BAGAN SERAI Sabtu 07.07.2012
Pasukan Sepak Takraw SKTM mendapat tempat ke-3 pada Kejohanan Sepak Takraw Bawah 11 Tahun Daerah Kerian yang berlangsung hari ini di gelanggang tertutup Pasar Bagan Serai. Johan bagi kejohanan berkenaan disandang oleh pasukan SK Haji Dahalan, Tebok Matau, Semanggol. Manakala naib johan disandang oleh SK Gunong Semanggol. Apapun kejohanan tersebut memberi pengalaman berharga kepada pasukan sepak takraw SKTM sebagai persediaan ke kejohanan berkenaan tahun hadapan. Encik Noharuddin Ishak, jurulatih pasukan berkenaan amat berpuashati dengan pencapaian pasukan sepak takraw SKTM. Turut hadir memberi sokongan ialah Pn.Noraini Ideros, Pn.Fatimah Masdar dan Sir Ash. Tahniah diucapkan kepada pasukan SKTM. (foto)
No comments:
Post a Comment