SKTM Jumaat 29 Syaaban 1435H.
Majlis Pelancaran Ihya Ramadhan 1435H disempurnakan oleh Ustaz Mohamad
Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengajak semua
warga SKTM untuk sama-sama menghayati Ramadhan Al-Mubarakh bulan yang
penuh kelebihan dan bulan keampunan. Beliau turut menyeru agar lebih
ramai yang akan menyertai program Ihya Ramadhan yang telah dirancang
oleh Panitia Pendidikan Islam. Pada majlis pelancaran tersebut juga,
Ustaz Mohd Yusof Shouib, Ketua Panitia Pend.Islam turut menyampaikan
taklimat perjalanan program Ihya Ramadhan 1435H. Antara aktiviti yang
bakal dilaksanakan ialah tadarus Al-quran, pertandingan tilawah, azan
dan hafazan serta bantuan hari raya kepada anak-anak miskin SKTM. Pada
majlis pagi ini juga, murid-murid menerima risalah penghayatan Ramadhan
dan kurma yang diedarkan oleh Panitia Pend.Islam.
No comments:
Post a Comment