Thursday, March 21, 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG 2013




SKTM Khamis 21 Mac 2013.
Mesyuarat Agung PIBG 2013 berlangsung mulai jam 3.00 petang di dewan sekolah. Majlis perasmian Mesyuarat Agung PIBG 2013 disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Guru Besar SKTM merangkap Penasihat PIBG SKTM. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah atas komitmen ibu-bapa yang bersungguh-sungguh demi melihat kegemilangan SK Teluk Medan. Beliau turut berharap agar mesyuarat agung PIBG dapat dijadikan wadah untuk berbincang serta berkongsi idea demi kemajuan anak-anak SK Teluk Medan. Sebelumnya NYDP PIBG, Ustaz Musa b. Panjang Ahmad turut berharap agar semua ibu-bapa akan sentiasa memberi sokongan akan program kecemerlangan yang dirancang dan dilaksanakan oleh pihak sekolah. Pada majlis tersebut juga, seramai 100 keluarga menerima wang bantuan KWAMP daripada kerajaan yang disampaikan melalui sekolah manakala 50 keluarga menerima sumbangan berupa beras sumbangan Tn.Hj.Jamaharik Mohamad, Penolong Pendaftar Nikah Cerai Rujuk Bagan Serai. Pelbagai usul dibahaskan oleh ibu-bapa pada mesyuarat tersebut yang antaranya berkaitan program kecemerlangan sekolah, sumbangan tahunan dan penambahan prasarana sekolah. Beberapa rombakan kecil jawatankuasa PIBG turut berlaku iaitu Ustaz Musa b. Panjang Ahmad telah dipilih menerajui PIBG menggantikan Tn.Hj.Darham b. Bakri yang memohon mengundur diri. Mesyuarat Agung PIBG 2013 turut diserikan dengan persembahan nasyid oleh kumpulan nasyid SKTM. (lihat foto)

Sunday, March 17, 2013

KARNIVAL NASYID ZON BAGAN SERAI 2013




SMKA Kerian 16.03.2013.
Karnival Nasyid SR Zon Bagan Serai 2013 berlangsung di SMKA Kerian pada Sabtu lalu 16 Mac 2013. Pada karnival tersebut, kumpulan nasyid SK Teluk Medan hanya mampu menduduki tangga ke-3. Namun demikian kumpulan nasyid mampu menarik perhatian penonton yang hadir dengan persembahan yang menarik. Tangga pertama Karnival Nasyid SR Zon Bagan Serai 2013 disandang oleh kumpulan nasyid SK Alor Pongsu manakala tempat ke-2 oleh SK Bagan Serai. Kedua-dua kumpulan tersebut akan mewakili Zon Bagan Serai ke MTQ Daerah Kerian yang bakal diadakan pada Sabtu hadapan. (lihat foto)

Sunday, March 10, 2013

WIRA KOKURIKULUM DIRAIKAN


SKTM Isnin 11.03.2013
Kesemua peserta yang telah mewakili SK Teluk Medan dalam kejohanan kokurikulum diraikan pada perhimpunan mingguan. Antara kejohonan peringkat kelompok dan daerah yang telah berlangsung ialah merentas desa, memanah, bola sepak, boling tenpin MTQ Zon Bagan Serai. Para peserta dihadiahkan 4 biji kek daripada Unit Kokurikulum. Bermula minggu hadapan, beberapa kejohanan lagi akan berlangsung iaitu olahraga, sepak takraw dan bola baling. Manakala 2 orang peserta dari SKTM akan mewakili kelompok 4 ke MTQ Daerah Kerian 1434H. Tahniah wira-wirawati SKTM. (lihat foto)

Wednesday, March 6, 2013

KEMPEN CEGAH KEBAKARAN 2013

SKTM Rabu 6 Mac 2013.
Kempen Cegah Kebakaran 2013 dimulai dengan latihan kawad kecemasan dan kebakaran yang berlangsung mulai jam 9.15 pagi. Latihan tersebut dilakukan sebagai pendedahan kepada warga SKTM sekiranya berlaku kecemasan dan kebakaran pada waktu sesi persekolahan. Pada sebelah petang, demontrasi memadam kebakaran menggunakan alat pemadam kebakaran berlangsung di pada sekolah. Demontrasi dilakukan oleh En.Yusof Jamaluddin, PK HEM SKTM. Guru-guru dan murid SKTM turut diberi peluang menggunakan alat pemadam kebakaran. Selepasnya, Pn.Syarifah Norhayati, Guru Penasihat Persatuan Bulan Sabit Merah SKTM menyampaikan ceramah berkaitan rawatan kepada mangsa kebakaran.(lihat foto)

Saturday, March 2, 2013

MAJLIS TILAWAH AL-QURAN SR ZON BAGAN SERAI

SK PARIT HAJI AMAN Sabtu 19 Rabiul Akhir 1434H.
SK Teluk Medan telah dipilih sebagai johan keseluruhan bagi Majlis Tilawah Al-quran Sekolah Rendah Zon Bagan Serai. Antara kejayaan yang dicapai ialah johan Hafazan Perempuan, ke-3 Hafazan Lelaki, ke-3 Tilawah Perempuan, ke-2 Tilawah lelaki dan saguhati bagi kategori bercerita . Perasmian penutup Majlis Tilawah Al-quran Sekolah Rendah Zon Bagan Serai disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Shah b. Ramli, Pengerusi SR Kelompok 4 Kerian. Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada para peserta dan  SK Parit Haji Aman selaku tuan rumah kerana menjayakan program. Beliau turut berharap agar budaya membaca Al-quran dapat disemai pada peringkat awal kanak-kanak agar ianya dapat dihayati dan diterjemahkan dalam kehidupan seharian. Tahniah diucapkan kepada semua peserta dan jurulatih MTQ SK Teluk Medan.(lihat foto)