Friday, February 24, 2012

INTERAKSI IBU-BAPA DAN GURU 2012



SKTM Jumaat 1 Rabiulakhir 1433H.
Majlis Interaksi Ibu-bapa dan Guru 2012 berlangsung mulai jam 3.00 petang. Antara matlamat utama majlis diadakan adalah untuk memberi maklumat kepada ibu-bapa tentang program kecemerlangan UPSR 2012 disamping mengeratkan hubungan pihak sekolah dengan masyarakat demi kecemerlangan anak didik SK Teluk Medan. Ceramah Kecemerlangan UPSR 2012 disampaikan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Beliau menerangkan tentang beberapa program kecemerlangan UPSR 2012 dengan memberi penekanan kepada Program Kecemerlangan Berasaskan Pencapaian TOV. Melalui program tersebut, murid dengan bimbingan guru menentukan sendiri pencapaian yang harus dicapai pada setiap peperiksaan yang bakal dihadapi sehinggalah peperiksaan UPSR sebenar pada bulan September nanti. Pada akhir perjumpaan, ibu-bapa yang hadir turut berpeluang bersemuka dengan guru-guru tahun 6 bagi mendapatkan penjelasan berkaitan pencapaian anak-anak mereka dalam pelajaran. Kehadiran ibu-bapa murid tahun 6 yang melebihi 95% membuktikan kesungguhan ibu-bapa menyokong setiap program yang dirancang dan bakal dilaksanakan oleh pihak sekolah. Turut hadir dan menyampaikan ucapan ialah Tn.Hj.Darham b. Bakri, YDP Persatuan Ibu-bapa dan Guru SKTM. ( lihat foto-foto )

No comments:

Post a Comment