Saturday, March 15, 2014

Majlis Tadarus Al-Quran & Mahrajan Kesenian Islam Kerian 2014

SK Jalan Baharu 13 Jamadilawal 1435H/15.03.2014.
Majlis Tadarus Al-Quran & Mahrajan Kesenian Al-Quran Kerian 2014 berlangsung penuh meriah di di SK Jalan Baharu, Parit Buntar. Pada majlis tersebut, peserta SKTM Nur Erina bt. Za'far telah mendapat tempat ke-2 bagi kategori Tulisan Jawi Perempuan sekaligus akan mewakili daerah Kerian ke pertandingan berkenaan di peringkat negeri Perak.Manakala pasukan nasyid SKTM terpaksa berpuas hati dengan kehebatan pasukan nasyid lain dan hanya mampu berada di tempat ke-5. Apapun tahniah kepada semua perserta dan jurulatih MTQ SK Teluk Medan.

Thursday, March 13, 2014

KEJOHANAN MERENTAS DESA 2014


SKTM Khamis 13.03.2014
Kejohanan Merentas Desa 2014 berlangsung penuh meriah seperti yang dijangka. Kejohanan melibatkan murid tahap 2 SKTM serta terbahagi kepada 2 kategori iaitu kategori lelaki dan kategori perempuan. Pada kejohanan tersebut, peserta berlari sejauh lebih kurang 3km mengikut laluan yang telah ditetapkan melalui Kampung Parit Gabis Atas. Pada kejohanan tersebut murid tahun 6 Mohd.Akmal Azmi telah mendapat tempat pertama bagi kategori lelaki manakala Nuraziera Anisya Abd Karim murid tahun 5 telah mendapat tempat pertama bagi kategori perempuan. Kesemua pemenang tempat pertama hingga ke tiga menerima hadiah sebuah jam tangan dan medal manakala 34 peserta lain hanya menerima medal. Hadiah-hadiah disampaikan oleh Tn.Hj.Yusof Jamaluddin, PK Pentadbiran SKTM. Sementara kejohanan berlangsung, satu pertandingan mewarna turut di laksanakan untuk murid-murid tahap 1. Pemenang tempat pertama Kejohanan Merentas Desa 2014 akan mewakili SK Teluk Medan ke Kejohanan Merentas Desa Daerah Kerian yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Wednesday, March 12, 2014

DEMONTRASI MEMADAM KEBAKARAN 2014


SKTM Rabu 12.03.2014
Aktiviti kokurikulum diisi dengan demontrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api yang terdapat di sekolah. Demontrasi dilakukan oleh Ustaz Omar b. Sabri, JK Keselamatan Sekolah dengan dibantu oleh beberapa orang guru. Pada demontrasi memadam kebakaran tersebut, beberapa orang murid turut diberi peluang menggunakan alat pemadam api untuk memadam kebakaran. Demontrasi Memadam Kebakaran 2014 diakhiri dengan ceramah keselamatan yang disampaikan oleh Tn.Hj.Yazid M.Rumbali, guru j-QAF SKTM.

Wednesday, March 5, 2014

PEMANTAUAN NAZIR 2014

SKTM Rabu 05.03.2014
Pasukan Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti KPM hadir ke SK Teluk Medan bagi memantau perlaksanaan beberapa program akademik KPM. Tumpuan diberikan kepada perlaksanaan program i-THINK dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ( KEBAT ) dalam pengajaran dan pembelajaran.Pasukan pemantau turut memantau perlaksanaan Pendidikan Dunia Muzik KSSR. Pada akhir pertemuan dengan guru-guru dan pentadbir, jemaah nazir yang hadir turut memberikan beberapa cadangan sebagai penambahbaikan disamping berpuashati dengan beberapa program peningkatan kurikulum sekolah yang dirancang dan telah dilaksanakan. Pasukan jemaah nazir tersebut diketuai olen Pn.Robizan bt. Salim, Nazir Kanan JNJK KPM dengan dibantu oleh Pn.Adayah bt. Zakaria ( Nazir Sekolah ) dan En.Syed Samsudin b. Syed Abu bakar ( Nazir Sekolah ).

Monday, March 3, 2014

PENYAMPAIAN WATIKAH PROGRAM MENTOR MENTEE 2014

SKTM Isnin 03.03.2014.
Perjumpaan kali ke-2 Program Mentor Mentee 2014 diisi dengan penyampaian watikah program berkenaan kepada guru-guru dan kakitangan selaku penggerak bagi program berkenaan. Watikah disampaikan di hadapan murid SKTM oleh Ustaz Mohamad Shah Ramli, Guru Besar SKTM merangkap penasihat bagi program Mentor Mentee sekolah.