKTM menamatkan pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda apabila program PPG diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam usaha meningkatkan taraf pendidikan guru. Pada 15-18 Disember lalu, 2 orang lagi warga pendidik SKTM diraikan dalam Majlis Konvokesyen OUM Kali ke-13 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ). Tahniah diucapkan kepada Tn.Hj.Zainol Abidin b. Basri dan Pn.Maizon bt. Koming yang telah menamatkan pengajian meskipun pada usia 46 tahun.

MESYUARAT KURIKULUM KALI PERTAMA 2013


SKTM Rabu 26 Disember 2012.
Mesyuarat Kurikulum, Mesyuarat Guru, HEM dan Kokurikulum Kali-1/2013 berlangsung mulai jam 8.30 pagi. Mesyuarat dipengerusikan oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM. Antara pengisian mesyuarat ialah pembentangan pencapaian UPSR dan peperiksaan dalaman bagi tahun 2012 dan program kecemerlangan kurikulum, HEM dan Kokurikulum bagi tahun 2013. Ustaz Mohamad Shah Ramli turut membentangkan semua dapatan taklimat Tuan Timbalan Pengarah JPN Perak dan Tuan PPD Kerian. Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Pn.Fizarina bt. Osman, guru baharu yang mula berkhidmat di SK Teluk Medan mulai Januari 2013.