Selasa 11 September 2012 PKG Taiping.
Dua kakitangan SKTM telah menghadiri kursus Virtual Learning Environment
(VLE) Frogasia.Com. Ini berikutan SK Teluk Medan telah dipilih sebagai
sekolah rintis program berkenaan bersama beberapa buah sekolah yang
lain. Latihan disampaikan sepenuhnya oleh 3 orang pegawai daripada
syarikat berkenaan dengan memberi tumpuan kepada akaun utama yang
bertindak menyelaras perlaksanaan program berkenaan di peringkat
sekolah. Melalui program berkenaan, kesemua guru, murid dan ibu-bapa
diberikan satu akaun percuma oleh pihak Kementerian Pelajaran Malaysia
bagi membolehkan mereka mengikuti pembelajaran secara maya serta murid
akan dapat mengakses pembelajaran yang bakal diatur oleh guru dari mana
sahaja mereka berada. Namun begitu, kursus bagi guru-guru pula akan
dilaksanakan secara berperingkat dijangka mulai akhir September. Pada
sesi kursus tersebut juga, SK Teluk Medan turut menerima 20 unit dongle
sebagai tambahan kepada 3 unit Zoom yang diberikan sebelum ini bagi
memperluaskan kawasan boleh akses internet untuk pengajaran dan
pembelajaran.
No comments:
Post a Comment