SKTM Khamis 21 Mac 2013.
Mesyuarat Agung PIBG 2013 berlangsung mulai jam 3.00 petang di dewan
sekolah. Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG 2013 disempurnakan oleh
Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM merangkap Penasihat PIBG
SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah atas komitmen ibu-bapa
yang bersungguh-sungguh demi melihat kegemilangan SK Teluk Medan.
Beliau turut berharap agar mesyuarat agung PIBG dapat dijadikan wadah
untuk berbincang serta berkongsi idea demi kemajuan anak-anak SK Teluk
Medan. Sebelumnya NYDP PIBG, Ustaz Musa b. Panjang Ahmad turut berharap
agar semua ibu-bapa akan sentiasa memberi sokongan akan program
kecemerlangan yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pada
majlis tersebut juga, seramai 100 keluarga menerima wang bantuan KWAMP
daripada kerajaan yang disampaikan melalui sekolah manakala 50 keluarga
menerima sumbangan berupa beras sumbangan Tn.Hj.Jamaharik Mohamad,
Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Bagan Serai. Pelbagai usul
dibahaskan oleh ibu-bapa pada mesyuarat tersebut yang antaranya
berkaitan program kecemerlangan sekolah, sumbangan tahunan dan
penambahan prasarana sekolah. Beberapa rombakan kecil jawatankuasa PIBG
turut berlaku iaitu Ustaz Musa b. Panjang Ahmad telah dipilih menerajui
PIBG menggantikan Tn.Hj.Darham b. Bakri yang memohon mengundur diri.
Mesyuarat Agung PIBG 2013 turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh
kumpulan nasyid SKTM. (lihat foto)
No comments:
Post a Comment