Friday, March 25, 2011

MESYUARAT AGUNG PIBG 2011



SKTM, Jumaat 25.03.2011 - Bertemakan " Muafakat Menjana Kecemerlangan " Mesyuarat Agung PIBG SK Teluk Medan Kali Ke-31 berlangsung seperti yang dirancang. Kehadiran yang melebihi 80% membuktikan komitmen ibu-bapa murid bagi kelangsungan kecemerlangan dan kegemilangan SKTM. Mesyuarat PIBG SKTM dimulakan dengan doa memohon keberkatan majlis yang dipimpin oleh Ustaz Omar Sabri, guru JQAF SKTM. Majlis diteruskan dengan ucapan alu-aluan oleh YDP PIBG Tn.Hj.Darham b. Bakri dan ucapan Guru Besar En.Shoyef b. Tukiman selaku Penasihat PIBG SKTM. Perasmian Mesyuarat PIBG SKTM Kali Ke-31 disempurnakan oleh Encik Zulkarnain b. Hj.Hamid, Pegawai Khas Akademik Prasekolah PPD Kerian. Dalam ucapannya beliau mengharapkan kerjasama yang erat di antara pihak sekolah dengan komuniti setempat khususnya ibu-bapa murid bagi mencapai misi dan visi sekolah. Beliau turut memberikan beberapa input berkaitan Bidang Keberhasilan Negara (NKRA), perkembangan teknologi maklumat, kurikulum Pendidikan Seks dan program-program kecemerlangan pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Pada mesyuarat tersebut, Tn.Hj.Darham b. Bakri dilantik semula untuk menerajui PIBG SK Teluk Medan bagi sesi 2011/2013. Sementara itu, terdapat beberapa rombakan kecil dalam JK PIBG tetapi sebahagian besar daripada JK lama dilantik semula. Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-31 turut meluluskan beberapa usul berkaitan dana bagi melaksanakan program kecemerlangan murid SKTM khususnya Program Kecemerlangan UPSR. Dalam sesi ucapan penangguhan En.Shoyef b. Tukiman mengucapkan tahniah dan terima kasih atas kehadiran ibu-bapa yang memberangsangkan ke Mesyuarat Agung PIBG SKTM Kali Ke-31. Mesyuarat Agung PIBG SKTM ditangguhkan pada jam 6.00 petang.
( gambar )

No comments:

Post a Comment