SKTM Selasa 1 Oktober 2013.
Pendidikan Prasekolah
bertujuan untuk menyuburkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan,
menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk memasuki
alam sekolah rendah. Gerak
Tari 1 Malaysia diharap dapat memberi peluang kepada kanak-kanak melahirkan
perasaan, mencungkil bakat dan
memperkembangkan daya kreativiti mereka melalui gerakan bersepadu di
dalam
kumpulan. Sehubungan dengan itu, Program Gerak Tari 1Malaysia telah
berlangsung di semua Prasekolah KPM secara serentak di seluruh negara
mulai jam 8.00 pagi tadi. Pada peringkat Prasekolah SK Teluk Medan,
Gerak Tari 1Malaysia turut dijalankan serentak dan dipimpin oleh
guru-guru Prasekolah SKTM dan Pembantu Pengurusan Murid SKTM. ( lihat foto )
No comments:
Post a Comment