SKTM Rabu 11 Julai 2012.
SK Teluk Medan dikunjungi oleh Tuan Timbalan Pengarah JPN Perak,
Tn.Hj.Mohd Idris b. Hj.Ramli. Beliau tiba awal pagi bagi memantau
perlaksanaan dan perjalanan Peperiksaan Percubaan UPSR 2012 yang bermula
hari ini. Beliau turut berkunjung ke Pusat Kegiatan Guru Telok Medan
dan sempat beramah mesra dengan beberapa orang guru yang menghadiri
kursus selama 3 hari di situ. Akhir kunjungan beliau melahirkan rasa
puas dengan program peningkatan UPSR yang telah dirancang oleh pihak
sekolah serta berharap agar ianya dapat dilaksanakan sebaik mungkin. (lihat foto)
No comments:
Post a Comment